terkini dan sensasi

Selasa, 13 Disember 2016

Fenomena drama 7 Hari Mencintaiku

Assalamualaikum...(^ ^)

Satu lagi drama diadaptasi dari novel, memang dah jadi trend sekarang. Drama 7 Hari Mencintaiku yang sedang hangat di kaca TV sekarang diadaptasi dari novel karya Siti Rosmizah. Mas tertarik menonton drama ini sebab katanya menarik, sama seperti novelnya. 


Sejak menonton drama ini jalan ceritanya memang banyak beri pengajaran terutama dari segi hubungan kekeluargaan dan peranan seorang suami dalam memimpin keluarga. Ramai jugak yang pertikaikan watak Khuzairi sebagai suami, terlalu berlembut hati dengan isterinya yang sombong dan agak kurang ajar tu. Seolah dengar je kata isterinya dek kerana sayang. 

Mungkin ada segelintir lelaki sebegini tapi sebagai suami kena tegas terhadap isteri dalam segala hal kan? Jangan dek kerana sayang suami turutkan saja apa kata isteri walaupun sikap kurang ajarnya itu terlalu melampau! Tapi itulah kan, kadang kasih sayang ni mengatasi segalanya.

Watak Mia pulak memang memberi kesan! Ternyata lakonan Siti Saleha sangat menjadi, kadang Mas geram dan benci tengok sikap Mia tu. Terlalu ego, sombong, keras hati dan kurang ajar. Tapi bak kata pepatah, sekeras² kerak nasi akhirnya lembut jugak. Begitulah hati wanita Mia tersentuh dek kerana seorang kanak² bernama Buntat.


Haaaaa cakap pasal Buntat ni, semalam memang trending di media sosial. Sampaikan kawan Mas dok tanya kenapa ramai orang sebut pasal Buntat kat Facebook. Dia tak tengok drama ni sebab tu tak tahu, hehehee! Tapi episod semalam memang sangat menyentuh hati! Dari mula tengok keadaan Buntat didera tu sehinggalah dia meninggal dunia kerana nak selamatkan Mia, Mas menangis sampai teresak². Tak boleh tahan dah, sedih giler! 

Luluh rasa hati tengok pengorbanan kanak² seperti Buntat. Walaupun dibenci oleh Mia tetapi dia tetap korbankan nyawanya demi selamatkan orang yang dia sayang. Fuhhh makan dalam betul drama ni! 

Jangan lupa tengok drama ni tau, nak habis dah rasanya. Tak sabar nak tahu apa kesudahan hubungan cinta Khuzairi terhadap Mia. 

6 ulasan:

  1. Rezeki encik buntat sekarang ya

    sampai trending kat internet

    BalasPadam
  2. Ganas cte ni.. Trus stop tgk.. Heheh

    BalasPadam
  3. saya pun layan drama ni... bengang ngan Mak LEHA

    BalasPadam
  4. Buntat tu pelakon baru erk? sebelum ni tak pernah tengok dia

    BalasPadam
  5. fenomena sangat cerita ni kan. terjebak juga :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com