Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 12 Ogos 2016

Cerita bergambar [12]

Assalamualaikum...(^ ^)

Salam Jumaat semua! Hari ni hari terakhir cuti sakit, minggu depan akan kembali bertugas setelah MC selama 3 minggu. Kesihatan dah beransur pulih, badan pun dah rasa kuat, perut pun tak sakit, cuma masih berpantang 44 hari. Apa pun tetap kena jaga makan dan jaga kesihatan, tak boleh terlalu lasak dan buat kerja berat.

Hari ni Mas cuma nak kongsi entri santai² je, entri cerita bergambar. Banyak pulak gambar dalam Note yang belum diceritakan. 

1. Inilah menu yang Mas makan setiap hari sepanjang berpantang. Nasi panas dengan lada hitam + ikan tenggiri, ikan bilis dan ulam pegaga. Mas memang tak susah bab makan lauk pantang ni, lauk camni lagi berselera makan. Kadang tu bukan dalam pantang pun Mas lebih suka menu camni. 




2. Gambar kenangan sambutan Hari Raya bahagian Mas. Masa ni sehari sebelum Mas keguguran. Tak sempat nak tulis entri pasal majlis ni. Masa ni berselera sangat makan juadah Hari Raya dan seronok sangat jumpa bos lama Mas, berborak sambil gelak ketawa. Tak sangka esoknya berlaku kejadian sedih, tapi takpelah redha dengan takdir Allah.





3. Hangat hari tu pasal kad debit maybank boleh letak gambar sendiri. Apa je gambar yang kita suka. Boleh mohon secara online dan dikenakan bayaran RM26, pastu bila dah siap boleh ambil kad kat bank. Jadi sajalah gatal² tangan cuba buat, cantik jugak. Tapi tak mohon pun, tak minat sangat!



4. Sejak Airis tahu Mas hamil hari tu memang dia terlalu sukakan baby. Kalau jalan² kat pasaraya memang pantang nampak baby, mesti dia akan pergi kat baby tu. Diciumnya, diusiknya! Ini masa tengok baby adik Mas, memang dia je dok mengadap baby tu. Tak bagi orang lain pegang. Tapi takde rezeki dia nak dapat adik dan dia faham bila Mas cakap baby Allah dah ambil, sedih!


1 ulasan:

  1. mmg sedap makan makanan berulam ni. hehe. btw akak cntik sngt. mcm org belum kawin. tngok gambar dkt maybank tu. hehe.
    Ya Allah akak, busyra baru tau yang akak kehilangan org yang akk cintai. sy baru baca entri akak. sabar ye akak. Allah dh atur baik2 rancangan untuk akak. dia tunggu akak di sana.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com