Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 8 September 2016

Airis nak sekolah dah!

Assalamualaikum...(^ ^)


Alahai, cepat betul kamu membesar wahai anak. Tahun depan dah nak masuk Pra Sekolah dah. Rasanya baru lagi mama dukung kamu masa baby dan rasanya baru lagi kamu pandai berjalan. Payah jugak mama nak terima kenyataan ni sebab Airis asyik sebut dia baby lagi, hehehee!

Mas dah daftarkan Pra Sekolah 5 Tahun untuk dia. Mula tu dalam dilema jugak sebab dok fikir siapa yang nak jaga dia lepas sekolah. Tapi bila fikir semula eloklah hantar sebab kakak dengan abang dia dulu pun masuk pra seawal 5 tahun. Pastu Mas tengok dia macam tak sabar sangat nak sekolah. Selalu je tanya bila Airis boleh sekolah macam abang dan kakak. Lagi pun bagus hantar anak ke Pra Sekolah seawal 5 tahun ni, boleh mereka biasakan diri dengan alam persekolahan!


Mas daftarkan dia dekat sekolah SK Salak je, senang sikit sebab abang dia pun sekolah situ. Pastu husband pun dekat nak jemput hantar dia! 

Perkembangan Airis dalam mengenal huruf dan angka memang positif. Bolehlah dia sebut ABC dan 123 sampai habis walaupun kadang tunggang langgang. Sekarang Mas ajar dia dalam proses mengenal huruf dan angka tu. Pandai sebut tapi tak kenal tak boleh jugak kan? Jadi biar dia belajar dulu pelan², sekurangnya dah masuk sekolah nanti dia dah pandai sikit. 

Fuhhh tahun depan 3 orang dah sekolah! Awal bulan 10 nanti kena buat persiapan sikit² dah, maklumlah sekarang semua perlukan duit. 

6 ulasan:

  1. besar dah airis..tahun depan nak sekolah dah...sebaya la anak kita

    BalasPadam
  2. dkna pun nak hantar mikhail kat taska kak.. nak biasakan dia ngan kawan-kawan

    BalasPadam
  3. oh sebaya Ariq. Ariq kenal dh abc smua tu tapi cakap je x berapa lancar sgt. hehe.. bgs biasakan sek dr awal. ajar bekawan

    BalasPadam
  4. Cepat ja besaq kan? Pejam celik pejam celik, dah masuk uni plak

    BalasPadam
  5. Assalamulaikum Admin,

    Boleh tak kita sama2 link-kan blok. Blog saya:

    biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    Sekiranya sudah di-link harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

    Terima kasih

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com