Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 11 Mei 2016

Sukan KKM 2016

Assalamualaikum...(^ ^)


Berakhir sudah Sukan KKM 2016 yang berlangsung di Sarawak pada 7-9 Mei 2016. Pasukan IPKKM Putrajaya menduduki tangga ke-10. Mas dan pasukan boling pulak tak meraih sebarang pingat pun. Tapi takpe, yang penting kami semua dah buat sehabis baik cuma rezeki tak menyebelahi. Menang kalah adat pertandingan kan?

Tahniah kepada kontinjen Sabah kerana menjadi juara keseluruhan untuk Sukan KKM 2016 ni. Tahniah jugak kepada kontinjen negeri lain yang turut serta dalam sukan tahun ini. Penat lelah dan kemenangan para atlet turut diraikan di malam Aloha Night. Wahhh semua bergaya serba cantik ala² Hawaii. Mas dan pasukan boling pun tak ketinggalan, siap pergi DIY beli bunga hiasan. Hehehee!



Pastu ganjaran kerana dah penat bersukan kami dibawa jalan² di sekitar Sarawak dan shopping sakan. Macam biasa datang Sarawak wajiblah beli ikan terubuk masin, kek lapis Sarawak dan kain songket. Pastu wajib jugak makan Mee Kolok dan Laksa Sarawak. Mas pertama kali makan Mee Kolok, sedap punya pasal sampai 2 mangkuk bedal!




Inilah hasil shopping yang tak menyedarkan diri. Nasib dah kena paksa balik, kalau tak habis semua duit dibelanjakan. Hahahaa!


Alhamdulillah, seronok dapat sertai sukan kali ini. Selain bersukan dapat jalan² dan membeli belah. Jadi jumpa lagi di Sukan KKM 2018 di negeri Kedah pulak!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com