Assalamualaikum...(^ ^)
Cuti sekolah dah dekat, pastinya ibu bapa dah merancang ke mana nak bawak anak² jalan². Bagi yang belum ada rancangan, Mas cadangkan satu tempat yang menarik. Tak jauh pun dan tak memerlukan bajet yang besar, tapi pastinya ia menjanjikan keseronokan kepada anak² dan jugak ibu bapa.
Mini Zoo @ KL Tower
Inilah tempatnya! Siapa sangka kan di tengah² kotaraya Kuala Lumpur tu ada Mini Zoo. Terletak berdekatan dengan KL Tower sudah pasti ianya tempat menarik untuk dikunjungi semasa cuti sekolah nanti. Semalam Mas berpeluang datang ke sini bersama rakan² bloggers KBBA9, semuanya teruja!
Bab parking jangan risau memang banyak disediakan, bayaran pun tidaklah terlalu mahal. Kedai makan dengan harga berpatutan pun ada!
Harga tiket masuk ke Mini Zoo ini memang berpatutan. RM32 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak² dan warga emas, untuk kanak² di bawah ketinggian 90cm adalah percuma. Pastu ada jugak harga pakej untuk 2 dewasa dan 2 kanak² serendah RM98 sahaja. Haaaa memang berbaloi!
Waktu operasinya pulak pada setiap hari Isnin-Ahad jam 10 pagi hingga 9 malam.
Apa yang menariknya di Mini Zoo KL Tower ni kita dan anak² boleh beramah mesra dengan haiwan² yang jinak. Boleh pegang, sentuh, peluk dan bagi mereka makan. Bab bagi makan ni memang seronok, bukan anak² je teruja mak ayah pun sama. Berebut² nak bagi makan!
Selain bagi makan kita dapat mengenali haiwan² di situ dengan lebih dekat. Apa habitat mereka, makanan mereka dan tabiat mereka. Haaaa bagus untuk pembelajaran dan pengetahuan anak², bukan setakat seronok tapi dapat ilmu gitu!
Pastu dah seronok dan penat jalan² di Mini Zoo, bolehlah menjamu selera Dominos Pizza di The Weld. Sedap hingga menjilat jari!
Terima kasih pada pihak Mini Zoo @ KL Tower untuk tempat riadah yang memang sesuai untuk aktiviti hujung minggu dan cuti sekolah. Menarik dikunjungi dan berbaloi untuk masa bersama² keluarga!
Bestkan p sana
BalasPadamBudak2 yang seronok lari sana sini...dok ajak p lagi niii
bestnya anum x smp lg cini
BalasPadammemnag best walaupun fariza tak paham lagi..tapi seronok..ehhee
BalasPadamxtau la pulak kat kl ada mini zoo, mentang2 dh setahun lebih berhijrah dari kl ke negeri sembilan..hahaha
BalasPadamokeyla... ada jugak tmpt nkg bawak anak2 nanti kan
BalasPadamBestkan pergi zoo nie...release tension kot
BalasPadamWahh!! Banyak syokk.. alaaa. Bila tgokk rabbit tu. teringat kat arwah rabbit kat rumah T.T
BalasPadamBest g sane. Tak panas. Dilitupi rimbunan pokok tgh kl. Hehehe tak snagka ada mini zoo tgh k ni
BalasPadam