Assalamualaikum...(^ ^)
KLIA memang dekat je dengan rumah Mas, 10 minit dah boleh sampai. Pastu kat kawasan KLIA tu ada satu tempat untuk kita tengok kapalterbang mendarat. Bukan kat dalam KLIA tapi di tepi jalan berhampiran KLIA tu.
Setiap petang memang ramai pengunjung akan datang ke sini untuk bawak anak² mereka melihat sendiri pemandangan kapalterbang mendarat dengan lebih jelas. Memang boleh rasa kapalterbang tu terbang kat atas kepala kita, rasa dekat sangat. Macam boleh sentuh dengan tangan!
Selang beberapa minit pelbagai jenis kapalterbang akan lalu untuk mendarat. Anak² Mas memang teruja sangat terutama Airis, maklumlah pertama kali Mas bawak mereka rasai pengalaman ni. Bukan anak² je teruja, mamanya pun sama. Heheheee!
Dekat 2 jam jugak kami habiskan masa layan anak² tengok kapalterbang. Airis berapa kali cakap "Mama ni last, ni last!" Tapi bila nampak lampu kapalterbang tu sayup² terus dia nak tengok lagi. Berapa kali last pun Mas tak tau, hahahaa.
Jadi pada kawan² yang belum pernah rasai pengalaman ni dengan anak², boleh datang bawak mereka. Pasti seronok! Senang je nak cari tempatnya, dekat kawasan tepi jalan sebelah KLIA1 tu. Kalau nampak banyak kereta parking kat tepi jalan tu, kat situlah tempatnya. Sentiasa ramai orang.
Gambar keterujaan kami sebagai kenangan!
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamok nanti akak tanya husband direction nak pi sana.. akak ni fail sikit nak bagi direction kat org! hehehee..
PadamCantiklah gambar Mas..suka sangat,nanti nak pergi sini jugak lah..
BalasPadamwah bestnya. hehe.
BalasPadamSalam sis senang tak nk cari tempatnya? Igt nk bawak anak tgk kpal landing tu hrni...kot sis boleh wasap saya juga pls 0122347381 - fauzus
BalasPadamsis,bleh share location x?
BalasPadam