Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 1 November 2016

Cuti² Langkawi 2016 : Tibanya di Langkawi

Assalamualaikum...(^ ^)


Fuhhhhh perancangan cuti last minit akhirnya menjadi jugak. Destinasi pilihan di Langkawi sahaja dan 4 hari 3 malam kami akan habiskan masa di sini. Sekarang hari ketiga dan walaupun asyik hujan je di sini tapi bukanlah penghalang untuk kami jalan². Mas mulakan cerita tibanya kami di bumi Langkawi!

Hari pertama : 30/10/2016
Ini hanya hari perjalanan. Kami dari Salak Tinggi seawal jam 9 pagi kerana ada kenduri kahwin mak saudara di Tanjung Malim. Selesai kenduri jam 12.30 kami terus gerak ke Jeti Kuala Perlis. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam dan kami tiba di jeti jam 5.30 petang. Kereta kami parking di tempat letak kereta yang memang disediakan khas untuk pengunjung yang akan berada lebih dari sehari di Langkawi. Bayaran parking ialah RM10 untuk satu hari.. 

Seterusnya kami ke jeti beli tiket feri jam 6 petang. Harga tiket sehala untuk dewasa ialah RM18 dan untuk kanak² RM13


Perjalanan dari jeti ke Pulau Langkawi mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Kami tiba di sana jam 7.30 malam. Terus ambil teksi ke hotel penginapan dan tambang teksi hanyalah RM10.

Motel Seri Mutiara


Inilah hotel penginapan kami di sini. Mas memang suka pilih hotel bajet kerana lebih murah dan sesuai dengan bajet Mas. Lagi pun kami datang satu keluarga jadi kenalah cari hotel yang harganya lebih murah dan berpatutan.

Motel ni terletak berhampiran dengan Pekan Kuah dan jeti. Mas tempah melalui booking.com dengan harga RM100 semalam untuk satu bilik famili. Deposit yang dikenakan hanya RM100 dan dibayar 5 hari sebelum hari check in. Baki pulak dibayar semasa hari check in.


Bagi Mas motel ni selesalah untuk percutian bajet seperti kami. Biliknya pun selesa dengan 2 buah katil queen, bilik mandi pun bersih, ada TV dan wifi, ada penghawa dingin dan water heater serta kawasan untuk santai² di luar bilik. Pastu kawasan motel pun berhampiran dengan bandar, tempat makan dan tempat membeli-belah. 




Inilah cerita hari pertama kami di bumi Langkawi dan hotel penginapan kami. Nanti Mas sambung cerita hari kedua kami jalan². 

1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com