Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 14 Disember 2016

Isu penukaran Kad Debit ATM

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhh sibuk sekarang pasal isu penukaran kad Debit ATM. Dengar kata dekat bank panjang giler orang beratur, pastu ada yang kena tunggu sampai berjam². Betul ke tak Mas pun tak pasti sangat. Tapi mungkin betul sebab sebelum 31/12/16 semua dah kena tukar kan?

Haaa Mas salah seorang yang belum tukar tu, hahahaa! Bukan tak kisah tapi sebelum ni ingat kalau kad belum tamat tempoh tak perlu tukar, jadi buat tak tahu jelah. Lagi pun kad Maybank Mas tamat tempoh 03/21, lambat lagi. Tapi rupanya tak, semua kad kena tukar jugak sebelum 31 Disember 2016.


Nasiblah Mas cuma ada satu kad yang aktif, kad Debit ATM Maybank. Jadi Jumaat ni kena gigih jugak pergi beratur kat bank untuk tukar. Sebab untuk kad Debit Maybank kalau tak tukar sebelum 18/12/16 hanya boleh lakukan transaksi pengeluaran duit di mesin ATM je. Untuk transaksi dan pembayaran via Maybank2u atau pembelian menggunakan kad Debit tidak dibenarkan selepas 18/12/16 tu. 

Hishhh susahlah kalau camtu, dahlah Mas banyak guna Maybank2u untuk bayar semua bil². Pastu nanti nak shopping online pun tak boleh. Masak camni! Kalau jarang guna online tu takpelah, masih boleh tukar bila² sebelum 31/12/16. Cuma kalau tukar tahun depan akan dikenakan caj, kalau tak silap RM12++. Tapi kalau untuk bank lain nak maklumat lebih lanjut, boleh hubungi pihak bank. Mas cuma tulis apa yang Mas tahu pasal kad Maybank je dari sumber yang diperolehi dari pekerja Maybank. 

Huhhh stress pulak fikirkan pasal tukar kad Debit ATM ni. Nasib ada satu kad je, kalau 5 kad mahu demam memikirkannya. Sapa yang belum tukar tu, jomlah pergi beratur kat bank. Untuk kad Maybank jangan risau, ada cawangan yang dibuka pada hujung minggu untuk kemudahan pelanggan.

8 ulasan:

  1. mas pergi ke kiosk bdr baru bangi lagi cepat tak sampai 10 minit siap sbb kt bank full skrg ni...sy pergi smlm di bank penuh mau 3jam tak siap huhu nasib pergi kiosk xsmpi 5 minit dh siap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohh ye ke? TQ bagitau, nanti mas pergi sana jer!

      Padam
  2. Salam. Tukar online je dik, pastu tunggu je kad tu sampai ke rumah dan activate online. Ok je, takde masalah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. online lambat sangat, saya ni sentiasa guna transaksi online banking..

      Padam
  3. Assalamualaikum Sis Mas,

    Memang stress kalau fikir deadline tukar kad bank ni..
    Kad Maybank saya dah apply online kurang 21 hari baru sampai pastu kad CIMB pulak kena tukar (mungkin esok) sebelum bank buka kena standy by depan pintu bank. Lepas ni kad RHB, hurmmmm memang menyusahkan ada sistem camni.. Fuhhh bertabahlah..

    Bila kena camni, baru terfikir untung ada 1 kad.. huhuhu :-)

    BalasPadam
  4. mana yang boleh buat online tu okay lagi..kalau nak ambil cuti nak ke bank susah juga. Lagi-lagi kalau banyak kad atm..dah settle lega dah kan

    BalasPadam
  5. Tukar kat kiosk je Mas. I buat kat kiosk tak sampai 2 minit siap, cuma beratur kejap laa. Kiosk bukak sampai malam. List boleh tgk kat blog i: http://mamakembartiga.com/2016/12/tukar-kad-debit-maybank-di-kiosk-je.html/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah buat kat kiosk semalam Nani. Nasib korang cadangkan, kalau tak ai gigih pi beratur kat bank. Hehehee!

      Padam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com