Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 6 Disember 2016

Atikah dapat asrama

Assalamualaikum...(^ ^)

Memang dari lepas UPSR dia nak duduk asrama tapi permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh tak berjaya. Bila bersekolah di SMK Seri Sepang, kebetulan sekolah tu ada asrama. Apa lagi seronoklah dia, terus mohon!

Tapi masa di Tingkatan 1 permohonan dia tidak berjaya sebab tempat dah penuh. Kecewa jugaklah dia! Mamanya pulak suka sebab ada lagi orang nak bantu kat rumah. Hahahaa jahat mama dia ni!

Pastu sebelum cuti sekolah hari tu dia mintak kebenaran nak mohon lagi. Mas tak bantah pun sebab bagi Mas elok jugak dia tinggal di asrama, lebih teratur jadual harian dia. Kalau kat rumah kita banyak ganggu dia, kejap suruh buat itu ini. Sedikit sebanyak jadual pembelajaran dia agak tidak terurus, mana nak belajar dan mana nak bantu mak ayah lagi. Bukannya dia tak reti uruskan jadual sendiri tapi biasalah banyak kekangan bila di rumah tu.


Alhamdulillah permohonan dia berjaya! Mas pun lega jugak sebab lepas ni dia boleh berdikari dan uruskan masa dengan baik. Pastu takdelah nak mengadap handphone je sebab di asrama memang dilarang keras bawak telefon bimbit. Bukannya Mas tak kawal dia guna handphone tapi biasalah waktu kita bekerja tu yang dia leka. Kalau kita ada di rumah memang dikawal! 

Kos untuk masuk asrama memang agak tinggi, mula² masuk kena bayar RM1300. Fuhhh berpeluh jugak! Tapi nasib baik cikgu benarkan bayar secara ansuran, janji sebelum cuti sekolah akhir tahun bayaran dah selesai. Syukur jugak pihak sekolah memahami bebanan dan kos sara hidup yang perlu kita tanggung sekarang. Semuanya duit!

Senarai barang² untuk dibawak dan dibeli pun pihak sekolah dah bagi. Banyak jugak benda yang kena beli. Mas memang beli sikit², ada duit lebih je terus beli. Senang camtu, takdelah rasa terbeban sangat nak beli sekaligus! 

Fuhhh makin membesar anak² dan dah sampai masa mereka tinggal berasingan dengan kita. Walaupun bukan berpisah jauh tapi sedikit sebanyak rasa kesedihan tu. Yelah dari dia umur 1 hari kita jaga, sapa tak sayu bila kena hadapi saat camni. Tapi takpe, Mas dan husband sentiasa doakan yang terbaik buat Atikah. Moga dia mampu berdikari di asrama dan pandai jaga diri! 

Huwaaa ai sebak taip entri ni! 

2 ulasan:

  1. hu hu... aida x sedia lg nak pisah dgn anak2.
    rasa mcm nak suh diorang dok umah sampai bila2.
    Apply U pun nanti dedekat aje, asalkan bleh balik ☺☺

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com