Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 3 Jun 2016

Menjelang Ramadhan

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan Ramadhan! 


Bulan mulia yang memang dinanti²kan oleh umat Islam. Mas pun teruja dan seronok nak sambut puasa sebab dapat luangkan masa masak untuk keluarga, sebab kalau bukan bulan puasa memang jarang memasak. Macam biasa tiap kali Ramadhan, Mas akan cuba masak setiap hari. Gagahkan diri dan kuatkan semangat. Mungkin sekali atau 2 kali bolehlah bawak anak² makan diluar kan?

Tiap hari nak membeli makanan di luar memang tak mampu, maklumlah sekarang semua harga barang melambung naik. Makanan di bazar Ramadhan pun sah²lah semakin mahal. Sian jugak kat para peniaga sebab mereka terpaksa bayar sewa tapak bazar dengan harga yang mahal, pastu harga bahan² basah dan kering pun mahal. Jadi nak marah peniaga pun tak boleh jugak! Cuma kualiti dan kebersihan makanan biarlah setimpal dengan harga. 


Yang seronok tahun ni diberi kelonggaran oleh pihak Kerajaan, dapat balik ½ jam lebih awal sempena Ramadhan. Macam Mas sebelum ni balik pukul 4.30 petang diawalkan ke pukul 4 petang. Waktu rehat dipendekkan jadi ½ jam je, dari pukul 1 hingga 1.30 tengahari. Bagus jugak buat macam ni, dapat sampai awal sikit kat rumah! 

Jadi Selamat Berpuasa pada semua rakan dan pembaca blog Mas. Moga puasa kita diberkati dan diredhai Allah SWT. Mohon maaf atas salah dan silap! 

Niat puasa jangan lupa pulak ye.

4 ulasan:

  1. seeronok gila dapat tau balik awal.. sebelum ni rasa macam bersalah pun ada jugak bila bulan puasa kalau terlambat ambil anak kat rumah pengasuh, kesian kat pengasuh nak masak ke nak keluar pergi bazar ke kan..

    BalasPadam
  2. waalaikumsalam wrt wbt. selamat menyambut ramadan buat puan mas dan semua pengunjung blog ini.jemput singgah blog saya yang tak seberapa (blogwalking)

    BalasPadam
  3. La ye ke xtau pun boleh balik awal jam 4.30 ptg.. huhu

    BalasPadam
  4. syokla balik awal..kita hari2 memnag balik awal..hehee

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com