mrs secretary

Selasa, 11 Oktober 2016

Kembali aktif bersenam

Assalamualaikum...(^ ^)


Yeayyyy seronok sangat! Dah kembali aktif bersenam selepas berehat lebih kurang 7 bulan lebih. Moga misi 60kg akan tercapai sebab dah dekat 2 tahun tak capai² lagi. Makin naik adalah berat ni. Ishhh takutnya kembali ke zaman berat 84kg dulu. Kalau tak jaga dan konsisten memang ada ciri² nak naik ni, makan pun tak jaga sangat dah. Ok kita kembali ke pangkal jalan ye Mas!

Masa mengandung dan pastu keguguran hari tu memang Mas berhenti senaman. Bila dah berhenti rasanya selera makan makin membuak dan badan pun jadi malas. Asyik nak dok terperap depan TV je. Pastu badan jadi cepat penat dan lesu. Mana taknya sejak setahun lepas hari² Mas aktif workout tetiba berhenti, memang badan akan lemah! 


Sekarang Mas dah mula kembali. Nak dapatkan rentak tu kena pelan², tak nak terlalu paksa diri. Lagipun dah lama rehat kan? Senaman pulak macam biasa Mas buat tabata workout, dumbell workout dan jogging. Belum konsisten setiap hari, kadang selang sehari dan kadang 3 kali seminggu je. Tapi Mas akan buat lebih kurang sejam lebih untuk satu sesi senaman. Fuhhh baru basah lencun dengan peluh! Pastu bangun pagi pun rasa segar badan, sebab dapat tidur lena setelah kita penat senaman.

Tapi senaman pun tak cukup jugak, pemakanan pun kena jaga dan detox pun kena amalkan. Barulah seimbang kan? Paling penting lemak, garam, minyak dan gula tu kena kurangkan. Banyakkan minum air detox dan air kosong!


Ok moga Mas istiqomah dan teruskan usaha. Tak sabar nak kecikkan pipi yang dah tembun ni dan kilo yang dah hampir nak cecah 70kg ni. Uwaaa seram!

5 ulasan:

  1. selalu bersenam time bile yek?saya de try bersenam tapi lama dah 'berehat' hehehe... tak istiqamah langsung... bile nak mulakan balik... adeihh.... cam berat je...kih3

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau hari kerja saya workout sebelah ptg dan kalau weekend sebelah pagi..

      Padam
  2. wow semangat tengok.. nak kne follow akk ni..

    BalasPadam
  3. samalah kite.. berat nak cecah 70 dah.. adoiiii

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com