Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 7 November 2016

Gegar Vaganza 3 : Minggu Keempat

Assalamualaikum...(^ ^)

Wooow konsert minggu keempat ni semuanya hebat², susah nak buat pilihan. Baik peserta mahu pun bekas peserta GV1 dan GV2, suara mereka memang power. Namun sebagus mana pun mereka penyingkiran akan tetap ada!


Minggu ni menyaksikan Elly Mazlein disingkirkan! Bagi Mas persembahan dia bagus, penghayatan dia baik, vokal pun mantap tapi mungkin cara penyampaian lagu tu yang kurang. Komen juri pun menunjukkan kelemahan dia dari segi teknikal dalam menyanyikan lagu.

Tapi ada pulak dengar katanya dia tarik diri dari GV3 sebab terasa dengan komen juri, hurmmm itu Mas tak nak ulaslah. Mungkin benar mungkin tidak! Apa pun Elly dah berikan persembahan bagus minggu ni, moga dia terus sukses.

Nak pilih yang terbaik agak sukar untuk konsert minggu ni sebab semuanya bagus dan vokal pun mantap. Tapi kalau ikut pilihan Mas untuk vokal yang paling menyengat adalah milik Gmie Screen. Dia memang power setiap minggu, vokal dia kena dengan semua lagu yang disampaikan. Gandingan dengan Nizam Laksamana semalam memang hebat, dua² sampaikan lagu tu dengan bagus!


Kalau dari segi persembahan yang menghiburkan Mas pilih Ameng & Siti Nordiana. Sangat terhibur dengan persembahan mereka, best! Bila dengar mereka nyanyikan lagu tu terus mengembalikan nostalgia zaman Saloma & P Ramlee. Seolah berada di kelab malam zaman 60an!

Untuk konsert ke-5 nanti, temanya ialah Hits Vaganza iaitu pilihan lagu² yang pernah menghuni carta hits radio. Haaaa kiranya lagu² yang paling top dan selalu dimainkan di corong² radio. Lagu Teman Tapi Mesra (Ratu) menjadi lagu pilihan untuk persembahan pembukaan oleh Nabil & Jihan.

Ini pulak senarai Ada Lagu Ada Lagi untuk minggu kelima.

Gmie Screen | Sentuhan Kecundang (Ekamatra)
Ameng | Tiara (Kris)
Nora | Kasih (Hetty Koes Endang)
Intan Sarafina | Jika Kau Rasa Getarnya (Slam)
Shidi Data | Ratuku (Awie)
Zarul | Ku Rela Dibenci (Aiman Tino)
Zur Eda | I Will Survive (Gloria Gaynor)
Azharina | Berhenti Berharap (Sheila On 7)
Siti Sarah | Purnama Merindu (Siti Nurhaliza)

Wahhhh ada 2 lagu kegemaran Mas, Tiara dan Ratuku. Pilihan peserta yang akan menyanyikannya pun sangat tepat. Tak sabar nak tunggu persembahan mereka! 

2 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com