Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 1 September 2016

Photoshoot Merdeka

Assalamualaikum...(^ ^)

Dah lama tak buat photoshoot sejak kamera DSLR dah jual. Tetiba semalam teringin nak outdoor photoshoot. Memang dah rancang nak buat photoshoot sempena anniversary tapi 30 Ogos tu masing² sibuk kerja dan anak² pun sekolah. 


Memandangkan semalam pun cuti, terus ajak husband pergi ke Taman Saujana Hijau Putrajaya tu. Memang kat situ lokasi yang strategik dan cantik untuk outdoor photoshoot. Semalam memang ramailah pasangan pengantin bergambar kat taman tu.

Photoshoot kali ni simple sangat. Takde props dan takde kamera DSLR pun. Cuma tema baju merah dan ambik gambar guna Note5 je. Pastu kebetulan semalam pulak Hari Kebangsaan jadi terus buat 2 tema photoshoot, merdeka dan anniversary.

Inilah gambar kami sempena merdeka yang sempat dirakam semalam. Walaupun hanya guna kamera Note tapi tetap puashati dengan kualiti gambar.








Mula² kami bergambar kat sekitar bangunan KKM tu sebab kebetulan Mas singgah pejabat kejap, pastu Airis sibuk nak bergambar dengan bendera merdeka katanya. Singgap jugak sekejap kat Dataran Masjid Putra tu, tapi hari hujan jadi tak sempat nak bergambar sangat. Kemudian baru pergi ke Taman Saujana Hijau. Nasiblah kat situ pun ada bendera, dapatlah shoot untuk tema merdeka.

Lepas ni tema anniversary yang romantik² gitu!








4 ulasan:

  1. Semangat ni. Hehe. Happy Anniversary & Selamat Hari Merdeka

    BalasPadam
  2. comel je sekeluarga ni bergambar...sporting! SELAMAT HARI MERDEKA ;)

    BalasPadam
  3. cantiknya. kombinasi kaler cantik. menyerlah. Happy Anniversary ye

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com