Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 3 November 2016

Cuti² Langkawi 2016 : Taman Agroteknologi MARDI

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah kami dah selamat sampai ke Salak Tinggi jam 10 malam tadi. Percutian yang sangat menyeronokkan! Hari ni Mas sambung lagi cerita cuti² Langkawi kami. Untuk hari ketiga kami ke MARDI dan Island Hoping. Mas cerita dulu pengalaman kami ke Taman Agroteknologi MARDI. Dah 4 kali ke Langkawi, ini kali pertama Mas pergi ke MARDI. Apa yang menarik di sini, jom baca!


Hari ketiga : 1/11/2016
Pada awalnya kami nak ke Wildlife Park, tapi disebabkan perjalanan memakan masa yang agak lama kerana tempat tu agak jauh maka kami buat keputusan ke Taman Agroteknologi MARDI. 

Tiket masuk ke sini tidaklah terlalu mahal untuk kita pemegang MyKad. Hanya RM7 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak² (3 tahun ke bawah percuma). Untuk pelancong asing tiket yang dikenakan adalah RM25 seorang. 



Dah beli tiket kami dibawa menaiki tram selama lebih kurang 30 minit bersiar² di ladang MARDI. Mula² kami dibawa menikmati buah-buahan tempatan yang dipetik segar dari pokok. Pelbagai jenis buah dihidang kepada kami seperti tembikai, rock melon, pisang, nenas, jambu batu, limau gedang dan belimbing besi. Buah-buahan tersebut memang ditanam di sekitar ladang MARDI. Kalau bernasib baik datang pada musim buah durian, manggis dan rambutan lagi seronok!


Dah kenyang makan buah kami dibawa ke Ladang Anggur. Tapi nasib tak menyebelahi kami sebab anggur belum masak. Buah anggur yang ditanam di MARDI adalah anggur hijau dan merah. Saiz buahnya tidak sebesar anggur yang ditanam di luar negara kerana faktor cuaca negara kita. Tapi rasa buahnya tetap sama! Pekerja di situ beritahu, pokok anggur ni boleh hidup selama 300 tahun. Fuhhhhh memang lama, tanam sekali je dan hasilnya boleh dimakan sepanjang zaman oleh semua keturunan. 




Habis di Ladang Anggur kami diberi peluang bergambar dengan buah nangka dan nenas menggunakan teknik camera trick. Maksudnya gambar buah² tersebut seolah² buah gergasi yang besar. Seronok jugak ada kenangan gambar macam ni, nampak macam betul je buah tu besar. 





Kemudian aktiviti terakhir kami dibawa melihat rusa. Tapi rusa kat sini pemalas, bagi makan pun tak mau. Hahahaa puas anak² Mas panggil ajak makan semuanya duduk tidur je, give up terus diaorang! 

Dah bosan layan rusa pemalas tu kami menaiki Menara Shukran View pulak. Husband malas nak naik tapi Mas dan anak² gigih naik menara tu hingga ke puncak. Takdelah tinggi sangat, lebih kurang 4 tingkat je. Dari atas ni boleh nampak keseluruhan taman MARDI dan permandangan sekitar Langkawi. Seronok lepak kat atas tu, nyaman dan berangin je!






Itu sajalah pengalaman kami di MARDI. Walaupun tak banyak aktiviti tapi yang penting anak² seronok dan ada kenangan ke sini. Habis di MARDI kami terus siap² ke Island Hoping, nanti Mas cerita!





2 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com