Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 8 November 2016

Airis tak dapat Pra Sekolah

Assalamualaikum...(^ ^)

Dah lama Mas dapat tahu pasal berita sedih ni, awal bulan Oktober kalau tak silap. Masa tu pihak sekolah telefon bagitau permohonan Airis untuk masuk Pra Sekolah bagi umur 5 tahun tidak berjaya. Terkejut jugak dan terus tanya kenapa tidak berjaya, tak layak ke?

Bila pihak sekolah jelaskan rupanya mereka tak ambik kanak² 5 tahun sebab dah dipenuhi oleh kanak² 6 tahun. Kelas Pra Sekolah di SK Salak ni ada 3 kelas, kalau dah penuh dengan murid 6 tahun, pihak sekolah terpaksa tolak permohonan 5 tahun. Jika ada kekosongan barulah mereka ambik yang umur 5 tahun. Fuhhhhh susah jugak! Kenapalah pihak sekolah tak nak wujudkan satu kelas 5 tahun, peliklah.


Masa zaman kakak dengan abang dia dulu memang ada satu kelas untuk 5 tahun, kelas 6 tahun biasanya 2-3 kelas. Tapi sekarang dah banyak sekolah tak ambik kanak² 5 tahun, tak tahulah kenapa? Bagi Mas bagus anak² dihantar ke sekolah sebenar seawal usia 5 tahun, senang nak biasakan mereka dengan suasana persekolahan bila dah masuk darjah 1 nanti. 

Bila keputusan mengecewakan terus Mas mintak husband pergi tanya sekolah lain di sekitar Salak Tinggi. Tapi malangnya semua penuh. Pastu cuba tanya Tadika Kemas dan PASTI, pun mengecewakan. Tiada kekosongan. Ramai betul anak² seusia Airis nak bersekolah tahun depan. 

Masa tu dah putus harapan bila semua sekolah dah penuh, nak hantar ke swasta memang Mas tak mampu! Kos mula² nak masuk pun ada yang cecah dekat RM2k. Bukan nak berkira tapi sejujurnya kami tak mampu, jadi tak nak ianya jadi bebanan nanti.

Jadi husband pergi ke SK Salak tu untuk cuba buat rayuan. Bila jumpa pihak pentadbiran mereka kata mungkin ada harapan sebab pengesahan penerimaan tempat oleh ibu bapa murid 6 tahun masih belum 100%. Ada yang belum jawap lagi akuan penerimaan. Jadi jika sehingga hujung bulan November ni ada yang tak jawap atau menolak pihak sekolah akan buka kepada murid 5 tahun. Fuhhh masa tu dah rasa lega sikit, berdoa moga ada rezeki Airis! 


Berdebar nak tunggu awal Disember nanti. Moga Allah bagi rezeki untuk Airis ke Pra Sekolah. Dia memang dah tak sabar dan seronok nak sekolah macam abang dan kakaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com