Assalamualaikum...(^ ^)
Fuhhhhh setelah lama makan main bedal je, baru ni nak amalkan semula makan secara sihat. Target sekarang eat clean, eat clean dan eat clean! Harap sangat tak terbabas dan berjaya amalkan.
Kalau ikutkan senang je nak amalkan makan secara sihat ni, yang penting kena betul². Bukan tak boleh makan Nasi Lemak ke, Bihun ke, Burger ke tapi kena yang bebas garam, gula, minyak dan lemak. Pastu makanan tu tak boleh ambik selalu, kena hadkan seminggu sekali dan dalam kuantiti yang sedikit. Seeloknya biarlah kita masak sendiri supaya kita boleh kawal penggunaan 4 bahan tu!
Mas makan jugak makanan camtu tapi kena kawal sebab berat senang naik. Jadi memang kena amalkan makanan sihat. Kebiasaannya Mas masak sendiri kat rumah tapi kalau tak sempat Mas beli je. Atau Mas buat menu yang senang nak sediakan seperti Scramble Egg atau buah-buahan.
Lagi satu fast food, yang ni memang kena dan kena elakkan. Mas dulu nak kurus setahun lebih tak makan fast food, memang boleh punya! Tapi sekarang ada jugak terbabas, jadi kena berhenti mulai hari ni. Target nak capai 60kg sebelum 1/1/2017!
ephyra tu win...bagus kak mas...
BalasPadamNice blog. Love it.
BalasPadamAssalamulaikum Admin,
BalasPadamMohon untuk dimasukkan blog saya ke blok puan. Blog saya:
biarlembuyangjadilembu.blogspot.com
Sekiranya sudah dimasukkan harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com
Terima kasih.