Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 5 Oktober 2016

Wajib makan Patin Tempoyak Temerloh

Assalamualaikum...(^ ^)


Digelar Bandar Ikan Patin, Temerloh memang terkenal dengan ternakan ikan patin sangkar di tepi² sungai Pahang. Bukan sahaja penduduk Temerloh yang menggemari ikan patin tapi pengunjung dari luar pun sanggup datang bagi mendapatkan ikan tersebut. 

Mas anak jati Temerloh ni pun tidak pernah jemu makan ikan patin. Yang paling menjadi pilihan adalah Patin Tempoyak! Perghhh memang terbaik dimakan sebagai hidangan wajib jika datang ke Temerloh. Rugi tau kalau tak makan!


Dah banyak restoran atau kedai makan menjual Patin Tempoyak. Google sahaja kedai terbaik di sekitar bandar Temerloh, pasti akan jumpa. Antara kedai yang agak popular adalah Go'bang Maju Patin Tempoyak. Mas ni pun baru pertama kali makan kat situ dah jatuh hati. Memang sedap Patin Tempoyak dia. Semangkuk hanya RM15 je, boleh pilih nak bahagian kepala, badan atau ekor! 

Lagi satu Selera Patin Bangau yang terletak di kampung Mas iaitu Kg Bangau Tanjung. Kat sini Patin Tempoyak dia lagi terbaik! Ikan segar ditangkap dari sangkar dan terus dimasak, perghhh memang boleh tambah nasi berpinggan²!


Pastu kalau nak cuba masak sendiri Patin Tempoyak bolehlah beli ikan patin sangkar yang dijual di serata tempat di Temerloh. Kat kampung Mas pun ada, hanya RM16 je sekilo!

Jadi kalau datang Temerloh wajib makan Patin Tempoyak dan beli ikan patin segar bawak balik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com