Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 7 Disember 2016

Destinasi percutian menarik di Negeri Pahang

Assalamualaikum...(^ ^)

Yeayyyyy dah sampai ke penghujung tahun!

Bila dah hujung tahun sudah tentulah kita akan merancang percutian bersama keluarga, lagi pun musim cuti sekolah kan? Mas pun ada jugak merancang nak bercuti, asyik bekerja je penat jugak otak. Inilah masa nak rehatkan minda. 

Jadi Mas pun terus bincang dengan husband kat mana tempat yang sesuai nak bercuti. Kalau boleh kami nak tempat yang menarik, tidak memerlukan bajet yang tinggi dan tidak terlalu jauh. Bincang punya bincang dan fikir punya fikir husband cadangkan bercuti ke negeri Pahang. Haaaa Mas pun terkejut jugak sebab negeri Pahang adalah tempat kelahiran kami, kenapa pulak husband pilih nak ke sana? Husband kata pakej 2 dalam 1, sambil bercuti kita boleh singgah balik kampung sekali. Kan boleh jimatkan bajet, lagi pun belum semua tempat menarik di negeri Pahang kami pernah lawati.

Wahhh menarik jugak idea husband Mas, pakej percutian bajet yang pasti menyeronokkan. Mas pun apa lagi sebelum bercuti terus survey dulu tempat² menarik di negeri Pahang yang belum pernah kami lawati. Inilah antaranya yang bakal menjadi pilihan kami:


Pusat Perlindungan Gajah di Kuala Gandah
Haaa Mas memang tak pernah sampai ke sini, jadi teruja sikit nak pergi. Tempat ini terletak di Kuala Gandah Lanchang, Pahang. Untuk ke sini perlu melalui Lebuhraya Karak menuju ke Daerah Lanchang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 hingga 2½ jam dan jaraknya 160km dari Kuala Lumpur. 

Di sini kami boleh alami sendiri pengalaman memahami, melihat dengan lebih dekat dan bermain dengan gajah² liar yang telah dijinakkan. Antara aktivitinya yang menarik ialah menunggang gajah dan memandikannya. Fuhhh tak sabarnya! 


Pantai Balok di Kuantan 
Kuantan pulak memang wajib kami lawati kerana banyak tempat menarik di sana terutamanya pantai²nya yang indah. Kali ni kami memilih nak ke Pantai Balok kerana tak pernah lagi ke sana. Yang menariknya bila search di website Traveloka, terdapat resort Swiss Garden Kuantan yang terletak di kawasan persisiran Pantai Balok tu.


Bolehlah kami menginap di sana. Dikhabarkan hotel ini menyediakan 304 buah bilik dan suit yang dilengkapi dengan kemudahan moden dan mempunyai motif tradisional. Fuhhh pasti syok sambil mandi manda di pantai boleh menginap di resort yang menghadap Laut China Selatan

Cherating
Ini lagi satu tempat pilihan kami! Cherating merupakan kawasan persisiran pantai yang menjadi tarikan pelancong jika ke negeri Pahang. Di sini memang banyak terdapat hotel, resort dan chalet yang terkenal dan menarik. Untuk menempah hotel kami memilih Traveloka dan banyak famous Cherating Hotel yang menjadi pilihan kami. 


Pilih punya pilih kami berkenan dengan The Legend Resort kerana dikhabarkan ia merupakan salah sebuah Cherating Hotel yang terbaik. Lanskap, susunan bilik dan dekorasi bilik semuanya nampak menarik. Pastu ditambah jugak dengan kemudahan kolam renang yang pastinya membuatkan anak² kami tak sabar nak mandi manda. Wahhh memang teruja kami nak menginap di sini! 

Jadi itulah pilihan tempat menarik yang akan kami lawati untuk percutian bajet 4 hari 3 malam nanti. Bagi pilihan hotel di Kuantan memang kami tiada masalah dengan adanya Traveloka. Memang mudah menempah hotel melalui Traveloka kerana terdapat pelbagai pilihan hotel yang menarik dengan harga berpatutan. Tengok kami, sebelum bercuti dah dapat pilihan hotel yang terbaik! 

Jadi jangan lupa jadikan Traveloka  sebagai pilihan untuk anda menempah hotel. Ia bukan sahaja menjimatkan masa, malah berbaloi untuk wang ringgit kerana tiada caj tersembunyi yang dikenakan. Webnya jugak selamat dan memberikan perkhidmatan pelanggan 24 jam setiap hari. Berbaloi sangat!

13 ulasan:

  1. yup negeri kelahiran ku
    hehe

    BalasPadam
  2. Menarik idea mas ni 😍

    Maznee baca pun rasa teringin nak pergi

    Terutama taman pemeliharaan gajah tu 😅

    Last tengok gajah kat zoo melaka. Boleh bagi makan tebu. Haha

    Tapi maznee takut nak cuba 😂

    Besar bebenar.

    Pantai cherating pun macam menarik idea tu.

    Nampaknya bolehlah pinjam idea Mas lepas ni untuk idea pecutian keluarga Maznee 😃

    😍😍 Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan 😊😉

    BalasPadam
  3. PANTAI Balok jer belum sampai..eh guna traveloka... I pun guna mmg best gila
    .mudah jer.dan murah

    BalasPadam
  4. eh sukanya tmpt yang pertama tu.. nak la pergi nanti.. x pernah sentuh gajah. hikhik

    BalasPadam
  5. Rasa nak g cherating. 5& mmmtk kesampaian lagi sampai sekarang

    BalasPadam
  6. teringin nak ke Pusat Perlindungan Gajah di Kuala Gandah... nampak best.. pastu dapat bermalam di Cherating bestnya... leh usha harga bilik hotel Cherating kat traveloka ni..

    yanieyusuf.com

    BalasPadam
  7. Teringin nak ke Cherating. Nak masuk list untuk travel tahun depan lah hehe

    BalasPadam
  8. TRAVELOKA ni memang murah kak.. semalam survey gak tempat bercuti pastu banding harga, lagi berbaloi beli melalui traveloka.

    BalasPadam
  9. ada usha traveloka..memang murah ..fuh lepas ni nak pergi bercutila

    BalasPadam
  10. baru nak berjinak2 plan cuti ngan traveloka..

    BalasPadam
  11. Macam bestnya aktiviti naik gajah tu. hehe. First time datang sini. Selamat kenal. Sha follow sini tau..

    BalasPadam
  12. wah !! best nih.. boleh masuk list bercuti.. hee~ thanx !! best entri ni..

    BalasPadam
  13. Dekat dgn rumah mertua julia ni kak mas...selalu nak duk sini sellau mahal je harga huhh

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com