Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 10 Oktober 2016

Hari Sukan Negara KKM 2016

Assalamualaikum...(^ ^)


8/10/16 merupakan Hari Sukan Negara. Pada tarikh ni seluruh negara baik di jabatan kerajaan, swasta, badan berkanun, dan sekolah akan mengadakan aktiviti kesihatan dan kecerdasan bagi sama² menyokong kempen ni. Tak kisahlah aktiviti apa yang dilakukan janji ianya aktiviti sihat dan bersukan! 

Hari Sukan Negara disambut pada setiap hari Sabtu minggu kedua pada bulan Oktober. Bagus bagi Mas ada kempen sebegini, sekurang²nya kita sedar bahawa perlunya aktif dan sihat. Perlunya kita beriadah dan bersenam setiap hari, tak kiralah di rumah atau di luar. 30 minit sehari bagi Mas dah memadai, janji keluar peluh. Tak boleh buat pada hari bekerja, buatlah pada hujung minggu. Tak kan nak terperap kat rumah tengok TV je!



Kementerian tempat Mas bekerja pun tak ketinggalan adakan sambutan Hari Sukan Negara. Tahun ni kali kedua diadakan tapi Mas pertama kali sertai. Banyak aktiviti sihat yang dijalan seperti 10,000 langkah, berbasikal, aerobik, zumba dan cabaran cardio. Yang paling buatkan ramai teruja bila ada abang bomba sado turut serta adakan cabaran aktiviti fizikal. Mas takdelah teruja sebab kat rumah dah ada abam bomba kan, walaupun tak sado. Hahahaa!

Mas tak ketinggalan sertai aktiviti yang paling mencabar iaitu cabaran plank. Dalam cabaran ni kena buat plank dan bertahan selama yang mampu. Memang Mas dah biasa buat tapi setakat 5 minit bolehlah. Tapi berkat ketabahan bertahan sampai rasa kejang otot perut akhirnya menang jugak! Fuhhh nak patah pinggang dibuatnya. 


Yang paling seronok bila aktiviti zumba bermula. Fuhhh berpeluh sakan! Lagi pun Mas dah lama sangat tak bersenam ni, sekali sertai aktiviti camni terus semangat nak kembali aktif. Sebenarnya kalau kita konsisten senaman setiap hari memang akan jadi habit dan sayang nak tinggalkan.

Jadi jom kekal aktif sihat. Bukan pada Hari Sukan Negara je, sebaiknya setiap hari!


3 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com