Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 4 November 2016

Cuti² Langkawi 2016 : Shopping

Assalamualaikum...(^ ^)

Sampai ke cerita hari terakhir di bumi Langkawi. Elok je kami nak balik cuaca bagus sangat, panas terik! Kalau naik SkyCab waktu tu lagi syok. Tapi takpelah lain kali datang lagi bukan musim hujan, boleh naik gondola kaca tu pulak. RM95 seorang koooo, kena kumpul duit ni.



Hari keempat : 2/11/2016
Hari terakhir kami hanya habiskan masa untuk shopping. Mula² kami ke Nusantara Maju ni untuk beli stok minyak gamat. Beli yang 12 botol terus sebab stok kat rumah dah habis, baru RM10 je. Pastu masuklah kejap kat dapur tempat mereka proses gamat, merasalah macam ada ilmu kebal bila celup jari dalam kuali gamat panas ni. Serius memang tak rasa panas pun!




Dah dapat beli minyak gamat kami terus ke Idaman Suri dan Kompleks HIG. Kali ni memang Mas kawal nafsu membeli belah tu sebab tujuan datang bukan nak shopping sangat. Tak sediakan banyak pun duit untuk shopping. Mas memang camni, tak akan beli membabi buta! Kalau niat datang nak shopping memang dah peruntukkan bajet siap².


Di Idaman Suri hanya beli 2 set sudu garpu besar dan 1 set sudu garpu kecik. Memang itu je yang nak dibeli disebabkan sudu garpu kat rumah dah banyak hilang. Tak tahu anak² dan laki kat rumah tu buat apa dengan sudu garpu mama, habis satu persatu lesap!


Tapi sambil² tu tengok jugak pinggan mangkuk lain, survey harga dulu dan dah target yang mana satu nak dibeli. Kumpul duit dulu, nanti memang nak datang lagi sekali untuk shopping pulak. Masa tu nak bawak kereta sendiri ke Langkawi, baru puashati nak membeli belah.



Kemudian kami ke Kompleks HIG untuk beli coklat. Haaaaa yang ni memang terapi paling syok kalau datang Langkawi. Nasib Mas mampu kawal diri, ingat diet dan ingat duit tak banyak, kalau tak memang satu kompleks tu Mas borong. Sapa tak teruja kan tengok coklat yang banyak dan murah² tu, dah lah hantu coklat! 


Anak² pun Mas kawal, hadkan 3 jenis coklat je untuk sorang. Ambik dan kira dekat RM200 jugak habis untuk coklat. Yang penting Nutella ni beli jugaklah 2 botol sebab murah. Tak boleh beli banyak, nanti hancur diet. Hehehee!


Ngam² pukul 12 tengahari kami habis shopping, pastu terus ke jeti untuk balik. Beli tiket feri jam 1 tengahari dan sampai di Kuala Perlis jam 2.30 petang.

Dalam perjalanan balik tu nampak sawah padi menghijau ni, terus ajak husband berhenti untuk bergambar. Husband siap tanya, "Kat sawah padi pun nak bergambar ke?" Hahahaa jangan pelik ye abang, saya memang macam ni! Semua tempat nak bergambar walaupun terpaksa berhenti tepi highway ni haaaa. Nasiblah husband jenis melayan je bini dia ni, kih³.




Dalam jam 10.00 malam kami tiba di Salak Tinggi. Itulah kisah percutian bajet dan singkat kami. Memang kami hanya mampu bercuti dalam Malaysia je, belum ada rezeki ke luar negara. Walaupun dah 4 kali pergi Langkawi tapi kami tak pernah jemu, yang penting anak² seronok itu dah memadai.

Jumpa lagi akan datang wahai Langkawi, tunggu Mas kumpul duit dulu!



1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com