Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 18 Disember 2016

FIM Asia Supermoto : Sukan permotoran hebat

Assalamualaikum...(^ ^)


Bila sebut je pasal lumba motor husband orang yang paling teruja. Dia memang minat sukan sebegini, siap berangan nak beli superbike sendiri tu. Mas pun minat jugak, kalau F1 MotoGP tu selalulah jugak Mas tengok kat TV.

Jadi bila dapat peluang pergi ke FIM Asia Supermoto ni terus Mas ajak husband. Mas pun pertama kali dapat tengok dan tahu pasal supermoto ni, jadi memang teruja nak pergi. Mula² ingat kena bayaran bila masuk, sekali percuma je. Seronoklah husband dan anak² dapat peluang tengok.


Mas pulak dapat peluang tengok bersama rakan² KBBA9, jadi dapatlah peluang berjumpa dengan pelumba² negara. Mereka memang hebat sebab semuanya menceburi bidang ni dari usia muda lagi. Ini salah seorang pelumba Malaysia, Mohd Habibullah. Dia mula dari umur 10 tahun, sekarang dia dah berjaya berlumba di peringkat asia dan antarabangsa.

Lagi satu Mas kagum dengan satu²nya pelumba wanita, Siti Fatimah Husna. Fuhhh memang hebatlah. Siapa sangkakan seorang wanita boleh bersaing dengan pelumba lelaki di arena sukan permotoran ni. Beliau bermula dari umur 19 tahun dan sekarang dah mampu ke peringkat Asia. 


Bila Mas tengok sukan permotoran ini dengan lebih dekat, Mas rasa ia memang bagus untuk anak² muda yang berminat dengan lumba motor ni. Dari mereka berlumba haram di jalanraya lebih baik masuk sukan camni. Ternyata ianya lebih selamat kerana setiap pelumba gunakan pakaian dan peralatan yang sesuai untuk berlumba. 

Pastu di Malaysia pun patut diadakan lebih banyak sukan permotoran ni untuk beri galakan pada anak² muda dan dapat ketengahkan mereka yang berbakat. Lagi satu kena sediakan lebih banyak litar atau trek yang sesuai. Barulah di masa akan datang lebih ramai yang tahu wujudnya sukan permotoran yang hebat camni!



Jom sama² kita bagi sokongan pada sukan permotoran FIM Asia Supermoto dan pelumba² negara kita di perlumbaan terakhir pada hari ini.



8 ulasan:

  1. Power Gabit tu...seronok kot dapat jumpa dia semalam

    BalasPadam
  2. best kan..yanie bukan minat pun sebelum ni..tapi bila dapat tgk sendiri dan Malaysia mempunyai pelumba yg hebat..


    yanieyusuf.com

    BalasPadam
  3. Yup sukan macam ni memg elok untuk anak muda..dari lepak tak tentu hala

    BalasPadam
  4. Syoknya.. saya nak cuba naik motor dorg tu.. huhu

    BalasPadam
  5. Tk bergambar dengan motorsikal ke MAS? nak tgk motor apa derang guna... huhu..

    BalasPadam
  6. Harap tahun depan dapat lagi jemputan hehehe

    BalasPadam
  7. wh why tak ajak sayaa.. saya suka perlumbaan macam ni heheeh suka tngok tapi dalam masa sama takutjuga hahaha

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com