Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 3 Mei 2016

Raikan Hari Jadi di Cameron Highlands

Assalamualaikum...(^ ^)

Lama dah teringin nak ke Cameron Highlands. Kali terakhir pergi sana tahun 2012, masa tu Airis dalam perut lagi. Hehehee! 



Jadi semalam sempena hari jadi, si birthday girl gigih ajak husband dan anak² naik ke Cameron. Walaupun dah tahu akan berlaku kesesakan lalulintas dek kerana masih hari cuti tapi apa dia kesah, hahahaa! Maka bermulalah perjalanan seawal jam 7 pagi dari Salak Tinggi, tiba di Tanah Rata jam 12 tengahari dan seterusnya gerak ke Brinchang. Masa nak ke sana terpaksa menempuh jammed selama 3 jam! Fuhhh memang nasib, tapi dah sampai redah jelah.

Jam 3 petang baru jejak kaki kat Brinchang. Terus ke Kea Farm untuk borong strawberi dan sayur-sayuran. Dapatlah si birthday girl makan sepuas hati strawberi coklat yang diidam²kan tu. Memang lupa dah diet masa tu, lantak pi!




Tak cukup makan kat situ, dekat sedozen beli strawberi untuk bekalan di rumah. Jadi seminggu ni sarapan, lunch dan dinner makan strawberi je. Hehehee, boleh maintain diet ni!

Dah puashati shopping kami singgah makan aiskrim strawberi dan tengok ladang strawberi di KHM Strawberry Farm. Fuhhh memang nikmat makan aiskrim yang masam² manis tu. Siap tambah sendiri strawberi dan coklat. Haaa memang merosakkan dietlah jawapnya. Tapi takpe, hari jadi kan?





Sebelum balik kami singgah kat Cameron Valley. Macam biasalah bergambar kat ladang teh sampai muak. Pastu jam 6 petang terus gerak balik dan sekali lagi menghadap jammed dari Tapah hingga ke Rawang. Fuhhhh 8 jam pergi balik tu!

Walaupun penat dan balik hari je, inilah kenangan hari jadi yang paling manis buat Mas. Terima kasih untuk husband dan anak² yang sudi penuhi permintaan mama korang ni.






Ok, nak sambung makan strawberi coklat!


3 ulasan:

  1. happy belated birthday, salam perkenalan dari bekas mr secretary

    BalasPadam
  2. happy birthday. moga ceria selalu.. dunia dan akhirat

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com