Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 5 November 2016

Cuti² Langkawi 2106 : Laksa Kaw Ikan Sekoq

Assalamualaikum...(^ ^)


Bila sampai ke Langkawi ramai orang cakap jangan lupa makan laksa sedap kat tepi laut jalan nak ke aiport tu. Mas ni dah 4 kali datang Langkawi tapi kali ni baru terhegeh² nak cuba makan kat gerai Laksa Kaw Ikan Sekoq ni. 

Gerai ni dibuka dari jam 11 pagi hingga 7 malam. Terletak di tepi laut memang satu tempat yang strategik untuk menjamu selera sambil dihembus angin pantai. Pengunjung yang datang memang tak pernah putus, sentiasa ramai dari pagi hingga ke petang. Sama ada penduduk tempatan atau pelancong luar semuanya nak makan laksa ikan sekor yang sedap tu!



Selain laksa ada pelbagai jenis menu lain yang dijual di gerai ni. Ada Pasembor, Bihun Sup dan makanan yang digoreng panas seperti Char Kuew Tiaw, Mee Goreng dan Bihun Goreng. Pastu ada jugak Fish Cake, Fish Ball, Nugget dan Hotdog yang digoreng. Kalau nak makan Waffle pun ada. Air pulak ada Sirap, Oren dan yang paling best Cendol.


Mas cubalah makan laksa ikan sekor yang terkenal tu, bagi Mas memang sedap dan berasa laksa dia. Kuah pekat dan ikan dia pun segar, terasa manisnya. Harga sepinggan laksa ni RM5. Memang tak cukup makan sepinggan, kalau tak ingat diet memang dah balun 2 pinggan. Hehehee! 


Pendek kata memang puashati makan kat gerai Laksa Kaw Ikan Sekoq ni. Semua makanannya sedap². Nanti datang lagi nak mintak ikan 2 ekor lah, tak cukup sekor. Hahahaaa! 

Dah kenyang perut kami lepak² kat tepi pantai tengok sunset






4 ulasan:

  1. besnya jalan langkawi.kak cmne nak buat watermark tuuu lawa laa heeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. watermark tu guna apps Snapseed.. install je dari PlayStore!

      Padam
  2. Memang sedap makan laksa kat gn airport tu.. Suasana pun best. Sambil makan sambil dengar bunyi ombak.. Dengan angin pantai..

    http://www.reenri.com

    BalasPadam
  3. glamer betul laksa ni, lain kali pi langkawi kena pi try lah

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com