Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 16 Disember 2016

Demi sekeping Kad Debit ATM

Assalamualaikum...(^ ^)

Yeayyy berjaya jugak!

Itulah yang Mas jerit semalam sejurus siap buat kad Debit ATM di Kiosk Maybank Nilai. Habis semua orang yang beratur tu dok pandang je. Hahahaa, termalu pulak ai! Tanpa sedar tetiba terlebih teruja pulak, maklumlah stress 2-3 hari dok fikir pasal tukar kad ni.


Sebenarnya takdelah stress mana pun sebab ada masa lagi sampai 31/12/16. Tapi alang² dah sibuk suruh tukar kenalah gigihkan diri semalam. Nasiblah tengok kat website Maybank2u ada kiosk di Maybank Nilai. Kalau tak memang nak tabahkan diri beratur kat Maybank Putrajaya hari ni, hehehee!

Mula² Mas pergi lepas balik kerja, sekali sampai kat sana mesin kiosk tu rosak. Kena tunggu 2½ jam, technician datang dari KL tu. Hurmmm lama giler, tak kuasalah nak tunggu. Pastu sebelah malam Mas cuba nasib lagi, pukul 8 dah sampai kat Maybank Nilai. Fuhhh sekali tengok ramai giler orang beratur, dalam 50 orang gitu! 


Tapi dah alang² sampai Mas beratur jelah. Rupanya tak lama sangat pun, dalam sejam beratur dah sampai giliran Mas. Buat pun sekejap, 2 minit dah siap! Haaa lega, nasiblah ada kawan² cadangkan pergi buat kat kiosk je. Kalau tak mabuk ketum ai nak beratur kat bank nun! 

Ok selesai bab kad Debit ATM, tutup cerita. Mana kawan² yang belum tukar, buat kat kiosk je. Memang kena beratur jugak tapi takde lama sangat. Buat online pun boleh kalau untuk kad Maybank, tapi Mas jemu nak tunggu lama kad tu dipos ke kita. Jadi biarlah beratur kejap, janji kad dapat masa tu jugak.

Tinggal kenangan jelah kad Superman ni, limited edition tu.


7 ulasan:

  1. salam bw...
    nasib liez dah tukar secara on9 je..katnay sekarang merenyut org beratur nak tukar kad sebelum 30dec... actuallay tak tukar pun takpe sbb tue utk yg selalu buat transaction debit je pun...

    BalasPadam
  2. Saya punye tak lepas nak buat kt kiosk.. tensen jugak nak tukar kad maybank nie.. huhu

    BalasPadam
  3. haaaa wat last minit yerr..... sib baik sempat.. kih kih

    BalasPadam
  4. Maznee buat online. Mujur siap cepat. Tak sampai seminggu wehh. Haibat

    BalasPadam
  5. Nasib baik masa i buat kat kiosk tu tak ramai org tau lagi, so beratur tak sampai 15 minit pun

    BalasPadam
  6. Saya buat online, antara terawal buat .. haha... siap merasa gangguan sistem masa awal2 dulu. Ngan CIMB pun antara terawal buat ... yang ni buat kat bank, cepat siap.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com