Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 20 Disember 2016

Akhirnya Airis dapat ke sekolah

Assalamualaikum...(^ ^)

Dalam entri Airis tak dapat Pra Sekolah dengan entri Takde rezeki Airis, Mas ada cerita betapa kami berjuang habis-habisan demi mencari sekolah untuk Airis. Habis semua Pra Sekolah Rendah Kebangsaan kami merayu namun hasilnya tetap mengecewakan! Pastu kami cuba pulak merayu di Pra Sekolah Rendah Agama tapi tetap sama, tiada kekosongan untuk kanak² 5 tahun.


Masa tu memang dah putus harapan, buntu memikirkan kat manalah nak hantar Airis bersekolah. Nak tak nak kena hantar ke tadika swasta jugak walaupun kami tak mampu. Jadi husband pun cuba survey dulu tadika mana yang bersesuaian, tapi bila dengar bab yuran masuk ia buat kami terkedu. Untuk pendaftaran je kena bayar RM1.5k, pastu yuran bulanan hampir cecah dekat RM500 sebulan. 

Allah sejujurnya memang Mas tak mampu, sebab Atikah pun nak masuk asrama tahun depan. Yuran dia pun dah cecah RM2k, jadi memang kena banyak berhabis untuk dia! Tapi kami tak menyerah kalah, tak kan sebab masalah duit anak terpaksa tak sekolah. Kena usaha jugak demi masa depan mereka. 

Jadi husband cuba pergi ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) untuk cuba buat rayuan. Memang kami pernah mohon kat situ cuma tiada kekosongan. Tapi bila husband pergi semalam tanpa disangka² ada satu saja kekosongan untuk kanak² 5 tahun sebab ada ibu bapa yang menolak. Alhamdulillah syukur sangat, Allah makbulkan doa kami. Akhirnya Airis dapat ke sekolah jugak!


Walaupun PASTI ni tadika swasta tapi yurannya tidaklah terlalu mahal, kami masih mampu untuk bayar. Yuran pendaftaran termasuk kelengkapan alat tulis, buku, baju dan pelbagai lagi cuma RM500 lebih. Pastu yuran bulanan RM100 dan yuran transit RM165 sebulan. Lagi pun yuran pendaftaran boleh bayar secara ansuran sebanyak 3 kali, jadi takdelah rasa terbeban sangat!

Sekarang lega dah rasa hati, dah boleh tersenyum gembira. Airis pun dah teruja nak ke sekolah baru bila Mas bagitau yang dia dah dapat sekolah. Terima kasih Ya Allah, syukur sangat!

4 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...alhamdullilah dpt juga ke sekolah...sama mcm cucu mama tahun depan pun nak ke sekolah tadika...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. seronok Airis boleh ke Sekolah Pra

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Semoga Airis menjadi anak yang solehah.

    Jemput baca blog saya Penawar Asma Pada Bayi

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com