Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 13 Januari 2016

Genap 5 tahun

Assalamualaikum...(^ ^)

Weee hari ni genap 5 tahun blog ini bernyawa. Ini entri pertama pada 13 Januari 2011.  


Dari tak tahu apa², dari menulis sekadar suka², dari entri biasa², dari follower 10 orang saja dan dari tiada pembaca, sekarang Mas boleh rasa bangga. Sebabnya sedikit sebanyak ia dapat beri manfaat dan ilmu pada pembaca serta Mas merasa pulangan rezeki darinya.

Walaupun tak sehebat blog dari blogger² terkenal tapi Mas tahu ada sumbangannya kepada pembaca. Mungkin dari penulisan blog ini mereka dapat pengajaran, pengalaman dan sesuatu yang berguna. Itulah harapan Mas! 

Dapat rezeki dari blog pulak memang satu bonus untuk Mas. Walaupun sedikit tapi sekurangnya ada yang percaya blog Mas boleh perkenalkan produk atau perkhidmatan kepada pembaca.

Harapan genap 5 tahun blog, cuma Mas nak dia terus beri sesuatu yang berguna untuk pembaca. Selagi penulis ini bernyawa selagi itulah ia akan bernyawa. Kalau penulis ni dah takde ambillah yang bermanfaat dari ia. 

Terima kasih seluas² lautan dari massaari.com kepada semua pembaca! 

Isnin, 11 Januari 2016

Demam Dilwale

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa memang mencipta sejarah, 4 kali masuk panggung dek kerana Dilwale. Korang mampu ke buat camni? Atau korang lagi dahsyat dari Mas, lebih 5 kali masuk panggung. Hahahaa!


Sebab apa sampai sanggup 4 kali masuk pawagam, dek kerana kehenseman Shah Rukh Khan dan kecantikan Kajol ke? Itu memang diakui tapi ada sebab lain ia menarik minat Mas pada filem ni. Ini pendapat Mas yang memang peminat hindustan, sebab dah banyak filem hindustan yang Mas tengok tapi Dilwale ada kelainan. Kalau yang berbeza pendapat tu tak payah nak sentap sangat!

Memang kalau ikutkan jalan cerita dia macam takde mesej yang disampaikan tapi ceritanya mudah difahami dan ringan. Takdelah macam filem lain yang sarat dengan babak yang kadang tu meleret dari cerita asal. Sebab tu Mas boleh layan tanpa rasa jemu! Pastu lagu pun sangat sedap didengar sampai hari² nak pasang. Walaupun lagu Gerua dan Janam Janam tu pendek tapi melodi dan senikatanya sampai ke jiwa. 


Hindustan ni kadang memang tak lari dengan adegan tangkap leleh sedu sedan kan tapi Dilwale lain sikit. Memang takde babak tangkap leleh tapi walaupun camtu tetap ada babak yang menyentuh jiwa dan perasaan. Nak² tengok hubungan kasih sayang adik dan abang tu, memang menyentuh emosi.

Pastu pengakhiran mesti ada yang tak puashati kan, tapi bagi Mas takde masalah pun. Mas suka pengakhiran tu, takdelah macam cerita hindustan lain yang akhir dia mesti kahwin. Kiranya cinta mereka sampailah walaupun dah terpisah 15 tahun 4 bulan 10 hari kan. Jadi kena mula dari awal, malu² gitu. Alaaa romantik sangat, hehehee!

Bagi yang cakap filem ni tak menarik ke, tak sampai ke jiwa ke dan membosankan ke, itu tak dapatlah nak tolong. Pendapat masing² kan?

Jom layan Gerua!


Jumaat, 8 Januari 2016

Cerita bergambar [11]

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhhh 2 hari tak menulis di sini. Tepu kepala otaklah, takde langsung idea nak cerita apa pun. Mungkin mood tahun baru lagi, hehehee!

Hari ni takde idea jugak nak membebel apa, jadi kita layan cerita bergambar je. Janji blog tak berhabuk tanpa update kan?

1. Ini antara koleksi VCD kesayangan Mas. Semestinya koleksi filem hindustan lakonan Shah Rukh Khan. Nak buat camne dah peminat tegar SRK, hehehee! Jangan tak percaya Mas boleh layan 2-3 VCD dalam satu masa kalau datang kemaruk nak tengok hindustan dan SRK. Haaa kau mampu!



2. Habit Airis setiap kali nak minum susu, mesti ada bantal busuk dia. Pastu dok main bucu bantal tu dengan ibu jari sampailah habis susu sebotol. Lagi satu sekarang ni mesti ada Bobo dia dok letak kat sebelah sebagai peneman. Macam² perangai ko dik!



3. Haaa memang demam Dilwale kooo! Dah 3 kali masuk panggung tengok filem ni, memang pertama kali dalam sejarah tengok filem yang sama 3 kali kat pawagam. Tapi masih tak puas tengok kehenseman SRK dan kecantikan Kajol, cair gila. Sekarang dah download kat tab, jadi hari² dok ulang tengok. Kau mampu gak ke? Hahahaa! 





4. Besar sungguh dah anak dara Mas ni, nak sama tinggi dengan mama dah. Baru nak masuk umur 13 tahun tu. Kalau orang tak tahu ingat dah tingkatan 3. Tapi takpe jugak camni, nanti orang ingat kakak dengan adik kan. Kannnnn?



5. Airis dan motor memang tak dapat dipisahkan, kalau boleh tiap² hari nak ronda² naik motor walaupun hanya keliling taman. Kalau tak bawak siaplah dia mengamuk melalak satu rumah. Pastu kalau dia dah naik motor tu jangan harap mama nak tumpang bonceng kat belakang, siaplah kena marah. Hanya dia dengan babah je boleh naik. Kemain kan ko dik!


Selasa, 5 Januari 2016

Kembali ke sekolah

Assalamualaikum...(^ ^)

Semalam bermula episod mama anak 3 menguruskan kembali persekolahan anak². Dah takde istilah alarm bunyi pastu baring kejap, sekarang bunyi alarm terus bangun sebab nak uruskan anak² sekolah dan siap pergi kerja. Anak² pulak dah takde istilah nak tidur lewat, pukul 10 mama dah perambat masuk bilik.


Tahun 2016 Atikah dah melangkah ke alam sekolah menengah dan Arfan dah masuk tahap 2 sekolah rendah, dah darjah 4. Jadi dua² kena lebih tungkus lumus belajar sebab zaman sekarang pelajaran lebih mencabar dan tahap peperiksaan semakin rumit. Pemilihan sekolah tahun 2016 dah berubah, mereka tak bersekolah di Cyberjaya lagi. Tahun ni dua² dah pindah sekolah di Salak Tinggi. Dekat sikit dengan rumah dan senang husband nak jemput hantar walaupun dia bekerja shif siang.

Sesi persekolahan pulak, Arfan sekolah sesi pagi dan petang Mas hantar sekolah agama. Tahun ni pertama kali hantar dia sekolah pagi petang. Bukan apa, Mas nak masa lapang dia dipenuhi dan bagi Mas anak lelaki elok sekolah agama sebab mereka akan jadi pemimpin keluarga nanti. Atikah pulak sekolah sesi petang dan sementara tunggu rayuan sekolah berasrama penuh, dia masuk sekolah kelas rancangan khas di Salak Tinggi. 

Bagi Mas sekolah dimana² pun sama, janji dapat belajar dan menimba ilmu. Moga 2016 ni mereka lebih cemerlang dan dapat hadapi pelajaran yang makin mencabar. 

Budak ni pun sibuk nak sekolah macam kakak dan abang. Menangis² nak pakai baju sekolah kakak. Haaa dah macam hantu kak limah lak, hehehee!


Ahad, 3 Januari 2016

2016 tahun mencabar

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ketiga di tahun 2016 baru dapat menulis kembali di blog kesayangan. Tahun ni genap 6 tahun blog ini bernyawa, selagi tuannya bernyawa kan? Alhamdulillah tahun lepas banyak jugak dapat hasil dari blog, bolehlah sebagai pendapatan sampingan untuk sara anak² dan diri sendiri. Moga tahun 2016 ni ada lagi rezeki dia dan Mas. 

Bila melangkah ke tahun baru pasti akan banyak cabaran yang menanti, sama ada dapat atau tidak kita hadapinya. Setiap tahun ada cabaran tapi Mas rasa tahun 2016 ni memang lebih mencabar. Lagi² dari segi kewangan, sana sini perlukan duit. Yang paling utama dan banyak gunakan duit bila anak² kembali ke sekolah. Mas baru 2 anak bersekolah dah terasa, camnelah kawan² yang anak 4-5 orang bersekolah, lagi perlukan banyak duit kan?


Beli baju sekolah dan kelengkapan sekolah untuk 2 orang pun dah habis hampir RM1000. Pastu kalau ada rezeki Atikah dapat sekolah asrama penuh kosnya lagi besar, hampir RM2000. Nak kira tak mampu serius Mas cakap memang tak mampu tapi kena usaha demi anak². Setiap anak tu ada rezekinya jadi pasti akan ada! Kita usaha, doa dan tawakal.

Ditambah pulak dengan harga barang naik, tol naik, minyak naik dan kos sara hidup makin tinggi, lagilah lebih mencabar. Jadi kena ambil langkah berjimat cermat, jangan terlalu berbelanja membabi buta. Khaskan duit untuk apa yang lebih perlu dan kena ada simpanan, ini penting! Menabung kena konsisten walaupun sedikit demi sedikit janji ada. Macam Mas ada menabung untuk anak² tapi tak berapa konsisten. Bila dapat duit raya baru tambah, tiap² bulan memang takde tambah. Jadi tahun ni kena mula walau apa keadaan sekali pun sebab duit dah jadi segalanya.

Moga kita lebih berjaya dan bersedia dengan cabaran 2016.

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com