terkini dan sensasi

Selasa, 13 September 2016

Raya Aidiladha kami

Assalamualaikum...(^ ^)

Selamat Hari Raya Aidiladha!

Perancangan awal memang nak balik beraya di kampung husband sebab dah 2 tahun dia tak balik beraya. Mas pun seronok sangat sebab dia akhirnya dapat cuti, apa lagi terus mohon cuti seminggu! 

Tapi ketentuan Allah tu kita tak boleh nak halang, tetiba last minit cuti husband dibatalkan atas sebab² tuntutan tugas. Kecewa jangan cakaplah, lagi kecewa dia sebab impian nak jenguk mak abah yang 2 tahun tak jumpa tidak kesampaian. Nak buat macam mana, kenalah redha demi kerja. Mas pun kena redha kuat bersuamikan anggota badan beruniform ni. 


Jadi kami pun beraya di Salak Tinggi je. Nasiblah pagi raya husband off duty, dapatlah pergi jalan² buat photoshoot raya kekononnya. Pagi raya pun masak menu mudah je, Pulut Kuning dengan Sambal Tumis Ikan Bilis. Pertama kali Mas masak Pulut Kuning, nasib menjadi! 

Dah siap makan, dalam pukul 2 kami keluar ke Putrajaya untuk photoshoot. Lokasinya di sekitar Masjid Besi je. Bukan photoshoot dengan jurugambar pun, amik gambar dengan Note5 je. Lagipun masa raya puasa tu takde gambar satu family, jadi kali ni baru dapat bergambar bersama. 


Pastu hari ni tak kemana pun sebab husband kerja shif siang. Jadi lepak kat rumah dengan anak² sambil masak juadah raya yang mereka nak makan. Disebabkan semalam dapat daging korban 5 kilo dan tulang sekilo, hari ni terus buat Bihun Sup Tulang Daging Korban. Fuhhh terangkat!

Ni teaser gambar photoshoot kami, nanti Mas buat satu entri khas.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com