Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 17 November 2016

Hilang tanpa sebab

Assalamualaikum...(^ ^)


Allah seusia Atikah ni.

Anak seusia ni memang sukar nak duga sikap mereka. Kalau kita terlalu melarang dikatanya kita tak sayang tapi kalau kita terlalu turutkan kehendaknya takut jadi lain pulak nanti. Takut kebebasan yang diberi disalah ertikan!

Dah banyak kes sebegini kan? Lari atau hilang dari rumah tanpa ibu bapa tahu apa puncanya, padahal sesetengah tu takde masalah pun di rumah atau dengan ibu bapa. 

Sebab itulah kita kena bagi pendekatan yang lebih, macam Mas akan beritahu pada Atikah apa bahaya yang ada di luar tu kalau terlalu bebas. Dunia sekarang tak macam dulu, penjenayah sekarang lebih sukakan budak² sekolah berbanding wanita dewasa. Mas selalu tunjuk kat dia kes² rogol, liwat dan bunuh yang melibatkan pelajar sekolah, biar dia takut dan insaf sikit bila tengok!

Satu lagi kawan² mereka kita kena kenal dan tahu, bukannya terlalu kongkong tapi untuk kebaikan. Manalah tau sikap memberontak anak kita dipengaruhi oleh kawan² ke atau anak kita nekad lari dari rumah atas hasutan kawan ke? Haaa itu sebabnya kita kena lebih peka! 

Gejala sosial sekarang dah terlalu berleluasa, jadi kita sebagai ibu bapa kena lebih beri perhatian pada anak². Nampak yang tak kena terus siasat dan tanya anak², jangan biar. Bukan apa nanti yang kita takuti tu akan berlaku!

4 ulasan:

  1. haah setuju. anak seusia awal remaja ni mmg susah gak. kita kena pandai main angin diorg. keras sgt pun x leh gak. sy cuba jd "kawan" kpd iqbal, anak sy seusia atikah... antara caranya sy kenal pasti apa yg dia minat dan sy ajak dia sembang psl tu... contohnya dia minat movie dan komik superheroes. so sy ajak la dia tgk movie tu dan belikan komik tu. lg pun sembang psl superheroes dan komik ni tak susah. sbb itu juga minat sy dri dulu sampai skrg. heheheh..

    BalasPadam
  2. doakan semoga dipermudahkan

    BalasPadam
  3. Sekarang ni macam macam dugaan. Dalam rumah tu pun orang luar boleh hasut anak anak kita. Minta perlindungan pada Allah banyak banyak

    BalasPadam
  4. kesiannya.. huhu. semoga dipertemukan jua. Pray to Allah

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com