terkini dan sensasi

Khamis, 15 Disember 2016

Cubaan mengukir inai

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas memang suka pakai inai. Kuku jari tangan dan kaki memang tak pernah lekang dengan inai, sentiasa merah je. Kalau datang tabiat kemaruk tu sampai pakai kat semua jari camni. Sampai orang tengok pun pelik, baru nikah ke padahal anak² dah besar. Hahahaa! 


Memang dari kecil dah dibiasakan pakai inai. Arwah mak Mas pun suka berinai, pantang inai pudar kat jari mesti dia akan pakai lagi. Dulu guna inai daun, ambik kat rumah nenek. Pastu gilinglah pakai batu giling. Dah siap mak pun pakaikan kat tangan semua anak² dara dia. Hehehee, seronok masa tu! 

Sebab tu sekarang Mas tak boleh berpisah dengan inai, teringat kenangan manis dengan arwah mak. Lagi pun Mas suka tengok jari dan kuku warna merah, nampak cantik dan manis sangat!

Sekarang tak pakai inai daun dah, pakai inai yang telah diproses jadi serbuk. Beli je inai tiub yang dijual online, banyak sekarang. Pastu trend ukir inai dah makin disukai, bukan sahaja untuk pengantin tapi kalau ada dinner atau apa² majlis ramai yang suka ukir inai ni. Mas pun suka cuma tak pandai sangat nak ukir sendiri. 


Tapi bila dah beli inai tiub ni, sajalah cuba² ukir. Mas tiru design yang ada kat Facebook je. Sekali ukir tak sangka pulak jadi secantik ni, padahal pertama kali cuba. Bila dah menjadi tu terus ukir kat tangan anak dara pulak, menjadi lagi! Wahhh lepas ni boleh praktis lagi, cuba lebih banyak jenis ukiran. Kalau dah mahir mana tau ada rezeki untung² boleh buat bisnes ukir inai. Haaaaa tak gitu!


Siapa yang nak Mas ukir meh hulur tangan. Hehehee!

2 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com