Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 26 Februari 2016

Cosmoderm BB Cream

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas nak perkenalkan lagi satu produk Cosmoderm yang Mas baru cuba pakai. Produk ni Mas dapat semasa kembara KBBA ke Taman Negara minggu lepas. Terima kasih Cosmoderm atas tajaan dan goodies beg yang sangat menarik tu. 


Cosmoderm BB Cream
Inilah BB Cream yang dirumus dengan minyak tea tree, minyak jojoba, kulit kayu manis dan glutathione. Ia dapat membantu menutup cela/jerawat serta boleh dipakai sebagai asas mekap. Selain itu kandungan SPF 35PA+++ di dalamnya bertindak sebagai perlindungan berpanjangan terhadap sinaran UVA & UVB.

Jadi memang tepat dan sesuailah untuk kembara outdoor seperti di Taman Negara ni. Nak pulak dengan cuaca panas terik yang boleh menyebabkan kulit terdedah kepada sunburn. Tetapi semasa aktiviti kembara 4WD, Mas terlupa nak pakai BB Cream ni. Jadi kulit memang kena sunburn sebab seharian terdedah kepada cahaya matahari. Hari keempat dah nampak kulit muka kemerah-merahan dan akan mengelupas. Bila cuci dengan air terasa sedikit pedih! 


Jadi Mas cuba pakai BB Cream selepas mandi dan apa yang Mas alami memang menakjubkan. Setelah 3 hari gunakannya kulit langsung tak mengelupas dan kesan kemerahan dah tiada. Yang paling seronok bila basuh muka tak rasa pedih dah. Memang bagus BB Cream ni, walaupun pakai selepas sunburn tapi masih boleh merawat kesan sunburn dengan cepat dan berkesan! 

Lihat kulit Mas, takde pun kesan sunburn. Terima kasih Cosmoderm BB Cream.


Khamis, 25 Februari 2016

Cosmoderm Magic Lotion : Peneman setia

Assalamualaikum...(^ ^)


Produk Cosmoderm memang diakui terbaik. Antara yang Mas sentiasa gunakan dan suka dengan keberkesanannya ialah Magic Body Lotion. Kemana saja Mas pergi pasti tak tinggal bawa Magic Lotion ni. Jadi semasa kembara KBBA ke Taman Negara minggu lepas memang ia jadi peneman setia Mas di sana.

Jangan cakap masuk hutan tak perlu jaga kecantikan dan kesihatan kulit. Lagi penting sebenarnya sebab di dalam hutan kita terdedah kepada cuaca yang tak menentu, ancaman serangga² halus dan mungkin terjadi alahan kulit. Jadi sebelum memulakan jungle trekking Mas sapu Magic Lotion di kaki dan tangan untuk elakkan alahan kulit atau digigit serangga. Yang paling penting nak elak digigit pacat. Dan alhamdulilah, sepanjang trekking tak kena pacat dan kulit tiada rasa gatal² atau tak selesa.


Pastu masak outdoor camping kat tepi sungai Mas sapu jugak Magic Lotion sebelum tidur. Jadi sepanjang malam takde pun kena gigitan nyamuk, dapat tidur dengan lena dan selesa.

Semasa kembara ke Ulu Tembeling menaiki 4WD kami berdepan dengan cuaca yang panas terik. Jadi sebelum kembara Mas wajib sapu Magic Lotion supaya badan tak berbau dan rasa selesa walaupun cuaca panas. Pastu memang tipulah kalau tak kena sunburn kan? Untuk hilangkan cepat kesan dari sunburn di kulit tangan Magic Lotion adalah jalan penyelesaiannya. Sapu setiap hari dan hasilnya memang terbaik dan berkesan!


Rabu, 24 Februari 2016

Kembara KBBA ke Taman Negara : Han RainForest Resort

Assalamualaikum...(^ ^)

Setelah lama tak menulis dek kerana kekangan masa dan kemalasan akhirnya Mas kembali. Kali ini Mas nak berkongsi cerita dan pengalaman berharga ahli Kelab Blogger Ben Ashaari ke Taman Negara. Setiap tahun pasti kami akan adakan aktiviti sebegini bagi mengeratkan silahturrahim sesama ahli serta menimba pengalaman berharga. Di samping itu suara, cerita dan pendapat sebagai blogger dapat disampaikan kepada para pembaca dan masyarakat. 

Kembara kami selama 4 hari 3 malam bermula pada 19 Februari 2016. Kami berkumpul di Matic, Kuala Lumpur untuk sedikit taklimat dari pihak penganjur. Perjalanan bermula jam 9.30 malam menuju ke Taman Negara menaiki bas yang disediakan. Setelah hampir 5 jam perjalanan kami tiba di Kuala Tahan, Pahang. 


Han RainForest Resort, Taman Negara
Penginapan kami ditaja sepenuhnya oleh pihak Han RainForest Resort. Kemudahan bilik yang disediakan sangat luas dan selesa. Bilik yang Mas menginap mempunyai 1 katil single dan 1 katil queen. Bilik ini memang sesuai untuk yang datang berkeluarga bersama anak². Bilik air dan tandas pun luas dan bersih. Ada jugak bilik yang mempunyai 2 katil single yang sesuai untuk bujang yang datang bersama kawan². 




Suasana sekitar resort pun segar dan nyaman kerana dikeliling pokok² hijau dan pokok² bunga yang cantik. Pelbagai kemudahan disediakan di resort seperti pengangkutan van ke jeti Kuala Tahan, message center, restoran yang luas, mini market, kemudahan karaoke, conference room, dewan makan untuk acara rasmi dan tempat rehat dan riadah.





Pihak resort jugak menyediakan pakej aktiviti seperti jungle trekking, canopy walkway, night jungle walk, rapid shooting, camping, lawatan ke kampung orang asli, aktiviti 4x4 dan pelbagai lagi. Jadi memang berbaloi menginap di Han RainFofest Resort jika datang ke Taman Negara. Nanti Mas ceritakan satu persatu aktiviti yang Mas ikuti, memang seronok! Terima kasih pihak Han Travel atas pengalaman menarik tersebut.

Jadi kalau berminat untuk menginap di Han Rainforest Resort jika ke Taman Negara boleh hubungi Encik Bakar. Pasti berpuashati dengan kemudahan dan aktiviti yang mereka sediakan.



Semasa hari terakhir kami di sini diadakan jugak Majlis Perasmian Tapak Eco Advanture Camp dan Perasmian Han RainForest Resort oleh YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri di Kemterian Pelancongan. Ahli KBBA jugak berpeluang beramah mesra dengan YB Datuk. Memang satu pengalaman yang sangat berharga.  




Selasa, 2 Februari 2016

Dilwale bersama Team SRKUniverse Malaysia

Assalamualaikum...(^ ^)

Mohon maaf semua sebab dah lama tak menulis di sini. Bukan takde idea atau takde masa nak menulis tapi mood yang ke laut. Hari ni cuba cari mood untuk menulis dan berkongsi cerita. Harap kawan² gembira membacanya.


Sabtu lepas Mas berpeluang menonton filem Dilwale buat kali ke-6. Tapi kali ni Mas dan rakan² blogger lain menonton bersama team SRKUniverse Malaysia dan ditaja oleh pihak Antenna Entertaiment. Selain tiket ditaja kami diberi sedikit cenderahati iaitu poster Dilwale yang ada tandatangan semua pelakon dan kalendar Dilwale. Wowww memang best dan berbaloi!

Sebelum tayangan bermula pihak SRKUniverse Malaysia mengucapkan terima kasih atas sokongan semua peminat filem tersebut kerana sudi luangkan masa menonton bersama². Mas memang teruja walaupun dah 6 kali menontonnya. Takde rasa bosan langsung dan tetap gembira dan berpuashati. Memang 10 bintang Dilwale di hati Mas, hehehee!


Selepas habis tayangan ada sedikit ucapan oleh pihak Antenna Entertaiment selaku penaja program tersebut. Pihak AE inilah yang bertanggungjawab membawa filem hindustan masuk ke Malaysia untuk para peminat di sini. Memang mereka selalu adakan event sebegini tapi event untuk filem Dilwale yang paling mendapat sambutan hangat. Terbaik pihak AE!

Selain tu ada sesi penyampaian hadiah untuk pakaian ala² bollywood tercantik dan ada sesi bergambar dan video making. Video tu mereka nak hantar ke Shah Rukh Khan khas dari peminat fanatik SRK di Malaysia. Wahhh memang bagus usaha mereka ni untuk tarik minat SRK datang ke Malaysia bertemu peminat beliau. Moga hasrat mereka tercapai.

Mas kongsikan beberapa gambar sekitar event tersebut.




Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com