Terkini dan Sensasi

Selasa, 4 Oktober 2016

Dusun Kg Bangau Tanjung

Assalamualaikum...(^ ^)


Alhamdulillah seronok sangat balik kampung hujung minggu lepas. Paling seronok bila ada hasil dari dusun arwah abah. Walaupun tak menjadi sangat hasilnya tapi bolehlah anak cucu nak makan.

Arwah abah memang banyak tanam pokok buah-buahan kat kawasan rumah. Boleh dikatakan semua jenis pokok ada. Tapi dek kerana dah takde adik beradik menetap kat kampung, dusun tu tak terjaga sangat. Semak sikitlah! Pastu banyak jugak pokok buah yang dah mati dek banjir besar 2014 tu. 

Tapi walau tak dijaga masih ada pokok yang berbuah. Antaranya ialah rambutan, manggis, duku langsat, petai dan ciku. Disebabkan Mas balik lambat ke kampung hasil tu dah tinggal sikit terutamanya manggis dan rambutan. Cuma yang masih lebat buahnya ialah duku langsat dan petai.



Duku langsat memang menjadi sangat kali ni, semua pokok berbuah dengan lebat. Husband Mas dapat panjat 3 pokok je sebab pokok lain semua tinggi. Dapatlah 2 bakul untuk bagi mak mertua dan bawak balik ke Salak Tinggi. 

Pastu pokok petai nan sebatang ni rajin sangat berbuah. Dulu masa arwah mak ada dialah yang gagah panjat pokok ni ambik buahnya. Dahlah pokok tu tinggi tapi kedarat dia sebagai wanita mampu mengatasinya. Memang Mas tabik kat arwah mak!



Kali ni husband jadi tukang panjat. Dia ni tak kurang hebatnya, Mas pulak yang seriau tengok dia atas pokok tinggi tu. Hasil dia memanjat dapatlah Mas makan petai kampung yang sedap, bukan senang nak dapat tau. Dah selamat buat Sambal Petai Tempoyak Ikan Bilis dan Petai Jeruk.


Moga terus ada hasil dari dusun Kg Bangau Tanjung untuk kami adik beradik.

2 ulasan:

  1. ohooi. terliur tengok sambal petai..

    BalasPadam
  2. Singgah ptg selasa
    bz sangat2 x dan nak blogwalking :)
    la rupanya seberang kg anum je

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com