Assalamualaikum...(^ ^)
Nur Airis Arissa | 24/11/2012 @ 8.00 am | 3.62kg
Alhamdulillah, hari ni genap usia Airis 4 tahun. Pantas betul masa berlalu! Bila tengok gambar ni rasa baru je dia keluar dari perut mama, haishh sebak rasa.
Untuk Nur Airis Arissa..
HAPPY BIRTHDAY SAYANG!
Moga terus membesar dengan sihat dan aktif. Jadi anak yang solehah dan berjasa untuk mama babah dunia akhirat. Maaf kalau ada kekurangan atau ketidaksempurnaan dalam membesarkan kamu! Apa pun mama babah nak kamu sentiasa sihat, selamat dan dapat tempuhi masa depan dengan baik.
Umur dah 4 tahun tapi botol tak lepas lagi, pastu masih cakap Airis baby lagi. Tak sedar tu tahun depan nak sekolah dah, hehehee! Memang manja terlebih dia ni, kena cepat² bagi adik kot? Baru hilang sikit perangai manja terlebih tu, ehhhhh!
Tapi dia bijak, pagi² dah bisik kat mama hari ni birthday dia. Siap cakap suruh beli kek Elsa, pastu nak pergi jalan². Amboi kemain ko dik, hehehee!
singgah pagi khamis
BalasPadamhari ini x dan nak baca lagi bz
nanti anum singgah ya
coemy nya masa kecik-kecik tu. bila besar ni pun comey
BalasPadamcomelnya adik airis.. tu berbedak yer.. happy 4th bday sayang..
BalasPadamjemput singgah my blogshop, ada sale instant shawl yang cantik2..
http://mymodestycloset.blogspot.my/
Happy besday dear.
BalasPadamMoga terus sihat dan menceriakan hidup semua org selamanya...
Sebaya ijat ni ☺😊☺😊