Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 18 Julai 2016

Hamil kali ke-4

Assalamualaikum...(^ ^)

Alahai lamanya tak menulis, maaf sangat pada semua pembaca! 

Maklumlah sebulan lebih yang lepas disahkan mengandung jadi mood menulis habis ditelan oleh alahan yang sangat teruk. Alhamdulillah sekarang dah beransur baik sebab dah masuk trimester kedua. Dah takde mabuk², mual², muntah² dan selera makan pun dah bertambah baik. 

Jadi mulai hari ini Mas akan kembali aktif menulis di blog kesayangan ni. Banyak sangat benda nak cerita dan kongsikan di sini. Tarik nafas dan kita mula satu persatu. Mula ni nak cerita kisah apabila Mas disahkan hamil kali ke-4!

Hamil Kali Ke-4
Mengandung kali ni sangat tak diduga! Husband memang ada nyatakan hasrat nak tambah zuriat sebab Airis pun dah masuk umur 4 tahun. Mas ni ikutkan belum bersedia tapi teringin jugak nak tambah anak. Tapi masa awal bulan 4 tu Mas dah sibuk latihan boling untuk sukan di Sarawak, jadi kesihatan diri memang tak dijaga sangat. Pastu bulan Mei dah sertai sukan di Sarawak selama seminggu. Angkat beg dan bola boling yang berat, turun naik tangga, tak cukup tidur dan sebagainya. 


Tapi dah rezeki Allah nak bagi zuriat kan? Seminggu je balik dari Sarawak Mas dah rasa lain, asyik pening kepala dan mengantuk. Masa tu dah terasa mungkin Mas mengandung tapi tak mahulah berharap. Pada 18/5/16 Mas buat urine test yang pertama. Masa tu memang nampak naik 2 line tapi sangat kabur. Bila tunjuk kat husband dia pun tak percaya yang Mas mengandung. 

Jadi selang 2 hari Mas buat urine test lagi. Masa ni laju je naik positif cuma agak kabur jugak. Esoknya buat lagi dan masa ni memang jelas naik 2 line. Masa tengok test kali ke-3 barulah husband puashati. Dialah orang paling gembira! Mas pulak masih tak sangka masa tu sebab dalam sibuk latihan dan kejohanan boling Allah masih lindungi kandungan Mas, syukur sangat! 



Untuk lebih puashati buat lagi untuk kali ke-4. Kali ni beli pregnancy test yang Clearblue digital tu sebab nak tahu dah hamil berapa minggu. 

Alhamdulillah sekarang kandungan dah masuk 13 minggu, 3 bulan lebih dah. Buku mengandung pun dah siap, due date 26 Januari 2017. Ramadhan hari tu pun berjaya berpuasa walaupun alahan teruk, cuma tinggal satu hari je. 

Jadi bermulalah fasa 9 bulan yang indah. Doakan Mas sihat selalu dan selamat sehingga bersalin.

4 ulasan:

  1. Tahniah Mas... semoga dipermudahkan sepanjang kehamilan

    BalasPadam
  2. tahniah kak mas! bestnye airis nk dpt adk..
    doakan utk saye jgk kak mas.. saye pon teringin sgt nk ade zuriat.. =')

    BalasPadam
  3. salam takziah kak mas. semoga kak mas tabah & sabar. alFatihah buat arwah baby. dia tunggu kak mas di pintu syurga.

    BalasPadam
  4. Tahniah kak mas. Mudah-mudahan akak dan kandungan baik baik saje. Doakan untuk saya pregnant jugak ...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com