Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 16 Mei 2016

Joli jutaan ringgit

Assalamualaikum...(^ ^)

Seorang pelajar Malaysia di Sydney, Australia yang menjadi jutawan segera selepas pihak bank tersalah memasukkan sebanyak A$4.6 juta (RM13.5 juta) ke dalam akaunnya, mengejutkan dunia apabila dilaporkan berjoli dengan berbelanja jutaan dolar Australia untuk membeli pelbagai barangan berjenama mewah. (Kosmo - 16 Mei 2016)


Fuhhhhh A$4.6 juta tu! 

Mana tak gelap mata hati tengok duit banyak tu, terus hilang pertimbangan! Kalau Mas pun pasti sedikit sebanyak akan ada terniat untuk tak jujur kalau dah buta² dapat duit sebanyak tu. Korang pun pasti akan terniat camtu kan? 

Tapi nikmat camni hanya sementara je, duit bukan hakmilik kita jangan harap boleh sembunyi selamanya. Pasti suatu masa akan terbongkar jugak! 3 tahun gadis ni berlagak mewah tanpa rasa bersalah akhirnya tewas jugak. Tak pasal² cari masalah pada diri sendiri kan? Joli sementara je, pastu semuanya dirampas dan diri sendiri merana. 

Ambil iktibar dari kisah ni! Mana tau tetiba hari ni tengok baki duit dalam akaun ada RM1 juta, haaa jangan joli katak pulak. Sah² itu bukan duit kita, jadi fikir dulu masalah yang bakal kita hadapi nanti. 

1 ulasan:

  1. kalau kena istihar muflis lagi naya kan.. memang rambang mata la duit berjuta dalam akaun..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com