Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 22 Disember 2016

Bayaran persekolahan

Assalamualaikum...(^ ^)

Tinggal seminggu lebih lagi cuti sekolah akan tamat. Yang pastinya sekarang semua ibu bapa mesti sibuk uruskan keperluan persekolahan anak². Mana nak beli baju dan kasut sekolah serta uruskan bayaran persekolahan seperti yuran dan buku² tulis. 


Mas pun sama, hari Selasa dapat gaji memang dah peruntukkan untuk hal sekolah. Ini pun baru beli kasut sekolah je, baju dan buku belum lagi. Hari ni husband dah ambik senarai bayaran persekolahan. Bila tengok memang tak sah jumlah barang yang perlu dibeli mencecah RM100 lebih. Jangan beranganlah nak bawah RM50, tak dapat dah zaman sekarang ni. 

Lainlah zaman kita bersekolah dulu, tahun 80an. Harga buku tulis masa tu baru 20 sen sebuah, murah kan? Kalau beli 10 buah baru RM2. Sekarang ada yang cecah RM1 untuk sebuah buku tulis. Belum buku rujukan dan pelbagai keperluan lain lagi.


Tapi kita tak boleh nak pertikaikan atau buat perbandingan sebab zaman dah banyak berubah. Ekonomi dan taraf hidup pun dah makin tinggi. Pastu sistem pembelajaran anak² pun dah makin canggih dan susah. Jadi semua yang pihak sekolah suruh beli tu kenalah kita ikut, demi kesenangan dan keselesaan anak² kita untuk belajar. 

Rasa terbeban dengan kos yang tinggi tu semua ibu bapa akan rasa, memang tak boleh nak elak dah. Jadi kita kenalah usaha demi anak² kan? 

3 ulasan:

  1. Memang senak tgk yuran anak-anak nak sekolah ni. Amri, anak sulong akan masuk asrma .. perghh garu kepala kot tgk yuran dia.

    BalasPadam
  2. salam...
    stress nengok yuran skolah rendah anak ...belum lagi stress tgk yuran tadika anak lak..hehehhe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com