Assalamualaikum...(^ ^)
Alahai, cepat betul kamu membesar wahai anak. Tahun depan dah nak masuk Pra Sekolah dah. Rasanya baru lagi mama dukung kamu masa baby dan rasanya baru lagi kamu pandai berjalan. Payah jugak mama nak terima kenyataan ni sebab Airis asyik sebut dia baby lagi, hehehee!
Mas dah daftarkan Pra Sekolah 5 Tahun untuk dia. Mula tu dalam dilema jugak sebab dok fikir siapa yang nak jaga dia lepas sekolah. Tapi bila fikir semula eloklah hantar sebab kakak dengan abang dia dulu pun masuk pra seawal 5 tahun. Pastu Mas tengok dia macam tak sabar sangat nak sekolah. Selalu je tanya bila Airis boleh sekolah macam abang dan kakak. Lagi pun bagus hantar anak ke Pra Sekolah seawal 5 tahun ni, boleh mereka biasakan diri dengan alam persekolahan!
Mas daftarkan dia dekat sekolah SK Salak je, senang sikit sebab abang dia pun sekolah situ. Pastu husband pun dekat nak jemput hantar dia!
Perkembangan Airis dalam mengenal huruf dan angka memang positif. Bolehlah dia sebut ABC dan 123 sampai habis walaupun kadang tunggang langgang. Sekarang Mas ajar dia dalam proses mengenal huruf dan angka tu. Pandai sebut tapi tak kenal tak boleh jugak kan? Jadi biar dia belajar dulu pelan², sekurangnya dah masuk sekolah nanti dia dah pandai sikit.
Fuhhh tahun depan 3 orang dah sekolah! Awal bulan 10 nanti kena buat persiapan sikit² dah, maklumlah sekarang semua perlukan duit.
wah besar da
BalasPadambesar dah airis..tahun depan nak sekolah dah...sebaya la anak kita
BalasPadamdkna pun nak hantar mikhail kat taska kak.. nak biasakan dia ngan kawan-kawan
BalasPadamoh sebaya Ariq. Ariq kenal dh abc smua tu tapi cakap je x berapa lancar sgt. hehe.. bgs biasakan sek dr awal. ajar bekawan
BalasPadamCepat ja besaq kan? Pejam celik pejam celik, dah masuk uni plak
BalasPadamAssalamulaikum Admin,
BalasPadamBoleh tak kita sama2 link-kan blok. Blog saya:
biarlembuyangjadilembu.blogspot.com
Sekiranya sudah di-link harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com
Terima kasih