Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 25 Julai 2016

Allah sayangkan baby

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni baru ada kekuatan untuk menulis di sini. Memang cerita sedih tapi nak kongsi untuk kenangan masa depan. Qada dan qadar Allah dah tetapkan jadi kena redha walaupun pahit untuk ditelan. Masih teringat fasa alahan yang teruk dan masih baru Mas berkongsi kisah hamil kali ke-4. Tapi kini semua dah jadi milikNya, Allah lebih sayangkan baby mama!

Mas redha, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Walaupun hanya 3 bulan lebih Allah pinjamkan dia membesar dalam rahim Mas tapi kehilangan tu tetap dirasai. Sapa tak sayang anak kan? Tapi Mas kena kuat demi kehidupan akan datang dan demi suami serta anak² yang lain. 


Sekarang masih cuti sakit sehingga 27/7 ni, 28/7 ada follow-up di hospital. Mas akan sambung cuti sakit lagi seminggu sebab belum cukup kuat untuk pergi kerja. Nak rehat dan berpantang betul², urut pun belum lagi ni. Berpantang memang Mas amalkan cara tradisional yang arwah mak ajar seperti bersalai dan bertungku. Pantang gugur ni tetap kena 44 hari dan kena jaga makan sebaiknya!

Buat masa ni kesihatan dah hampir pulih dan emosi pun dah stabil sikit. Kadang tu terganggu jugak bila dok bersendirian, tak sedar je airmata mengalir. Mujurlah suami, anak², adik beradik dan kawan² yang banyak bagi sokongan dan semangat. Sikit demi sikit rasa sedih tu dapat dipulihkan! 

Gambar beberapa jam sebelum baby pergi, comel je kan? Moga baby damai di sisiNya dan tunggu mama dan babah di syurga ye. 


Selasa, 19 Julai 2016

Kisah Aidilfitri 2016

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni baru 14 Syawal kan, jadi bolehlah lagi cerita kisah di pagi 1 Syawal. Walaupun tak semeriah orang lain tapi kenangan tu harus dikongsikan untuk tatapan masa akan datang. 

Aidilfitri tahun ni adalah paling tak meriah bagi diri Mas. Bagi anak² memang mereka gembira setiap kali raya. Seronok dapat pusing keliling kampung kutip duit raya. Bagi Mas tak meriah sebab kena mabuk teruk di pagi raya. Pukul 8.30 pagi gigih lagi pergi masjid walaupun dah rasa pening dan mual. Lepas sembahyang raya dan tahlil di masjid terus cepat² balik rumah. Masa tu dah tak larat sangat sampai 3 kali muntah, apalagi terus melepek dengan baju raya! 

Kakak dengan adik ajak bergambar pun memang tak larat. Maka tiada langsung gambar dengan anak² di pagi 1 Syawal. Kalau tak biasanya Mas paling juara bergambar kalau hari raya. Tahun ni memang takde sekeping pun gambar raya. Lagi pun mood ke laut sebab tetiba husband tak jadi balik raya. 


Raya kedua dan ketiga barulah rasa sihat sikit dan gigih nak memandu pergi beraya. Dapatlah beraya ke rumah nenek, rumah kakak ipar dan tengok anak buah baru di Jengka. Jadilah kan dari tak beraya langsung, ada jugak kenangan bergambar dengan nenek.

Juadah raya pun biasa² je tahun ni. Raya pertama hanya buat Rendang Daging dan beli Lemang serta Ketupat Palas. Raya kedua pulak buat Kuah Kacang dan Nasi Impit. Semuanya adik dan kakak yang masak, Mas memang alah masuk dapur dan bau masakan ni. Hehehee!



Itu sajalah raya Mas di kampung. Gambar raya ini je yang ada, itupun nasib adik Mas rajin ajak selfie masa dalam kereta. Jumpalah kita di raya tahun depan pulak, Insya Allah. 

Isnin, 18 Julai 2016

Hamil kali ke-4

Assalamualaikum...(^ ^)

Alahai lamanya tak menulis, maaf sangat pada semua pembaca! 

Maklumlah sebulan lebih yang lepas disahkan mengandung jadi mood menulis habis ditelan oleh alahan yang sangat teruk. Alhamdulillah sekarang dah beransur baik sebab dah masuk trimester kedua. Dah takde mabuk², mual², muntah² dan selera makan pun dah bertambah baik. 

Jadi mulai hari ini Mas akan kembali aktif menulis di blog kesayangan ni. Banyak sangat benda nak cerita dan kongsikan di sini. Tarik nafas dan kita mula satu persatu. Mula ni nak cerita kisah apabila Mas disahkan hamil kali ke-4!

Hamil Kali Ke-4
Mengandung kali ni sangat tak diduga! Husband memang ada nyatakan hasrat nak tambah zuriat sebab Airis pun dah masuk umur 4 tahun. Mas ni ikutkan belum bersedia tapi teringin jugak nak tambah anak. Tapi masa awal bulan 4 tu Mas dah sibuk latihan boling untuk sukan di Sarawak, jadi kesihatan diri memang tak dijaga sangat. Pastu bulan Mei dah sertai sukan di Sarawak selama seminggu. Angkat beg dan bola boling yang berat, turun naik tangga, tak cukup tidur dan sebagainya. 


Tapi dah rezeki Allah nak bagi zuriat kan? Seminggu je balik dari Sarawak Mas dah rasa lain, asyik pening kepala dan mengantuk. Masa tu dah terasa mungkin Mas mengandung tapi tak mahulah berharap. Pada 18/5/16 Mas buat urine test yang pertama. Masa tu memang nampak naik 2 line tapi sangat kabur. Bila tunjuk kat husband dia pun tak percaya yang Mas mengandung. 

Jadi selang 2 hari Mas buat urine test lagi. Masa ni laju je naik positif cuma agak kabur jugak. Esoknya buat lagi dan masa ni memang jelas naik 2 line. Masa tengok test kali ke-3 barulah husband puashati. Dialah orang paling gembira! Mas pulak masih tak sangka masa tu sebab dalam sibuk latihan dan kejohanan boling Allah masih lindungi kandungan Mas, syukur sangat! 



Untuk lebih puashati buat lagi untuk kali ke-4. Kali ni beli pregnancy test yang Clearblue digital tu sebab nak tahu dah hamil berapa minggu. 

Alhamdulillah sekarang kandungan dah masuk 13 minggu, 3 bulan lebih dah. Buku mengandung pun dah siap, due date 26 Januari 2017. Ramadhan hari tu pun berjaya berpuasa walaupun alahan teruk, cuma tinggal satu hari je. 

Jadi bermulalah fasa 9 bulan yang indah. Doakan Mas sihat selalu dan selamat sehingga bersalin.

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com