Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 2 Oktober 2016

Aktiviti di tepi sungai Pahang

Assalamualaikum...(^ ^)

Kalau balik Temerloh memang suka lepak kat tepi sungai Pahang ni. Permandangan cantik dan nyaman je. Tapi dulu boleh lepak dan nikmati angin petang tapi sekarang dah ada aktiviti yang boleh dilakukan, antara aktivitinya!

1. Naik Jambatan Gantung


Rasanya dah 2 tahun jambatan ni dipasang tapi baru kali ni Mas merasa naik. Ia diberi nama Jambatan Gantung Kuala Semantan kerana dipasang merentasi sungai Semantan. Panjang jambatan ialah lebih kurang 800 meter dan kalau nak naik tak dikenakan bayaran pun, percuma! 




2. Naik Bot 


Perkhidmatan bot ni dah lama ada, dari zaman Mas sekolah lagi. Dulu ia digunakan sebagai pengangkutan air untuk menyeberangi sungai Pahang. Penduduk dari kampung seberang nak ke Temerloh akan gunakan pengangkutan bot ni. 

Tapi sekarang ia dah jadi tarikan pengunjung untuk naik bot menyusuri sungai Pahang. Bayaran yang dikenakan RM20 dan akan dibawa ronda² sepanjang sungai Pahang. Pastu berhenti dekat signboard Temerloh ni untuk bergambar!




3. Bergambar di Signboard Temerloh


Kat sini boleh pergi kalau air surut. Memang nampak biasa je tapi kalau pengunjung yang bukan orang Temerloh mesti nak bergambar sebagai kenangan. Mas anak jati Temerloh pun rasa teruja dan nak abadikan kenangan di sini!




4. Pekan Sehari Temerloh


Hanya ada pada setiap hari Ahad. Memang seronok pergi sini, macam² ada. Mas ada cerita dalam satu entri khas, baca di entri Pekan Sehari Temerloh.

1 ulasan:

  1. saya suka pegi makan ikan patin tempoyak dekat tepi sungai pahang tu, bole nampak signboard temerloh dari seberang sungai

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com