mrs secretary

Sabtu, 8 Oktober 2016

Gegar Vaganza kembali!

Assalamualaikum...(^ ^)

Wahhh rancangan hiburan yang paling Mas nantikan! 

Satunya rancangan menampilkan penyanyi² lama dan otai yang dah lama tinggalkan bidang nyanyian. Tapi vokal mereka masih mantap dan menyengat. Dua musim yang lepas menyaksikan Ayai Ilusi dan Siti Nordiana dinobatkan sebagai juara. Peserta² lain yang bertanding jugak tak kurang hebatnya. Musim ke-3 ini jugak menampilkan artis² hebat yang bakal mengegarkan pentas Gegar Vaganza 3. 


Inilah senarai peserta² yang akan berentap dan tak kurang hebatnya di pentas hiburan tanahair suatu masa dulu. Pasti vokal mereka tetap seperti dulu!

1. Ameng
2. Intan Sarafina
3. Gmie Screen
4. Azharina 
5. Razif Ismail
6. Shidee Data
7. Rem
8. Zur Eda
9. Elly Mazlein
10. Zarul
11. Siti Sarah
12. Nora

Fuhhh tak sabar nak tunggu aksi mereka menyanyikan lagu² terbaik. Dah rindu nak dengar kelunakkan suara emas mereka. Pastinya Mas ada peserta pilihan yang dijangka memberikan persembahan hebat dan terbaik. Pilihan peserta lelaki sudah tentu Ameng, Zarul dan Gmie Screen. Pilihan peserta wanita pulak Siti Sarah dan Azharina.

Gegar Vaganza 3 akan bermula pada 16 Oktober 2016 di saluran Astro Ria pada setiap hari Ahad jam 9 malam. Good luck untuk semua peserta!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com