mrs secretary

Sabtu, 30 April 2016

Kemeriahan Ramadhan @ PICC

Assalamualaikum...(^ ^)

Bahang Ramadhan kian terasa! Semua umat Islam dah bersedia baik dari segi persiapan berpuasa serta memilih tempat untuk berbuka. Kebiasaannya kita akan berbuka di rumah tapi tak salah sekali dalam sebulan tu kita bawak anak isteri berbuka di luar, bagi isteri cuti masak sehari. Banyak tempat² yang menyediakan Buffet Ramadhan, pilih sahaja mana yang berkenan.


Ramadhan Buffet @ PICC
PICC memang sinonim dengan Buffet Ramadhan setiap kali tiba bulan puasa. Mas pun suka berbuka di sini sebab juadahnya memang menepati selera dan citarasa. Kalau pergi memang pulang dengan hati senang dan perut kenyang! Berbaloi dengan wang ringgit yang dibelanjakan. 

Ramadhan kali ini pastinya PICC tidak akan mengecewakan pengunjung yang datang. Dengan tema "Hidangan Tradisi Warisan Budaya" ia menjanjikan kelainan dan kemeriahan. Fuhhh pasti tak sabar nak datang berbuka. Ini antara aktiviti yang bakal diadakan. 


1. Gerai Jualan @ Bazaar PICC
2. Majlis Iftar Amal Wakaf Bersama Ustaz Don @ 18 Jun 2016
3. Majlis Iftar Akustika Bersama Zamani dan Mawi @ 22 Jun 2016
4. Majlis Iftar Amal Bersama Anak² Yatim
5. Persembahan Qasidah dari Afad, Rabbani, Wildan dan Pawana @ sepanjang Ramadhan

Juadah yang bakal dihidangkan jugak pastinya istimewa. Tengok pun dah buat perut lapar semakin lapar dan bisa buat anda terliur. Haaa jangan tak percaya, ada 300 aneka pilihan juadah tau!

1. Aneka Panggang : Hidangan utama Kambing Panggang resepi istimewa (setiap hari). 

2. Kawah Warisan dengan hidangan 3 jenis nasi iaitu Nasi Briyani, Nasi Kandar dan Nasi Dagang Terengganu dengan aneka lauk pauk segar seperti ayam, daging dan kambing. Ada jugak acar, dalca sayur dan papadum.





3. 16 hidangan pembuka selera seperti SomTam PICC, Salad Betik Muda bersama Udang Kering, Aneka Cholek, Nasi Ulam Utara, Kerabu Buah Mangga Pauh Daging Salai, Ayam Berempah Pucuk Paku, Pecal, Kerabu Sardin Pucuk Ulam, Kerabu Jantung Pisang Udang Kering, Gado-Gado, Kerabu Kaki Ayam Carik Kacang Panjang, Tauhu Bakar Putrajaya Sempoi dan bermacam lagi.

4. Buffet and Live Station yang antara pilihan hidangan seperti Aneka Keropok, Jeruk Pak Ali, Aneka Sup, Bubur Lambuk PICC dan Warung Tempura.





5. Kids Corner untuk kanak² dengan hidangan Bertih Jagung, Aiskrim Coklat dan Vanilla PICC.

6. Live Pasta Station dengan aneka pilihan pasta seperti Spaghetti, Fettuccine, Penne dan Linguine bersama sos Bolognese, Karbonara dan Marinara.

7. Pencuci Mulut dengan hidangan manisan tradisional melayu seperti Bubur Kacang Hijau Durian, Bubur Pulut Hitam, Pengat Pisang, aneka Kuih Melayu, Variasi Kek dan Buah-Buahan Segar.

8. Pelbagai jenis minuman sejuk yang menyegarkan tekak antaranya Air Sirap Bandung, Air Sirap Selasih, Air Asam Boi, Air Jagung dan Air Mata Kucing.






Fuhhh buntang bijik mata tengok senarai hidangan. Itu belum lagi pergi makan dan nikmati sendiri keenakannya, pasti tersenyum kekenyangan. Selain perut kenyang, anda jugak berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama wang tunai. Jadi jangan buang resit pembelian buffet tu, isi borang dan mana tahu anda bakal bertuah!

Buffet Ramadhan @ PICC bermula dari 8 Jun hingga 3 Julai 2016 dengan harga RM98 untuk dewasa dan RM49 untuk kanak² berumur 6-12 tahun. Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi.

No. Telefon: 03-88876000
Facebook: piccmalaysia
Instagram: @piccmalaysia
Twitter: @piccmalaysia

Jumaat, 29 April 2016

Jubah Lelaki Moden by RizQ Design

Assalamualaikum...(^ ^)

Rejab, Syaaban dan Ramadhan.

Hampir kepada Ramadhan dah kita. Bila sebut Ramadhan pasti sinonim dengan persiapan awal untuk berhari raya. Bagus siapkan awal, nanti takdelah kelam kabut kan? Mas pun dah pilih tema baju raya dan dah berkira² nak beli baju camne tahun ni. Mas macam biasa suka beli jubah, senang dan selesa dipakai. Untuk husband dan anak lelaki pulak memang nak belikan mereka jubah tahun ni. Mas suka tengok lelaki berjubah, nampak segak!


Jubah pilihan dah ada dalam senarai iaitu dari rekaan RizQ Design. Baru² ni Mas dan rakan blogger KBBA berpeluang bertemu dengan pemilik RizQ Design dan melihat sendiri rekaan Jubah Lelaki Moden milik beliau. Pertama kali tengok rekaannya terus jatuh cinta, nampak sangat smart, stylo dan elegen. Bila Mas suruh husband cuba gayakan jubah dan kurta, fuhhh memang kacaklah! Terletak dan sesuai dengan bentuk badan dia.



Selain dari smart dan elegen, jubah rekaan RizQ Design menggunakan material terbaik dan tahan lasak dengan harga mampu milik. Pastu perincian rekaannya jugak mesra pemakai iaitu dengan rekaan berzip yang memudahkan kita memakainya. Rekaannya jugak terkini, moden dan maskulin, memang sesuai untuk lelaki moden zaman sekarang. 

Camne, terpikat tak dengan Jubah Ipman ni. Kalau dah terpikat mari Mas cerita dimana serta bagaimana nak beli dan berapakah harganya. Bukan setakat boleh beli, berminat nak jadi agen/dropship pun boleh!


Open Day Jubah Lelaki Moden
Bagi yang berminat untuk menjadi agen/dropship Jubah Lelaki Moden, anda dijemput datang sendiri ke butik kilang RizQ Design bagi melihat dan merasai sendiri koleksi jubah dan kurta sempena Raya 2016. Tarikh, masa dan tempat seperti berikut.. 

Tarikh: 30 April & 1 Mei 2016
Masa: 10 pagi hingga 8 malam
Tempat: Alam Aveneu 2, Seksyen 16 Shah Alam

Kadar keuntungan yang menarik bagi agen, bermula dari 20% sehingga 50%. Agen boleh mula membuat PRE-ORDER mulai 30 April 2016 dan stok akan dijangka tiba pada 1 Jun 2016.

Harga Jualan
Koleksi jubah dan kurta moden ini akan dijual bermula dari harga RM109 sehingga RM229. Terdapat 3 koleksi jubah dengan pilihan 10 warna menarik bagi setiap koleksi dan 1 koleksi kurta moden dengan 10 pilihan warna. Pilihan saiz pula dari S hinggalah ke XXL. Jualan akan bermula pada 1 Jun 2016.

Special Project
Sempena Aidilfitri ini Jubah Lelaki Moden RizQ Design akan berkolaborasi dengan Hafidz Roshdi.



Haaa dah berkenan kan, jadi dapatkan maklumat lanjut tentang pembelian dan pertanyaan di sini. 

Instagram: @jubahlelakimoden
Facebook: jubahlelakirizq
Whatsapp: 011-21524939

Ahli KBBA9 bergaya dengan Jubah Lelaki Moden.





Khamis, 28 April 2016

Hi-Tea @ Retro Cafe Vivatel KL

Assalamualaikum...(^ ^)

Di tengah² kesibukan kotaraya Kuala Lumpur pasti kita nak cari tempat untuk hi-tea yang menjanjikan menu menyelerakan dan ada kelainan, tempat yang selesa serta harga berpatutan. Selain pilihan cafe atau restoran, apa kata kita cuba hi-tea di hotel pulak. Semalam Mas dan rakan blogger KBBA berpeluang menikmati hi-tea di Vivatel Hotel KL.


Hi-Tea @ Retro Cafe Vivatel Kuala Lumpur
Di Vivatel menjanjikan harga berpatutan dan menu² menyelerakan untuk pakej hi-tea. Menu yang disediakan dikenali sebagai Malay Heritage Cuisines dengan aneka pilihan seperti Pasembor, Dim Sum, Mini Pizza, Chinese Roast Duck dan pelbagai lagi. Yang penting semua menu dijamin halal 100%. 



Pilihan menu masakan melayu asia jugak disediakan seperti Siakap Goreng, Nasi Lemak Pandan Daun Pisang, Puyuh Berempah, Nasi Ulam, Mee Rebus Urat Keting dan Vietnamese Chicken Noodle Soup. Ada jugak disediakan pilihan lauk pauk segar², bila nak makan baru kita pilih dan chef akan gorengkan. Memang dapat makan panas². Fuhhhh menarik kan, ada kelainan!


Tidak lupa jugak pemanis mulut yang menyelerakan. Ada pilihan desserts tradisional seperti Tapai Pulut, Bubur Cha-Cha, Dodol dan kuih-muih tradisional melayu serta pelbagai jenis french pastries.


Weekend Hi-Tea
Hi-tea di Vivatel hanya pada hari Sabtu dan Ahad dengan harga RM48 untuk dewasa dan RM38 untuk kanak² (6-12 tahun) serta warga emas. Kanak² bawah 6 tahun adalah percuma. Hi-tea ini jugak menawarkan 5+1 promosi iaitu dengan bayaran untuk 5 orang dewasa akan dapat percuma untuk seorang. Menarik kan? Kalau nak datang makan satu keluarga dan dengan kawan² tu, memang berbaloi sangat!

Bagi Mas menu² disediakan menepati citarasa, gabungan masakan melayu dan ala western memang memikat selera. Paling Mas suka Glanced Fruit, Fried Wantan, Nasi Ulam dan Mini Pizza.




Jadi untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi 03-92058888. Boleh jugak ke website Vivatel www.vivatel.com dan facebook di vivatelkl.

Inilah antara juadah yang menyelerakan.








Rabu, 27 April 2016

Program Bual Bicara Setiausaha

Assalamualaikum...(^ ^)


Alhamdulillah dapat penghargaan dari bos untuk menyertai program sempena Minggu Setiausaha. Terima kasih bos! Kali ni Mas dan 3 orang lagi rakan PA berpeluang ke Program Bual Bicara Setiausaha bersama YBhg. Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah bin Kamsah atau lebih dikenali dengan DMFK.

Bila dapat peluang ni memang rasa sangat teruja, maklumlah siapa tak teringin nak jumpa DMFK kan. Pakar motivasi yang dikenali dengan ilmu² motivasi yang sangat berguna! Bila beliau melangkah masuk ke dalam dewan boleh rasa aura semangat dan tak sabar nak dengar beliau buka mulut dan menyampaikan ceramah. Dengan perwatakan yang sentiasa ceria, lucu dan sentiasa tersenyum, 2 jam bersama beliau tak terasa berlalu. 


Banyak ilmu yang beliau sampaikan berlandaskan ajaran sains dan agama, memang sangat bermanfaat. Pastu dapat jugak kami mengenali perwatakan dan peribadi diri masing² melalui nama dan tarikh lahir. Yang paling teruja bila DMFK tengok wajah kita beliau boleh tahu sifat peribadi kita. Fuhhh memang berdebar bila dia dok tenung muka sorang². Satu pengalaman yang sangat berharga!


Habis 2 jam bersama DMFK, kami dihiburkan pula dengan lawak jenaka oleh Nabil dan Angah. Memang tak kering gusi mendengar lawak bersahaja yang mereka sampaikan. Dari mula hingga akhir asyik gelak sampai senak perut! Pastu ada jugak acara cabutan bertuah yang menyaksikan hadiah utama TV LED Sharp 32 inci dipertaruhkan. Malangnya Mas tak bertuah, huhuhuu!

Apa pun keseluruhan program ini memberi manfaat yang sangat berguna. Di samping berseronok dan bergelak ketawa banyak ilmu yang Mas dapat untuk menjadi seorang Setiausaha Superstar! Moga dapat lagi peluang menyertai program sebegini. 




Isnin, 25 April 2016

Bowling Tournament BSM

Assalamualaikum...(^ ^)

Jumaat Sabtu dok berboling! Fuhhh lenguh seluruh badan. Tapi berbaloi sebab dua² kejohanan berjaya bolot hadiah, hehehee! 


Alkisahnya Sabtu lepas ada kejohanan boling anjuran rakan sepejabat. Jadi Mas ajaklah husband, Atikah dan sorang kawan bowlers ikut serta. Main untuk suka² dan sambil tu boleh berlatih sekali untuk misi ke Sarawak bulan Mei nanti. Nak berlatih waktu kerja memang takde masa, jadi ambil peluang join kejohanan camni untuk mantapkan skill. 

Tak sangka lepas berhempas pulas main 3 games kat lane kayu di The Mines, pasukan Mas berjaya bergelar Juara. Memang tak jangka pun akan menang sebab main kat lane kayu memang banyak kelemahan. Setting point, anak panah, langkah dan setting bola semua lari, nak dapat strike pun jenuh. Jadi tak berjaya nak pegang gelaran pemain wanita terbaik, hohohoo!



Inilah hadiah yang berjaya kami bolot. Bukan saja hadiah juara kumpulan tapi 3 beranak bolot hadiah cabutan bertuah. Memang murah rezeki kami! 

Terima kasih pada rakan² yang anjurkan kejohanan ni, seronok sangat. Sambil main boleh beramah mesra dan eratkan lagi ukhwah. Nama je satu pejabat tapi bukan selalu bersua muka, jadi acara camnilah dapat rapatkan hubungan sekerja tu.


Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com