Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 25 Julai 2016

Allah sayangkan baby

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni baru ada kekuatan untuk menulis di sini. Memang cerita sedih tapi nak kongsi untuk kenangan masa depan. Qada dan qadar Allah dah tetapkan jadi kena redha walaupun pahit untuk ditelan. Masih teringat fasa alahan yang teruk dan masih baru Mas berkongsi kisah hamil kali ke-4. Tapi kini semua dah jadi milikNya, Allah lebih sayangkan baby mama!

Mas redha, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Walaupun hanya 3 bulan lebih Allah pinjamkan dia membesar dalam rahim Mas tapi kehilangan tu tetap dirasai. Sapa tak sayang anak kan? Tapi Mas kena kuat demi kehidupan akan datang dan demi suami serta anak² yang lain. 


Sekarang masih cuti sakit sehingga 27/7 ni, 28/7 ada follow-up di hospital. Mas akan sambung cuti sakit lagi seminggu sebab belum cukup kuat untuk pergi kerja. Nak rehat dan berpantang betul², urut pun belum lagi ni. Berpantang memang Mas amalkan cara tradisional yang arwah mak ajar seperti bersalai dan bertungku. Pantang gugur ni tetap kena 44 hari dan kena jaga makan sebaiknya!

Buat masa ni kesihatan dah hampir pulih dan emosi pun dah stabil sikit. Kadang tu terganggu jugak bila dok bersendirian, tak sedar je airmata mengalir. Mujurlah suami, anak², adik beradik dan kawan² yang banyak bagi sokongan dan semangat. Sikit demi sikit rasa sedih tu dapat dipulihkan! 

Gambar beberapa jam sebelum baby pergi, comel je kan? Moga baby damai di sisiNya dan tunggu mama dan babah di syurga ye. 


3 ulasan:

  1. Takziah kak.. Allah maha mengetahui apa yang terbaik. Semoga diganjarkan & digantikan dengan yang lebih baik.

    BalasPadam
  2. sedihnya kak...ermm..sabar yea kak, inshaAllah akan hadir yang lebih baik lepas ni

    BalasPadam
  3. sedihnya.. semoga kak mas terus tabah,,
    insyaAllah akn ade lg rezeki baby lps ni..
    kuat ye kak.. =')

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com