Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 5 Disember 2016

Gegar Vaganza 3 : Konsert Akhir

Assalamualaikum...(^ ^)

Tahniah Azharina, Juara Gegar Vaganza 3!


Memang dari awal dah nampak dia bakal menyerlah, ada potensi calon Juara. Setiap minggu dia berikan persembahan yang terbaik. Walaupun Mas bukan sokong dia tapi rasanya dia memang layak. Tahniah lagi sekali!

Mas memang sokong Gmie dan Ameng, kalau ikut pilihan Gmie yang Mas pilih sebagai Juara. Tapi sayangnya masa persembahan Battle dia kurang menyerlah, agak tergugat dengan pilihan lagu yang disampaikan. Cuma kurang puashati jugak dia sekadar dapat Tempat Ke-6. Takpelah bukan rezeki dia, lagi pun dia dah menang imuniti dan layak ke akhir! 

Keputusan lain Mas agak berpuashati, setimpal dengan persembahan dan kekuatan vokal mereka. 


Tapi yang paling mantap persembahan Dato' Siti Nurhaliza. Tergamam dan terpukau mendengar nyanyian dia. Memang tiada tandingan, vokal dia memang terbaik dari dulu sampai sekarang. Teringat zaman dia menyertai Juara Lagu, memang tapau habis! Kalau dia masuk GV dari awal tak payah pening dah pilih siapa Juara, semua dah tahu. Hehehee!

Apa pun tahniah pada semua peserta! Inilah keputusan Konsert Akhir GV3.

Juara | Azharina
Naib Juara | Siti Sarah
Tempat Ketiga | Zarul
Tempat Keempat | Ameng
Tempat Kelima | Intan Sarafina
Tempat Keenam | Gmie Screen
Persembahan Terbaik | Siti Sarah

Jumpa di Gegar Vaganza 4 pulak. Harap penyanyi yang lagi otai masuk, baru gempak! 

3 ulasan:

  1. dct tapau semua peserta... vokal dia memang terbaikla ...

    BalasPadam
  2. wah tahniah pd mereka..tak tengok pun..huhu

    BalasPadam
  3. Tok Ti memang legend.
    Dia ada, x kan ada yg lain menang.
    Suara dia terbaik...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com