Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 12 Disember 2016

Babah, Airis yang punya

Assalamualaikum...(^ ^)

Salam Maulidur Rasul.
Moga kita sentiasa jadikan Rasulullah SAW sebagai idola utama dalam kehidupan kita.

Cuti 3 hari Mas memang tak ke mana pun, husband kerja kan. Jadi lepak santai je kat rumah sambil pening kepala layan kerenah anak². Mana taknya, bila main tak sah kalau tak bergaduh. Riuh rendah rumah dengan suara mereka 3 orang. Naik stress mama!


Ok berbalik pada tajuk Babah, Airis yang punya. Haaa jangan tak tahu, babah memang hak milik mutlak dia. Tengok jelah gambar tu camne dia dok peluk erat babah dia!

Pastu kalau babah ada kat rumah hanya dia sorang je boleh berkepit dengan babah, orang lain jangan harap. Nak cuit sikit pun tak boleh, inikan pulak nak pegang atau nak peluk. Siaplah dia punya amukan boleh kalah gempa bumi, hahahaa!

Mas kadang suka je menyakat, saja peluk babah. Bila dia nampak siaplah menjerit mengamuk suruh mama lepaskan babah. Kalau tak lepas memang menangislah jawapnya. Kalau babahnya peluk mama pun sama, siaplah mama kena tolak. Hohohoo kejam sangat kamu kan dik!

Tak tahulah kalau ada adik nanti camne, silap² jangan harap babah nak pegang adik. Huhuhuu!

1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com