Terkini dan sensasi

Rabu, 30 Mac 2016

Review filem Kungfu Panda 3

Assalamualaikum...(^ ^)

Satu lagi filem yang Mas nantikan. Suka tengok si Po yang gemuk dan comel tu! Pastu ala² lurus bendul dan bodoh² sikit tu. Memang aksi dia sentiasa mencuit hati bila kita menontonnya, lagi seronok anak²lah. Jom baca review.


Sinopsis filem
Mengisahkan Po yang bertemu kembali dengan ayahnya setelah lama terpisah. Kemudian Po dipilih oleh Master Shifu untuk menjadi sifu tetapi Po tidak yakin dia boleh melakukannya. Ini membuatkan Po tertanya² adakah dia Dragon Warrior yang sebenar. Dalam masa yang sama seorang penjahat bernama Kai telah menewaskan Master Oogway iaitu seorang pahlawan unggul di China. Kai merampas chi dari master tersebut serta chi dari semua pahlawan² handal di China. Dapatkah Po mengalahkan Kai untuk merampas kembali chi yang diambil dan dapatkan dia mendalami ilmu chi untuk mengalahkan Kai.

Review Kungfu Panda 3
Satu filem animasi yang tidak pernah membosankan dari sekeul pertama lagi. Penuh dengan babak lucu dan comel dari si Po yang bisa membuatkan kita ketawa. Jalan cerita yang mudah difahami akan menarik minat kita untuk menonton filem ini. Suka dengan watak Po, walaupun kadang² dia nampak agak bodoh tetapi akhirnya dialah yang jadi wira sebenar.


Kejayaan pengarah menghasilkan sinematografi cantik, kesan bunyi yang bagus serta dialog yang kelakar membuatkan filem ini tidak mengecewakan. Dari mula hingga akhir asyik ketawa dan kagum!

Pastu semangat setiakawan antara Po dan sahabat²nya memang harus dipuji. Susah senang mereka hadapi bersama sehingga berjaya mengalahkan musuh. Jadi Mas tetap bagi 10 bintang. 

Jangan lupa tonton ye!

Selasa, 29 Mac 2016

Pergaduhan wang hantaran

Assalamualaikum...(^ ^)

Dunia akhir zaman! 

Manusia lebih suka bergaduh dan berkira² dek kerana wang ringgit. Kerana kuasa duit nak nikah pun boleh tak jadi. Ini rentetan pergaduhan 2 keluarga pengantin akibat duit hantaran tak mencukupi. Sanggup lihat anak² tak nikah dek kerana duit hantaran tak cukup RM15k.


Fuhhh 15k tu! Mas dulu kahwin RM5000 je hantaran, lagilah separuh bagi mak abah untuk belanja kenduri dan lagi separuh Mas gunakan untuk sewa pelamin, baju, jurugambar dan persiapan lain. Alhamdulilah cukup dan majlis kenduri berjalan lancar. 

Alahhh 10 tahun lepas harga barang² masih murah. Haaa jangan nak buat andaian macam tu pulak, sepatutnya kita ukur baju di badan sendiri. Kalau rasa tak mampu buat sekadar ikut kemampuan kita, janji majlis berjalan lancar dan dahulukan yang wajib. Ibu bapa pun janganlah nak menunjuk² dengan kenduri kahwin anak yang mewah sebab nak dapat pujian. Tak mampu buat cara tak mampu!

Pasal wang hantaran pulak, patutnya ibu bapa serahkan pada anak² untuk tentukan berapa yang mereka mampu bagi. Biar mereka berbincang sebab mereka yang nak bernikah dan bina rumahtangga. Kalau ibu bapa dok desak nak hantaran tinggi sebab anak berpelajaran tinggi memang jadilah perkara sebegini. Pihak lelaki walau tak mampu turutkan jugak sebab dah sayang. Mas pun lulusan diploma jugak, tapi takde nak ketuk pihak lelaki sampai bagi hantaran RM15k! Lagi pun wang hantaran ni bukannya wajib, pihak lelaki bagi sebagai hadiah dan ikut kemampuan.

Jadi pada wanita yang belum berkahwin tu jangan jadikan wang hantaran sebagai perkara paling utama. Patutnya fokuskan pada kebahagiaan hidup berumahtangga selepas bernikah, itu lagi penting dan memerlukan kos sara hidup yang tinggi. Bincang elok² pasal wang hantaran dengan bakal suami, biarlah ikut kemampuan dan setimpal dengan gaji dia. Yang penting kita selamat jadi isteri dia dan hidup bahagia.

Isnin, 28 Mac 2016

Review filem Munafik

Assalamualaikum...(^ ^)

Dapat jugak akhirnya tengok filem seram arahan Syamsul Yusof. Takut sebenarnya nak tengok cerita seram ni tapi gatal jugak nak tengok kat panggung. Pastu dok terjerit² bila hantu muncul secara mengejut, hahahaa! Jom baca review Mas pasal filem Munafik. 


Sinopsis filem 
Mengisahkan Ustaz Adam yang kematian isterinya akibat kemalangan langgar lari. Selepas kejadian tersebut emosi beliau sering terganggu dan dia jugak telah berhenti mengubat orang kampung yang ditimpa masalah diganggu makhluk halus. Namun segala kembali berubah apabila dia bersetuju mengubat Maria yang sering mengalami gangguan jin/syaitan. Apabila bertemu Maria pelbagai kejadian aneh dan pelik berlaku seperti ada kaitan dengan kehidupan Adam. Siapakah munafik yang sebenarnya dan berjayakah Adam merungkai segala misteri tersebut. 

Review filem Munafik
Mula² Mas nak bagi bintang dulu, memang 10 bintang. Mas tabiklah pada Syamsul Yusof kerana berjaya menghasilkan filem yang bagus dan terbaik! Jalan cerita tidak merepek langsung, memang berkisar realiti kehidupan sebenar yang sememangnya ada manusia bersikap munafik. Dari mula cerita dok tertanya² siapalah munafik sebenar dan akhirnya memang tak disangka². Jadi orang baik dan alim ni tak semestinya betul² baik.


Watak yang dilakonkan oleh para pelakon semuanya bagus, terutama Nabila Huda. Memang dia berjaya bawak watak dengan sempurna sekali! Watak hantu pulak memang serius menyeramkan, setiap kali hantu muncul memang Mas akan terjerit. Mana taknya tengah kau dok khusyuk tengok apa nak jadi tetiba hantu muncul depan mata. Haaa terkejut beruklah, jerit tak ingat. Pastu kesan bunyi dia memang terbaik, boleh rasa macam ada sesuatu je dok pegang bahu. Haaaaa! 


Pastu mesej yang disampaikan dalam filem ni memang berkesan. Membuatkan kita sedar dan jangan alpa dengan kuasa dan kebesaran Allah SWT. Kita kena redha dan terima segala takdir yang berlaku. Jangan menyekutukan Allah jika nak hidup senang dan capai matlamat hidup. Semuanya beri kesan dan peringatan pada Mas sebagai manusia.

Jadi pendek kata semua terbaik tentang filem ni, rugi tak tengok tau! 

Khamis, 24 Mac 2016

Projek Raya ELLE ZADA x SAM SYATILLA 2016

Assalamualaikum...(^ ^)

Tatkala bulan Ramadhan semakin hampir pasti kita dah berkira² nak dapatkan koleksi baju raya yang cantik, menarik, selesa dipakai dan berbaloi dengan wang ringgit yang dibelanjakan. Sekarang pun dah ramai yang berkira² nak memilih butik mana yang sesuai untuk pakaian raya nanti.

ELLE ZADA, satu butik fesyen yang semakin dikenali sekarang. Cari saja namanya di media sosial pasti kita dapat lihat koleksi fesyen² terkini dari mereka. Jadi sempena raya yang bakal menjelma tidak lama lagi mereka telah berkolaborasi dengan dua bintang terkenal tanahair iaitu SHAHEIZY SAM dan SYATILLA MELVIN. Kolaborasi ini dinamakan Projek Raya ELLE ZADA x SAM SYATILLA 2016.


Sidang Media Projek Raya Elle Zada X Sam Syatilla 2016
Ahad lepas Mas bersama rakan² blogger KBBA ke sidang media kolaborasi ini yang diadakan di Grand Millenium Hotel. Majlis dihadiri oleh Dato' Normaziah yang dijemput khas untuk merasmikan majlis. Majlis yang dihoskan oleh Heliza dan Nik semakin meriah apabila ada gimik persembahan dari kumpulan Bar-risan. Gimik bertujuan memperkenalkan koleksi raya Elle Zada X Sam Syatilla adalah dari fabrik yang berkualiti, tahan lasak, tidak mudah koyak dan sesuai dipakai bila² masa.



Kombinasi idea Sam Syatilla dan Elle Zada memang menarik serta menampilkan ciri² sofistikated dan moden namun kekal praktikal. Ilham sentuhan Sam Syatilla menyerlahkan personaliti peribadi selebriti ini yang bercitarasa tinggi. Tidak cukup dengan itu, koleksi Elle Zada berkonsepkan "Patuh Syariah"

Sempena perayaan nanti Elle Zada akan memasarkan 60 koleksi baju raya. Kolaborasi ini memberi fokus kepada rekaan yang direka khas oleh Sam Syatilla sendiri bersama pereka Elle Zada bersempena Projek Raya 2016. Terdapat pelbagai pilihan rekaan dan warna untuk ahli keluarga seperti rekaan untuk lelaki, wanita dan kanak². Dengan tema "Sediakan Pakaian Kemenangan, Fokus Ibadah Ramadhan" pasti koleksi raya Elle Zada X Sam Syatilla menjanjikan kelainan kepada para pembeli!


Paling menarik pelanggan boleh membuat tempahan pre order bermula 20 Mac hingga 30 April 2016. Semua item yang ditempah akan mula dipos secara berperingkat bermula dari 1 hingga 8 Mei 2016, bergantung pada kesediaan stok. Pre order boleh dibuat melalui agen yang sah berdaftar bagi membolehkan anda layak mendapat potongan RM20 dari harga asal. 

Jadi apa lagi cepat² pre order sekarang! Pastikan cari agen yang sudah sah berdaftar untuk membeli hari ini jugak. Ini link senarai agen untuk potongan RM20.

Koleksi yang bakal dipasarkan ini adalah dari fabrik yang sangat berkualiti dan premium. Harga yang ditawarkan jugak sangat berpatutan, mampu milik dan berbaloi dengan wang ringgit yang anda belanjakan. Berikut adalah senarai harga untuk koleksi Elle Zada X Sam Syatilla.

Harga Pakaian Lelaki
1. Baju Melayu - RM189 (Harga pre order RM169)
2. Jubah - RM189 (Harga pre order RM169)
3. Kurta - RM129 (Harga pre order RM109)
* Baju melayu tidak termasuk kain songket & butang baju melayu
*Jubah tidak termasuk butang

Harga Pakaian Wanita
1. Baju Kurung - RM209 (Harga pre order RM189)
2. Jubah - RM199 (Harga pre order RM179)
3. Abaya - RM229 (Harga pre order RM209)

Antara koleksi raya yang akan dipasarkan, semuanya nampak elegan!




Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, layari.


Butik: 
ELLE ZADA PRINCIPLE BOUTIQUE
YOUR TUDUNG LABUH EXPERT!
NO. 12 & 12A, GROUND FLOOR DATARAN WANGSA 1
DATARAN WANGSA MELAWATI
53000 KUALA LUMPUR

Mas dah berkenan dengan koleksi raya Elle Zada ni. Mas dah tengok sendiri kurta dan jubah yang digayakan oleh Sam dan Syatilla, memang cantik dan elegan. Fabrik dia pun Mas dah sentuh, memang berkualiti. #Projekraya tahun ni Mas dan suami akan pilih Elle Zada lah, #inibarulahchampion gitu!


Selasa, 22 Mac 2016

Sekolah ditutup akibat panas melampau

Assalamualaikum...(^ ^)

Lagi bencana melanda negara kita!

2014 dengan banjir besar, 2015 dengan jerebu dan 2016 dengan El-Nino. Moga kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan beringatlah kita dengan setiap kejadian yang menimpa. Moga kita lebih peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan bumi kita.

sumber gambar dari Berita Harian


Sekolah di Kedah dan Perlis ditutup
Bermula hari ini dan esok semua sekolah di Kedah dan Perlis ditutup akibat panas melampau sehingga mencecah suhu 39 darjah Celcius. Memang bahaya untuk anak² berada di luar rumah dengan suhu panas sebegini. Walaupun ada negeri yang suhu belum sampai ke tahap 39° tapi bahang panas tu masih terasa, duduk dalam rumah pun tetap panas. 

Jadi kita kena ambil langkah berjaga² seperti kurangkan aktiviti di luar rumah, banyakkan minum air kosong, kerap mandi dan jaga kesihatan. Terutama sekali untuk anak² sebab mereka ni kadang tak kisah sangat pasal minum air kosong. Macam anak² Mas memang di rumah hanya suruh mereka minum air kosong je, air manis kurangkan. Pastu wajib bawak bekal air kosong ke sekolah. 

Pastu kesihatan anak² dan diri sendiri pun kena sentiasa pantau. Kalau kerap sakit kepala atau demam kena cepat² pergi ke klinik. Bukan apa takut kena strok haba je! 

Isnin, 21 Mac 2016

Blogger Run Bersama KetchUp Team : Cafe Hunting

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas pernah dengar kawan² cerita pasal cafe ni tapi Mas memang tak pernah cuba makan di mana² cafe pun. Bukannya apa, Mas ni tekak melayu jadi lebih suka makan di gerai² je. Tapi minggu lepas Mas berpeluang sertai Blogger Run ke 5 buah cafe di sekitar Bandar Sunway anjuran KetchUp Team dan Kelab Blogger Ben Ashaari sebagai Social Media Partner..

Apa itu KetchUp
KetchUp adalah salah satu portal yang memberikan pelbagai informasi mengenai lokasi cafe, restoran atau tempat makan yang menarik untuk dikunjungi di sekitar Lembah Klang. Jadi setiap minggu KetchUp Team dengan kerjasama beberapa rakan media telah menerjah beberapa buah cafe yang menarik bagi melihat sendiri keunikkan dan keistimewaan cafe tersebut serta mencuba makanan yang disediakan di setiap cafe.

Sabtu lepas Mas dan beberapa rakan blogger yang lain telah ke 5 buah cafe di Bandar Sunway. Cafe yang kami kunjungi ialah WhupWhup Cafe, A Pie Thing Cafe, Underground Societe Cafe, After Black Cafe dan Garage 51 Cafe. Wahhh nama cafe pun dah unik dan ala² hipster gitu!

WhupWhup Cafe


Cafe ini terletak di kawasan perindustrian, jadi siapa sangka di kawasan sebegitu ada sebuah cafe. Sampai kat depan cafe memang tak sangka ianya sebuah cafe sebab bila tengok luaran macam sebuah bengkel je. Melangkah masuk ke dalam cafe terus teruja dan terpesona dengan dekorasinya yang persis berada di dalam sebuah kilang. Menu² yang disajikan kepada kami jugak memang memenuhi citarasa dan yang paling Mas suka ialah Salmon ni, memang 5 bintang.



A Pie Thing Cafe


Di cafe ni semuanya dan segalanya tentang pie. Dekorasi cafe memang ringkas tetapi menarik, sesuai sangat untuk minum petang sambil menikmati secawan kopi dan sebiji pie. Mas memang jarang makan pie tapi semua jenis pie yang dihidangkan kepada kami memang super duper sedap. Mas paling suka pie ni, dalam dia ada lamb yang diracik² dengan toping mashed potato.



Underground Societe Cafe


Ini memang cafe ala² hipster, nama pun dah hipster kan. Dekorasi dalam cafe pun sudah tentulah ala hipster jugak dan semestinya unik. Menu yang disajikan jugak lain dari yang lain dan memang pertama kali Mas makan menu sebegitu. Mee yang disajikan dengan sayuran dan salmon ni memang menepati citarasa Mas, cukup rasanya. Bagi Mas ia sesuai untuk orang yang berdiet.



After Black Cafe


Semasa melangkah masuk ke dalam cafe ni memang ramai sangat pengunjung sedang menjamu selera. Dekorasi dalam cafe memang sedap mata memandang dan membuat kita tertarik nak cuba makanan di sini. Paling menarik perhatian Mas ialah dekorasi barang² antik dan lama, sangat cantik! Menu yang dihidangkan memang sedap dan Mas paling suka Sphagetti Olio ni.



Garage 51 Cafe


Cafe ini memang dah terkenal, sebab ramai kawan² blogger sebut pasal keunikkan dan kesedapan makanan di sini. Dekorasi cafe ala² garaj memang tepat dengan namanya. Unik dan ada keistimewaannya tersendiri! Paling unik air yang dihidangkan, fuhhh memang bikin meleleh air liur bila tengok. Makanan yang disediakan jugak sedap dan menarik.


Fuhhh selesai 5 cafe dan bagi Mas semua cafe ada keistimewaan dan keunikkan tersendiri baik dari segi dekorasi dan menu yang disajikan. Satu pengalaman berharga bagi Mas yang sememangnya kurang tahu kewujudan cafe sebegini. 

Terima kasih KetchUp Team dan rakan media yang lain, seronok dapat kenal, borak², makan² dan luangkan masa bersama. Korang semua memang pasukan yang super duper awesome. Mas dan KBBA sentiasa menyokong KetchUp!


Untuk maklumat lanjut mengenai program Ketchup boleh ke laman sosial berikut:


Jumaat, 11 Mac 2016

8th Putrajaya International Hot Air Balloon

Assalamualaikum...(^ ^)


Sekali lagi belon panas akan berterbangan di udara sekitar Putrajaya. Bermula hari ini, 11 Mac 2016 sehingga Ahad, 13 Mac 2016. Lokasi seperti biasa di Monumen Alaf Baru, Presint 2. Seperti biasa setiap tahun Mas akan bawak anak² tapi tahun ni kena tengok masa jugak. Kalau ada rezeki dapatlah bawak mereka.

Yang pastinya sudah tentu pelbagai aktiviti menarik menanti anda di sana. Lagilah cuti sekolah dah bermula, pasti ramai pengunjung yang datang. Untuk masuk ke fiesta ni percuma je, tapi kalau nak sertai aktiviti yang disediakan ada bayaran yang dikenakan. Ini senarai aktiviti dan bayaran.


Pastu kalau nak bawak anak² tu lebih baik bawak payung dan air mineral secukupnya sebab sekarang kan cuaca panas. Bawak jugak bekalan makanan secukupnya dari rumah, takdelah kena beli. Sudah tentu peniaga jual dengan harga yang mahal sebab mereka sewa tapak meniaga pun mahal. 

Jadi apa lagi, kalau anda tiada apa² aktiviti nak buat hujung minggu ni bolehlah bawak anak² dan keluarga tengok belon panas. Untuk maklumat lanjut boleh ke website myballoonfiesta.com. Ini Mas sertakan aturcara program sepanjang 3 hari fiesta berlangsung.



Ok nak bodek husband ajak pergi, hehehee!

Khamis, 10 Mac 2016

Cuti Sabah 2016 : Hari terakhir

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni kisah penutup cuti Sabah kami.


Dek kerana flight kami ke KLIA jam 10.30 malam jadi Mas ajak husband ke Kundasang dan Ranau lagi sekali. Bukan apa Mas nak sangat pergi Kelah Sanctuary sebab hari pertama kami ke sana tempat tu tutup kerana air sungai kotor. Husband pun setuju dan sebelum pergi kami telefon dulu untuk pastikan Kelah Sanctuary telah dibuka. Memang kami bernasib baik sebab ia dah dibuka seperti biasa. 

Pukul 9.30 pagi kami gerak ke Kundasang dan tiba di Ranau pukul 12 tengahari. Sampai di Ranau kami terus ke Kelah Sanctuary. Sampai di sana masih tak ramai orang jadi senang sikit nak bagi makan ikan. Tiket masuk yang dikenakan RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak². Makanan ikan pulak dijual dengan harga 20 sen satu pek. Kalau nak mandi bersama² ikan pun boleh, RM10 tiketnya. Pastu kamera pun kena caj sekarang, RM3 untuk satu kamera.. 







Tapi sekarang dah ada peraturan nak masuk ke situ, hanya boleh berada 15 minit je untuk bagi makan ikan dan seorang hanya boleh beli 1 pek makanan sahaja. Rasa agak tak berbaloi jugaklah sebab sekejap sangat masanya. Mas pergi tahun 2012 dulu tak kisah berapa lama pun nak berada kat situ dan makanan ikan pun boleh beli seberapa yang kita suka. Mungkin mereka buat peraturan sebab tak nak terlalu ramai pengunjung berada di tepi sungai pada sesuatu masa. Tapi takpe, janji dapat datang dan rasai sendiri pengalaman tu Mas dah seronok. Baru puas hati!

Selesai bagi makan dan main² dengan ikan kami rasa pengalaman naik jambatan gantung yang ada kat situ. Dulu Mas tak berani langsung naik, sekarang dah berani. Anak² Mas tak takut langsung, lagi seronok adalah terutama Airis. Siap jalan sampai ke hujung. Dah puas naik jambatan gantung terus kami gerak ke pekan Ranau untuk makan tengahari. 



Siap makan terus gerak ke Kundasang untuk singgah beli buah-buahan dan makanan tempatan orang Sabah yang dijual di sepanjang jalan di Kundasang. Pastu singgah jugak makan Kepak Ayam Madu yang memang terkenal di Kundasang. Wajib makan tau kalau sampai ke sana, memang sedap. Ia dijual dengan harga RM3 untuk 2 kepak ayam. Dekat RM20 jugak habis beli kepak ayam je, siap tapau nak makan sepanjang perjalanan balik ke KK.

Sebelum balik ke KK kami singgah sekejap dekat Mountain View Point yang terletak di jalan nak ke Kundasang. Kat sini memang jelas boleh nampak Gunung Kinabalu dan memang cantik untuk ambik gambar. Tapi nasib kami tak berapa baik sebab cuaca berkabus tebal, jadi jangan haraplah nak nampak gunung. Ambil jelah gambar ala² Dilwale dengan kabus tu, hehehee! 




Dah puas bergambar terus sambung perjalanan balik ke KK. Tiba di sana pukul 5.30 petang dan terus pergi ke Pasar Ikan Masin dan Pasar Tempatan untuk beli ikan bilis, kuih cincin dan amplang. Selesai memborong terus kami gerak ke airport. Malangnya flight delay ke jam 11 malam, jadi tiba di KLIA pukul 1.30 pagi.

Itu saja pengalaman dan cerita pahit manis percutian Mas dan keluarga ke Sabah. Mas tak akan serik ke sana, mungkin 2 atau 3 tahun lagi kami akan bercuti ke sana semula. Sabah memang sentiasa jadi destinasi percutian Mas.

Rabu, 9 Mac 2016

Cuti Sabah 2016 : Island Tour

Assalamualaikum...(^ ^)


Salah satu lagi tarikan bila bercuti ke Sabah ialah Island Tour. Hanya pergi ke Jesselton Point Jetty, pelbagai agen yang menyediakan pakej bot ke pulau² seperti Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Gaya. Kita boleh pilih sama ada nak pergi ke 1 pulau, 2 pulau, 3 pulau atau kesemua pulau. Terpulang pada bajet yang kita ada. Nak bermalam di resort yang disediakan di pulau² tu pun boleh, ada jugak pakej disediakan. 

Kami sampai seawal jam 8.00 pagi di jeti dan cari dulu agen mana yang sediakan pakej yang paling murah dan berpatutan. Rekee punya rekee kami pilih agen Island Express. Mas pilih untuk 3 pulau iaitu Mamutik, Manukan dan Sapi. Harga pakej yang dikenakan ialah RM170 untuk 3 pulau bagi 3 dewasa dan 2 kanak².. Agen jugak sediakan pakej sewa gogel dan life jaket, RM15 untuk satu gogel dan satu life jaket. Mas ambil 2 set dengan harga RM30. 


Dah selesai bab pakej kami isi perut dulu, kena makan kenyang² sebab makanan yang dijual di pulau berkali ganda mahalnya. Kami tiada pilihan terpaksa makan di gerai dekat jeti sebab pukul 9.00 pagi bot dah nak gerak. Mahal jugaklah makan kat situ, Mas memang tak syorkan. Lebih elok makan dulu kat bandar KK sebelum datang jeti.

Destinasi pulau pertama kami ialah Pulau Mamutik, kemudian Pulau Manukan dan destinasi akhir ialah Pulau Sapi. Kami diberi masa lebih kurang 2 jam di setiap pulau. Bagi Mas memang agak terkejar² sikit sebab masa di pulau dapat 1½ jam je, lagi ½ jam perjalanan menaiki bot. Rugi pulak rasa ambil pakej 3 pulau, patutnya ambil 2 pulau atau 1 pulau je. Baru lama sikit masa dihabiskan di satu pulau tu. Tapi takpe itu pengalaman, lain kali datang dah tau nak rancang macam mana.






Cuma Mas agak kecewa dengan Island Tour kali ni sebab masa snorkling tak dapat tengok coral dan ikan. Air laut sangat keruh, memang tak jelas langsung. Rakam video pun nampak samar² je! Pastu semasa di Pulau Manukan ada obor-obor, bila masuk dalam laut terasa sakit seperti ada benda mengigit. Boleh bertahan beberapa minit je dalam laut, anak² pun Mas tak benarkan mandi. Husband Mas habis kena gatal² satu badan sebab dia berani snorkling. Memang pengalaman pahit! 




Tapi di Pulau Sapi dapat jugaklah tengok samar² coral dan ikan sebab air laut kat situ tak berapa keruh sangat. Rakam video pun nampaklah muka sikit². Walaupun kecewa tak dapat alami pengalaman snorkling yang menyeronokkan, yang penting anak² gembira dan seronok. Mungkin kami tak bernasib baik bercuti kali ni ke Sabah, lain kali ada rezeki pasti kami bertuah!


Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com