Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 3 November 2016

Cuti² Langkawi 2016 : Island Hoping

Assalamualaikum...(^ ^)


Hari ketiga : 1/11/2016
Mas sambung lagi cerita hari ketiga kami di Langkawi. Selepas dah seronok jalan² dan makan buah-buahan di MARDI kami terus ke Pantai Cenang. Malam sebelumnya kami dah survey agensi travel yang tawarkan pakej yang murah dan berpatutan untuk Island Hoping. Jadi tengahari tu kami hanya pergi daftar nama dan buat pembayaran. 

Kami ambik dengan agensi FSF Maju Enterprise (No. Tel: 014-9011052). Harga yang ditawarkan serendah RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak². Airis pulak mereka bagi percuma, rezeki kami lah tu! Jadi semua jumlah yang kami bayar RM110. Pakej Island Hoping ni seperti biasa pergi ke Tasik Dayang Bunting, Eagle Feeding dan mandi manda di Pantai Beras Basah. 



Selepas buat pembayaran kami akan tunggu bot di Awana Resort World. Destinasi pertama adalah Tasik Dayang Bunting. Perjalanan dari jeti ke sana mengambil masa lebih kurang ½ jam menaiki bot laju. Sebelum sampai ke tasik, bot akan berhenti sekejap di tengah² laut tu untuk tengok kejadian Allah SWT yang sangat menakjubkan. Batu yang berbentuk seperti wanita hamil yang sedang baring. Menurut mitos kononnya itulah Dayang Bunting! 



Kemudian perjalanan diteruskan ke Tasik Dayang Bunting. Masa diberikan untuk kami di sini adalah selama 1 jam. Sekarang nak masuk ke kawasan tasik ni dah dikenakan bayaran RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak². Bagi pelancong asing pula RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak². Untuk kanak² 6 tahun ke bawah dan OKU adalah percuma.. 




Untuk ke tasik ni memang kena exercise turun naik tangga sikit, takdelah mencabar sangat tapi semput jugaklah. Bila dah sampai kat tasik tu rasa satu kepuasan dan berbaloi penat. Sekarang dah banyak aktiviti di tasik ni berbanding dulu, boleh mandi manda, boleh berkayak dan boleh naik padel bot. Kalau nak trekking pun boleh, ada laluan disediakan..

Mas dengan husband tak mandi pun, anak² je mandi. Tapi nak bergambar kat sini kena pandai cari permandangan cantik. Mula² ambik gambar kami tak perasan pun boleh nampak batu bentuk Dayang Bunting tu, bila tengok semula gambar baru perasan. Jadi dapatlah abadikan gambar dengan permandangan yang cantik ni. 




Lepas sejam kami teruskan ke aktiviti Eagle Feeding. Inilah yang paling Mas nantikan, berpuluh² ekor burung helang pelbagai jenis akan terbang ke arah kami apabila dengar enjin bot. Mereka seperti dah tahu yang ada orang datang bawak makanan. Mas tak sempat nak rakam video sebab kebetulan pulak bateri kong. Tapi memang seronok dan teruja tengok burung² helang tu menyambar makanan yang ditaburkan ke dalam laut. 




Aktiviti terakhir sudah tentulah mandi manda di Pantai Beras Basah. Kat sini kena hati² dengan monyet sebab mereka pantang nampak beg dan plastik makanan, memang automatik mereka akan datang menerkam ke arah kita. Jadi tak boleh tinggalkan beg macam tu je, kena ada sorang tunggu kalau nak mandi manda. 

Mas tak mandi pun sebab susah nak salin baju. Satu kelemahan kat pantai ni takde tandas untuk salin baju dan air bersih untuk bilas selepas mandi laut. Patutnya pihak Tourism Langkawi kena ambik serius tentang perkara ni sebab bukan sedikit pengunjung datang ke sini, boleh dikatakan setiap hari. Tanpa kemudahan tandas awam memang menyusahkan para pengunjung. Jadi Mas harap sangat perkara ni diubah pada masa akan datang untuk keselesaan pengunjung! 



Bagi Mas Island Hoping ni seronok, berpatutan dengan harga yang dikenakan. Tapi kalau datang lain kali ke Langkawi Mas nak amik Mangrove Tour 6 jam tu pulak. Dah survey harganya, seorang lebih kurang RM100 ke RM120. Tour naik bot melawat pelbagai tempat menarik antaranya Gua Kelawar, Gua Buaya, sangkar ikan, Eagle Feeding dan banyak lagi. Pastu siap ada pakej makan tengahari di Floating Seafood Restoran, memang akan cuba pakej ni nanti!

Begitulah kisah Island Hoping kami. Esok Mas sambung cerita hari terakhir kami di bumi Langkawi!





3 ulasan:

  1. Salam Mas, boleh kak tahu nama agency yg Ma s ambil utk island hopping.
    Thanks. Kak Zainab KL

    BalasPadam
    Balasan
    1. FSF Maju Enterprise
      No. Tel : 014-9011052
      lokasi agency tu kat pantai cenang

      Padam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com