Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 16 September 2016

Bila mamanya alpa seketika

Assalamualaikum...(^ ^)


Semalam si kecik ni bikin mama hampir sakit jantung. Memang mama rasa bersalah sangat biarkan dia main kat luar. Mama alpa seketika je pastu tak sangka benda camni boleh terjadi. 

Begini ceritanya.. 

Airis dengan Arfan main kat garaj kereta, Mas pulak ada duduk kat ruang tamu sambil tengok TV. Tapi mata tetap peratikan mereka main kat luar tu. Mula elok je dengar diaorang main gelak² pastu tiba² dengar diorang cam bergaduh. Baru bangun nak keluar tengok diorang sekali dengar bunyi benda berdentum. Memang terkejut sangat, terus berlari keluar!

Sampai kat luar tengok Airis dah terbaring menangis kat luar pagar, pastu pintu pagar dah tumbang. Ya Allah memang mengigil satu badan Mas masa tu! Dalam kepala memang dok terfikir yang dia dah kena hempap dengan pintu pagar! 

Mas terus rangkul dan peluk dia, masa tu badan dia dah lembik. Mas jerit panggil nama Airis dan gerakkan dia, Mas tak nak dia pengsan. Masa tu panik jangan cakaplah, gigil dan tak tau nak buat apa! Tapi Mas kena cuba tenangkan diri. Terus periksa kepala dia sama ada berdarah atau tak, tanya dia ada rasa pening tak, ada rasa nak muntah tak. Pastu ambik ais dan demah muka dia yang bengkak dan hidung dia yang berdarah, nasib dia tak pengsan! 

Pastu terus bawak pi kecemasan kat KK Salak. Masuk jumpa doktor dan nasib baiklah takde apa yang serius, takde pendarahan dalaman, takde patah atau retak dan dia pun nampak dah aktif dan mau bercakap bila doktor tanya. Masa tu rasa lega sangat, Allah masih lindungi anak Mas. 


Balik rumah terus tanya dia dan Arfan camne boleh tumbang pintu pagar tu. Airis cakap dia pergi luar pagar pastu Arfan tak bagi dia masuk. Dia geram abang dia buat camtu terus ditolaknya laju² pintu pagar tu, jadi rodanya lari dari landasan dan terus tumbang. Mengucap panjang maknya bila dengar! 

Memang sesal tak sudah sebab alpa masa tu dan tak sedar yang Airis dah pergi ke luar pagar. Memang bahaya ada dimana² walaupun kita dah berhati². Lepas ni memang kena lebih peka dan ambik ikhtibar dari apa yang berlaku.

Alhamdulillah hari ni pun tengok Airis aktif macam biasa, syukur sangat!

1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com