Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 6 September 2016

Siapa kita untuk menilai

Assalamualaikum...(^ ^)

Terkejut jugak bila baca kisah sahabat kita yang dah berubah kembali kepada dirinya yang dulu. Mungkin benar mungkin tidak, hanya Allah sahaja yang tau! 

Pastu bila baca tohmahan dan cacian pada dia rasa simpati dan sedih sangat. Itulah manusia kan, cepat benar menilai seseorang dari segi keburukannya sahaja, yang baik tak pernah nak nampak. Siapa kita untuk menilai sebegitu? Tengok balik pada diri kita sendiri, adakah kita dah cukup sempurna di sisi Allah!


Ingat, kekuatan diri kita terletak pada hati dan iman. Kalau dua² ni goyah maka lemahlah kita! Memang kadang kita akan rasa tak kuat sebab terlalu banyak tohmahan dan cacian. Sedikit sebanyak kita akan mengalah dengan semua itu. Tapi kita kena ingat, Allah ada. 

Cuma jangan lupa kita pun punyai kelemahan yang kadang susah kita nak atasi. Sebab itulah pokok pangkal hati kita kena kuat hadapi apa saja dugaan dan cabaran. Hati kena bersih dari sifat hasad dengki dan khianat mengkhianati! 

Moga kita semua istiqomah dan dapat hidayah serta doakan jugak yang terbaik untuk sahabat kita sesama Islam. Ingat Allah tu sentiasa ada untuk kita, jadi kita jangan lupakan Dia.

4 ulasan:

  1. setuju sangat2
    apapun kena tgk diri kita dahulu

    BalasPadam
  2. amin.. semoga kita istiqomah...
    betul tu sis.. manusia sekarang ni pandai nk bgi hinaan je .. tpi x pndg pulak kebaikan seseorang..

    BalasPadam
  3. patut di sokong di kuatkan semangat bukan di caci di hina atas benda yang dah lepas urmmm itu lah,bila saudara mencari kekuatan patut kita hulur tangan ,semoga Allah pelihara dia .

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com