Terkini dan Sensasi

Selasa, 22 November 2016

Obses nak sihat!

Assalamualaikum...(^ ^)

Lagi 3 tahun dah nak masuk usia 40 tahun, fuhhh tua dah ai! Takpe, tua pada umur je tapi hati dan jiwa kena sentiasa muda. Haaaaaaaaa tak gitu!

Tapi apa yang penting bila usia dah nak masuk 40an ialah kesihatan. Itu paling utama dan sekarang Mas memang obses nak sihat. Nak sihat saja ke, cantik tak nak ke? Ehhhh pakejlah tu, bila kita sihat automatik akan nampak cantik dan menarik!


Betul ke?

Betullah, sebab bila kita obses nak sihat kita akan jaga pemakanan dan bersenam. Macam Mas makanan bergoreng, berlemak, pastu garam gula semua dah kurang ambik. Lebih kepada makan sayuran dan buahan serta makanan yang sihat. Pastu hari² mesti bersenam walaupun hanya 30 minit, janji berpeluh. Bila dah amalkan hidup sihat ni automatik kulit jadi cantik dan berseri, segar gitu. Takde dah masalah kulit berminyak atau kering ke. Haaaa kan pakej tu, kalau sihat pasti cantik!


Mas obses nak sihat ni atas faktor lain jugak. Hari ni Mas ada rawatan Echo, macam scan jantung gitu. Puncanya masa hamilkan Airis dulu memang ada masalah jantung tapi bukanlah tahap serius. Pastu lepas bersalin dah takde masalah! Tapi masa gugur 4 bulan lepas masalah tu ada semula sampai Mas kena sakit dada, masa tu risau sangat ada masalah jantung yang serius! 

Bila doktor suruh buat rawatan Echo lagi sekali terus Mas berazam nak lebih jaga kesihatan. Harap sangat keputusan Echo nanti takde masalah, bebas dari masalah jantung! Takut wooo, sakit jantung bukan perkara main².. 


Ingatlah, jangan bila dah sakit baru kita nak sedar. Masa tak sakit ni lah kita kena obses nak sihat. Jadi jom Green Juice, cara mudah untuk kekal sihat! 

6 ulasan:

  1. omg, I gonna try this! pregnant with GDM ok.. should be more care bout health+..

    BalasPadam
  2. Memang eloklah ada kesedaran nak sihat. Obses sihat tak apa. Obses kurus dan cantik boleh bawa mudarat.
    .
    Kesihatan memang nikmat yang mahal kan 😍

    BalasPadam
  3. Sama la kita..SA pun dh ke arah kesihatan gak dh..

    BalasPadam
  4. Sedapnya tengok salad Mas tu..memang bila meningkat usia kita kena lebih jaga kesihatan kan..

    BalasPadam
  5. Aida lg 2 thn nak 40, mas.
    Yes same here. Nak sihat.
    Ari tu cek diabetes & high blood pressure, ok alhamdulillah...
    Need to rest a lot.
    Tido cukup. Jgn stress.
    Makanan berkhasiat. In shaa Allah.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com