Terkini dan Sensasi

Jumaat, 7 Oktober 2016

Kebolehan suami

Assalamualaikum...(^ ^)


Entri ditulis bukan nak puji dan agungkan suami sendiri tapi Mas rasa bangga dan sangat bertuah dapat suami yang ada pelbagai kebolehan ni. Satu anugerah dari Allah yang tak ternilai dan sangat Mas hargai!

Suami Mas bukanlah seorang yang berpelajaran tinggi tapi dia rajin belajar untuk mahirkan diri dia. Dari mula Mas kenal dia, memang dia seorang yang kuat bekerja. Masa tu Mas hanya nampak kemahiran dia boleh baiki kereta dan boleh buat kerja welding. Tapi bila dah kahwin banyak rupanya kebolehan dia, boleh buat wiring, bertukang dan menjahit. 


Paling tak sangka pandai menjahit tu, memang padanlah dengan bininya yang tak tahu menjahit ni. Kalau baju anak² terkoyak ke, tercabut butang ke dialah yang jadi tukang jahit. Hehehee! Hari tu masa balik kampung jubah Mas pun dia tolong alter. Nasib kami takde mesin jahit, kalau tak dah buka kedai jahit dah. Itupun banyak kali dah dia cakap nak beli mesin jahit, senang katanya! 

Satu lagi kebolehan dia ni boleh datangkan pendapatan sampingan, terutamanya bab baiki kereta dan welding. Dua² ni dah jadi part time job dia sekarang. Dapatlah tambah pendapatan kami sekeluarga. 

Jadi kebolehan diri kita tu bukan setakat untuk menunjuk² tapi kalau kita manfaatkan boleh bagi pulangan pada kita. Tak kisahlah apa sahaja kebolehan dan kemahiran kita!

Sama macam tulis blog kan?

1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com