Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 30 November 2016

Takde rezeki Airis

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila buka dan baca je surat ni terus rasa kecewa dan sedih sangat! Memang takde rezeki Airis nak masuk ke Pra Sekolah.


Dalam entri Airis tak dapat Pra Sekolah ni, Mas ada cerita yang kami mohon banyak sekolah. Pastu Sekolah Bandar Baru Salak Tinggi ada tawarkan untuk buat rayuan sebab ada 5 kekosongan untuk kanak² 5 tahun. Masa tu bersyukur sangat sebab boleh merayu dan berharap ada rezeki Airis.

Tapi jangkaan kami meleset! Rupanya selepas dah buat rayuan sekolah akan tapis lagi dan akan utamakan keluarga yang pendapatan kurang dari RM3k. Hurmmm memang takdelah rezeki kami! 

Rasa kecewa dan terkilan tu memang ada, sapa tak nak anak masuk sekolah kan? Tak sangka pulak pemilihan sekolah sekarang berdasarkan jumlah gaji. Bukannya apa walaupun gaji kasar kami suami isteri lebih dari RM3k tapi tak semestinya kami mampu nak hantar anak ke sekolah/tadika swasta. Banyak tanggungan nak kena fikir, kalau anak bersekolah seorang je mungkin boleh. 

Susahnya nak hantar anak sekolah sekarang kalau takde duit yang cukup. Memang orang boleh cakap nilai pelajaran tu tak ternilai dengan wang ringgit, takpe kalau berhabis sikit. Memang betul tapi kalau tak mampu susah jugak! Tapi takpe Mas dan husband akan usahakan untuk Airis bersekolah jugak tahun depan. Kalau dah tiada pilihan terpaksa hantar swasta kami akan usahakan selagi termampu! 


Sekarang masih berusaha merayu lagi dan tunggu sehingga awal Januari nanti. Mana tahu ada ibu bapa yang menolak atau ada kosong ke? Moga Allah luaskan lagi rezeki untuk Airis bersekolah. 

Isnin, 28 November 2016

Gegar Vaganza 3 : Minggu Separuh Akhir

Assalamualaikum...(^ ^)

Berakhirnya Konsert Separuh Akhir GV3 semalam bermakna minggu hadapan semua peserta akan berentap di Konsert Akhir. 6 peserta layak ke final! Siapakah jadi pilihan anda semua, adakah Ameng, Zarul, Gmie, Siti Sarah, Azharina atau Intan Sarafina. Sama² kita nantikan pada 4 Disember nanti!


Berbalik pada konsert semalam, Nora adalah peserta yang tersingkir di pentas separuh akhir. Dek kerana kontroversi menukar lagu dan dapat lagu sendiri mungkin salah satu sebab dia tidak berjaya ke final. Tapi apa pun dia dah berikan yang terbaik, mungkin tiada rezeki kan? Kontroversi tu penyebab je. 

Selepas persembahan 2 buah lagu dari peserta persembahan terbaik pilihan Mas untuk lagu solo adalah milik Ameng dan lagu duet bersama artis milik Gmie Screen. Vokal mereka berdua memang mantap dan menyengat! 


Ini lagu pilihan untuk mereka di pentas akhir nanti. Semua peserta akan menyanyikan 2 buah lagu!

Azharina | Mama Aku Ingin Pulang (Nike Ardilla) & Izinkanlah (Nike Ardilla)
Zarul | Gerhana (Kembara) & Dendangan Laguku (Carefree)
Siti Sarah | I Will Always Love You (Dolly Darton) & Matahariku (Agnes Monica)
Intan Sarafina | Sedetik Lebih (Anuar Zain) & Kemelut Di Muara Kasih (Ziana Zain)
Gmie Screen | Bila Bulan Berwarna Biru (Arab & Aidit) & Salam Terakhir (Sudirman)
Ameng | Bourgenvilla (Spring) & Romantis (Spring)

Wahhh Ameng akan nyanyikan lagu berhantu dia, memang dua² tu lagu favourite Mas. Tak sabar nak dengar, mengimbau nostalgia zaman cintan cintun ni, hehehee!

Peserta² lain pun dapat lagu yang best², ni yang lagi tak sabar nak tengok Konsert Akhir GV3! 

Ahad, 27 November 2016

Mujur ada Magic Lotion Cosmoderm

Assalamualaikum...(^ ^)

Cuai betul hari ni!

Tengah tuang air panas yang baru masak ke dalam bekas, tiba² terkena belakang tangan kiri. Fuhhhh jerit tak ingat dunia, air baru masak tu! Terus letak tangan bawah air paip yang mengalir untuk hilangkan rasa panas dan perit tu. Tapi rasa sakit masih tak hilang, terfikir nak isi apalah. Daun lidah buaya takde, kalau tak boleh jugak sejukkan tangan tu dan redakan rasa sakit. 


Masa tengah tahan sakit terus teringatkan Magic Lotion Cosmoderm, terus sapu kat tempat yang kena air panas tu. Rasa sejuk dan sakit pun makin berkurang, wahhh memang penyelamat ni! Berulang kali Mas sapu sehingga rasa perit tu hilang. 

Lepas 3-4 kali sapu alhamdulillah langsung takde kesan merah atau melecur. Gelembung air pun takde! Memang mujarab betul Magic Lotion Cosmoderm ni. Kandungan daun lidah buaya dan tea tree oil di dalamnya mampu meredakan rasa panas dan sakit tu.


Jadi memang wajib kena ada Magic Lotion ni kat dalam rumah kita, multi purpose gitu! Nak bawak kemana saja pun senang.

Terima kasih Cosmoderm!

Jumaat, 25 November 2016

Pakej jimat dan sihat

Assalamualaikum...(^ ^)

Sejak amalkan cara hidup sihat, Mas memang hari² bawak bekal dari rumah. Takdelah bekal makanan yang susah disediakan, Mas buat yang mudah tapi paling penting ianya sihat dan mengenyangkan. Lagipun bila berdiet ni memang dah kurang makan, makan sikit pun dah rasa kenyang!


Inilah bekal Mas untuk sarapan dan makan tengahari.. 

2 set Sandwich sihat, satu untuk sarapan dan satu untuk tengahari. Pastu sebotol Green Juice untuk sarapan. Haaa ringkas je kan? Nak sediakan pun mudah, ½ jam dah siap! 

Sebenarnya bila hari² bawak bekal dari rumah ni memang boleh jimat duit belanja. Mas dah dekat sebulan tak gunakan duit belanja langsung untuk beli makanan bila pergi kerja. Bekal yang disediakan memang cukup kenyang untuk perut Mas dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang! 

Cubalah buat camni. Pakej tau, jimat dan sihat!

Khamis, 24 November 2016

Nur Airis Arissa : 4 tahun

Assalamualaikum...(^ ^)

Nur Airis Arissa | 24/11/2012 @ 8.00 am | 3.62kg
Alhamdulillah, hari ni genap usia Airis 4 tahun. Pantas betul masa berlalu! Bila tengok gambar ni rasa baru je dia keluar dari perut mama, haishh sebak rasa. 


Untuk Nur Airis Arissa..
HAPPY BIRTHDAY SAYANG! 
Moga terus membesar dengan sihat dan aktif. Jadi anak yang solehah dan berjasa untuk mama babah dunia akhirat. Maaf kalau ada kekurangan atau ketidaksempurnaan dalam membesarkan kamu! Apa pun mama babah nak kamu sentiasa sihat, selamat dan dapat tempuhi masa depan dengan baik. 

Umur dah 4 tahun tapi botol tak lepas lagi, pastu masih cakap Airis baby lagi. Tak sedar tu tahun depan nak sekolah dah, hehehee! Memang manja terlebih dia ni, kena cepat² bagi adik kot? Baru hilang sikit perangai manja terlebih tu, ehhhhh! 


Tapi dia bijak, pagi² dah bisik kat mama hari ni birthday dia. Siap cakap suruh beli kek Elsa, pastu nak pergi jalan². Amboi kemain ko dik, hehehee!

Rabu, 23 November 2016

Echo | Scan Jantung

Assalamualaikum...(^ ^)

Semalam lagi sekali Mas kena buat Echo yakni scan jantung

Sebenarnya takde yang serius pun cuma sejarah masalah jantung masa mengandungkan Airis. Masa tu memang ada bunyi kat jantung dan selalu sangat rasa penat. Pastu masa keguguran 4 bulan lepas masalah tu ada semula, siap kena sakit dada lagi selepas buat DnC. 


Jadi untuk kesan mana tau ada masalah serius, kenalah buat Echo. Echo ni adalah cara yang paling berkesan untuk kesan masalah jantung. Dada kita akan discan macam scan baby kat perut tu! Boleh nampak keseluruhan jantung kita serta boleh kesan apa saja masalah di jantung. Injap tersumbat ke, jantung berlubang ke, jantung bengkak ke dan macam² lagi. 

Selesai Echo semalam memang tak boleh tengok keputusan lagi. Hari Khamis ni baru jumpa doktor pakar untuk review keputusan Echo. Harap sangat takde masalah yang serius dan jantung Mas sihat. Memang tak pernah kena sakit dada dah lepas DnC hari tu, cuma risau jugaklah. Bab jantung ni bukan boleh pandang remeh kan?

Fuhhhh berdebar² nak tunggu esok!

Selasa, 22 November 2016

Obses nak sihat!

Assalamualaikum...(^ ^)

Lagi 3 tahun dah nak masuk usia 40 tahun, fuhhh tua dah ai! Takpe, tua pada umur je tapi hati dan jiwa kena sentiasa muda. Haaaaaaaaa tak gitu!

Tapi apa yang penting bila usia dah nak masuk 40an ialah kesihatan. Itu paling utama dan sekarang Mas memang obses nak sihat. Nak sihat saja ke, cantik tak nak ke? Ehhhh pakejlah tu, bila kita sihat automatik akan nampak cantik dan menarik!


Betul ke?

Betullah, sebab bila kita obses nak sihat kita akan jaga pemakanan dan bersenam. Macam Mas makanan bergoreng, berlemak, pastu garam gula semua dah kurang ambik. Lebih kepada makan sayuran dan buahan serta makanan yang sihat. Pastu hari² mesti bersenam walaupun hanya 30 minit, janji berpeluh. Bila dah amalkan hidup sihat ni automatik kulit jadi cantik dan berseri, segar gitu. Takde dah masalah kulit berminyak atau kering ke. Haaaa kan pakej tu, kalau sihat pasti cantik!


Mas obses nak sihat ni atas faktor lain jugak. Hari ni Mas ada rawatan Echo, macam scan jantung gitu. Puncanya masa hamilkan Airis dulu memang ada masalah jantung tapi bukanlah tahap serius. Pastu lepas bersalin dah takde masalah! Tapi masa gugur 4 bulan lepas masalah tu ada semula sampai Mas kena sakit dada, masa tu risau sangat ada masalah jantung yang serius! 

Bila doktor suruh buat rawatan Echo lagi sekali terus Mas berazam nak lebih jaga kesihatan. Harap sangat keputusan Echo nanti takde masalah, bebas dari masalah jantung! Takut wooo, sakit jantung bukan perkara main².. 


Ingatlah, jangan bila dah sakit baru kita nak sedar. Masa tak sakit ni lah kita kena obses nak sihat. Jadi jom Green Juice, cara mudah untuk kekal sihat! 

Isnin, 21 November 2016

Gegar Vaganza 3 : Minggu Suku Akhir

Assalamualaikum...(^ ^)

Sedar tak sedar dah masuk minggu suku akhir GV3 dan saingan semakin sengit. Semua peserta cuba yang terbaik untuk kekal hingga ke Konsert Akhir. Tapi penyingkiran tu tetap ada dan di minggu suku akhir Zur Eda telah tersingkir. 


Pada mulanya 2 peserta tersingkir iaitu Gmie Screen dan Zur Eda tapi nasib baik menyebelahi Gmie, dia telah diberikan imuniti oleh Dato' Seri Vida. Pada Mas memang Gmie masih layak bertanding sebab persembahan dia untuk tema RockDut tidak mengecewakan, dia memang sentiasa berikan yang terbaik. Untuk Zur Eda pulak mungkin bukan rezeki dia kerana persembahannya agak kurang menyengat, lagu dangdut memang susah untuk dia nyanyikan!

Bagi persembahan terbaik pilihan Mas untuk lagu Dangdut adalah milik Siti Sarah dan untuk lagu Rock adalah milik Nora. Kedua²nya memberikan yang terbaik walaupun lagu tersebut bukan genre mereka, ada kelainan dan cukup menghiburkan!


Minggu depan dah masuk minggu separuh akhir dan ada kelainan sedikit di Konsert Separuh Akhir. Semua peserta kena nyayikan 2 buah lagu, satu lagu yang bertemakan Berdua Lebih Baik iaitu duet bersama artis undangan. Lagi satu mereka akan nyanyi secara solo. Wahhh makin mencabar keupayaan vokal mereka!

Inilah artis pilihan untuk duet mereka dan jugak kedua² lagu untuk Konsert Separuh Akhir nanti.

Persembahan Duet
Ameng & Aris Ariwatan | Kepadamu Kekasih (M. Nasir)
Siti Sarah & Misha Omar | Bunga² Cinta (Misha Omar)
Nora & Aizat | Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain)
Azharina & Black | Fantasia Bulan Madu (Search)
Zarul & Marsha | Salahkah (Rossa & Hafiz)
Intan Sarafina & Ezad Lazim | Pulangkan (Misha Omar)
Gmie Screen (artis dan lagu akan diumumkan semasa konsert)

Persembahan Solo
Ameng | Keasingan Dalam Duka (Jay-Jay)
Nora | Sandiwara (Nora)
Siti Sarah | Di Bawah Pohon Asmara (Jaclynn Victor)
Gmie Screen | Andai Dapat Ku Undur Masa (AXL's)
Azharina | I Wanna Dance With Somebody (Whitney Houston)
Intan Sarafina | Siapa Sangka Siapa Menduga (Liza Hanim)
Zarul | Hanya Kau Yang Mampu (Aizat)

Fuhhh tak sabar nak tunggu konsert minggu hadapan dan siapa yang bakal ke pentas akhir GV3! Pasti setiap peserta akan memberikan persembahan yang menyengat dan mantap untuk rebut tiket ke final!

Jumaat, 18 November 2016

UPSR merundum

Assalamualaikum...(^ ^)

Terkejut jugak bila baca, memang banyak perbezaan dari zaman KBSR dulu. 


Tapi biasalah kan bila format peperiksaan berubah memang akan pengaruhi keputusan. Maklumlah pelajar baru nak hadam, tak kan kita nak jangka dapat keputusan yang meletup! Tengok masa PMR diubah ke PT3 dulu, teruk juga keputusannya. Tapi lama kelamaan meningkat semula setelah pelajar dapat fahami lebih jelas format pembelajaran. 

Cuma kita sebagai ibu bapa kena bagi galakan pada anak untuk lebih berusaha. Bukan nak paksa dan letak harapan tinggi tapi target tu kena ada. Macam Mas masa Atikah ambik UPSR tahun lepas, Mas suruh dia target dulu dapat 5A. Dapat atau tidak belakang kira, yang penting ada target nak capai dan ia sebagai pembakar semangat!

Tapi kalau tak capai jangan kecewa dan putus asa sebab dah usaha. Sama jugak macam ibu bapa, jangan marah atau salahkan anak kalau mereka tak dapat semua A. Sekurangnya kita dah nampak anak berusaha sehabis baik! 

Apa pun semua peperiksaan penting dan sememangnya kita sebagai ibu bapa nak anak² dapat keputusan cemerlang. Tapi ingat kena tahu jugak tahap kemampuan anak! 

Tahniah pada cikgu yang mengajar, ibu bapa yang mendidik dan semua pelajar UPSR 2016. Anak² tak dapat semua A tak bermakna berakhirnya perjuangan mereka di arena persekolahan, banyak lagi yang perlu ditempuhi! Sekolah dimana² pun takpe, janji dapat belajar dengan sempurna. Anak Mas dapat 5A pun sekolah biasa je!

Khamis, 17 November 2016

Hilang tanpa sebab

Assalamualaikum...(^ ^)


Allah seusia Atikah ni.

Anak seusia ni memang sukar nak duga sikap mereka. Kalau kita terlalu melarang dikatanya kita tak sayang tapi kalau kita terlalu turutkan kehendaknya takut jadi lain pulak nanti. Takut kebebasan yang diberi disalah ertikan!

Dah banyak kes sebegini kan? Lari atau hilang dari rumah tanpa ibu bapa tahu apa puncanya, padahal sesetengah tu takde masalah pun di rumah atau dengan ibu bapa. 

Sebab itulah kita kena bagi pendekatan yang lebih, macam Mas akan beritahu pada Atikah apa bahaya yang ada di luar tu kalau terlalu bebas. Dunia sekarang tak macam dulu, penjenayah sekarang lebih sukakan budak² sekolah berbanding wanita dewasa. Mas selalu tunjuk kat dia kes² rogol, liwat dan bunuh yang melibatkan pelajar sekolah, biar dia takut dan insaf sikit bila tengok!

Satu lagi kawan² mereka kita kena kenal dan tahu, bukannya terlalu kongkong tapi untuk kebaikan. Manalah tau sikap memberontak anak kita dipengaruhi oleh kawan² ke atau anak kita nekad lari dari rumah atas hasutan kawan ke? Haaa itu sebabnya kita kena lebih peka! 

Gejala sosial sekarang dah terlalu berleluasa, jadi kita sebagai ibu bapa kena lebih beri perhatian pada anak². Nampak yang tak kena terus siasat dan tanya anak², jangan biar. Bukan apa nanti yang kita takuti tu akan berlaku!

Rabu, 16 November 2016

Aplikasi Malaysia Calendar

Assalamualaikum...(^ ^)

Pastinya kita dah sibuk google dan cari kalendar tahun 2017 untuk rancang cuti dan sebagainya. Nak tunggu kalendar yang dicetak biasanya hujung bulan Disember baru boleh dapat. Jadi sekarang tak perlu susah² cari, download je aplikasi Malaysia Calendar dari Play Store. 


Dalam aplikasi ni format kalendar yang digunakan serupa dengan kalendar kuda yang kebanyakkan orang suka tu. Mas pun suka kalendar kuda tu, lengkap semua dan mudah difahami. Pastu aplikasi ni ada juga senarai cuti persekolahan, jadi mudahlah ibu bapa nak tengok cuti sekolah anak². 


Haaaa bagus kan, semua di hujung jari je sekarang! Tak perlu dah guna kalendar yang dicetak tu. Tapi macam Mas guna jugak kalau kat pejabat, senang sikit nak rujuk. Tapi aplikasi ni pun ada jugak untuk memudahkan jika berada di luar! 

Jadi kalau belum ada kalendar 2017, cepat install aplikasi Malaysia Calendar. Mudah, cepat dan tepat!


Selasa, 15 November 2016

Resepi Green Juice

Assalamualaikum...(^ ^)


Ramai pulak kawan² tanya apa resepi nak buat Green Juice ni. Sebenarnya banyak resepinya tapi Mas buat yang paling mudah dan ikut selera tekak Mas. Janji Mas boleh minum dan telan! 

Bahan² untuk Green Juice versi Mas
Sebiji Epal Hijau
Sebiji Timun Jepun
Sebiji Lemon (kupas kulit)
Sebiji Brokoli
2 batang Seleri


Semua bahan² ni Mas hanya kisar guna blender je. Masa kisar tu tambahlah secawan air kosong supaya senang hancur. Mas tak tambah gula ye kawan², hanya sayur tu sahaja! Pastu memang tak tapis pun, minum je terus. Ikut bahan² yang Mas bagi tu boleh dapat 3 botol Green Juice.

Mas amalkan minum Green Juice ni untuk sarapan dan lunch, kadang minum jugak untuk dinner. Kalau rajin Mas akan sediakan jam 5 pagi sebelum pergi kerja, jadi tak perlu letak dalam peti ais sebab jus masih segar. Kalau malas Mas siapkan malam sebelum tidur, jadi kena simpan dalam peti ais. Esoknya dah sedia untuk diminum!

Itu sajalah resepinya, bolehlah kawan² cuba. Banyak lagi resepi jus lain yang kita boleh buat, bukan takat Green Juice sahaja. Tengok blog ni, www.juicepulse.com. Banyak resepi jus yang sedap², nanti Mas pun nak cuba!

Geram tengok The Walking Dead S7

Assalamualaikum...(^ ^)


Bila tengok muka ni rasa nak hempuk je dengan kayu besbol tu, pastu nak tembak kepala dia bagi bersepai. Senyuman tu lagilah, rasa nak sepak sejuta kali muka tu. Haaaa geram betul, memang tak bolehlah Mas tengok cerita ni!

Mas bukanlah pengikut setia The Walking Dead, dari S1 hingga S6 memang Mas ada tengok tapi tak semua episod. Banyak yang missed. Bukan apa, Mas ni cepat bosan kalau tengok jalan cerita yang meleret² ni. Tapi bila tengok S7 ni macam menarik pulak! 

Masa tengok episod pertama tu memang sedih sangat, sampai nangislah. Penuh dengan kekejaman sampai tak sanggup nak buka mata bila si Negan tu dok hentak kepala kawan² si Rick, serius sangat zalim! Masa tu kalau ada senapang memang tembak dah kepala si Negan ni. 


Lagi satu Mas ni cepat emosi tengok cerita macam ni, tu yang malas nak layan. Siap membebel "Kenapalah korang ni bodoh sangat, hentak jelah mamat tu. Bukan susah pun, ni semuanya macam takut² je. Dah mati mamat tu nanti takdenya pengikut dia tu berani dah." Haaaaa sampai gitu sekali!

Husband Mas dok gelak je dengar. Emosi terlebih sangat kenapa dia tanya, cerita je pun. Kalau mamat tu mati cepat, habislah cerita! 

Hahahaaa dia pun bengang dok dengar bininya membebel, tak khusyuk nak tengok. Husband memang peminat setia The Walking Dead, dari S1 dia layan. Tak pernah tertinggal satu episod pun. S7 ni dia yang beria ajak Mas layan, best katanya. Tapi bila dah tengok bininya pulak terlebih emosi, kih³.

Walaupun geram tapi tak sabar nak tunggu episod seterusnya!

Isnin, 14 November 2016

Mini Zoo @ KL Tower

Assalamualaikum...(^ ^)

Cuti sekolah dah dekat, pastinya ibu bapa dah merancang ke mana nak bawak anak² jalan². Bagi yang belum ada rancangan, Mas cadangkan satu tempat yang menarik. Tak jauh pun dan tak memerlukan bajet yang besar, tapi pastinya ia menjanjikan keseronokan kepada anak² dan jugak ibu bapa. 


Mini Zoo @ KL Tower
Inilah tempatnya! Siapa sangka kan di tengah² kotaraya Kuala Lumpur tu ada Mini Zoo. Terletak berdekatan dengan KL Tower sudah pasti ianya tempat menarik untuk dikunjungi semasa cuti sekolah nanti. Semalam Mas berpeluang datang ke sini bersama rakan² bloggers KBBA9, semuanya teruja! 

Bab parking jangan risau memang banyak disediakan, bayaran pun tidaklah terlalu mahal. Kedai makan dengan harga berpatutan pun ada! 


Harga tiket masuk ke Mini Zoo ini memang berpatutan. RM32 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak² dan warga emas, untuk kanak² di bawah ketinggian 90cm adalah percuma. Pastu ada jugak harga pakej untuk 2 dewasa dan 2 kanak² serendah RM98 sahaja. Haaaa memang berbaloi! 

Waktu operasinya pulak pada setiap hari Isnin-Ahad jam 10 pagi hingga 9 malam.






Apa yang menariknya di Mini Zoo KL Tower ni kita dan anak² boleh beramah mesra dengan haiwan² yang jinak. Boleh pegang, sentuh, peluk dan bagi mereka makan. Bab bagi makan ni memang seronok, bukan anak² je teruja mak ayah pun sama. Berebut² nak bagi makan! 




Selain bagi makan kita dapat mengenali haiwan² di situ dengan lebih dekat. Apa habitat mereka, makanan mereka dan tabiat mereka. Haaaa bagus untuk pembelajaran dan pengetahuan anak², bukan setakat seronok tapi dapat ilmu gitu! 


Pastu dah seronok dan penat jalan² di Mini Zoo, bolehlah menjamu selera Dominos Pizza di The Weld. Sedap hingga menjilat jari! 

Terima kasih pada pihak Mini Zoo @ KL Tower untuk tempat riadah yang memang sesuai untuk aktiviti hujung minggu dan cuti sekolah. Menarik dikunjungi dan berbaloi untuk masa bersama² keluarga!




Gegar Vaganza 3 : Minggu Kelima

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhhhh minggu ni memang panas! Semua peserta memberikan persembahan yang kebabom, juri pun susah nak cari kesalahan mereka. Mantap, menyengat dan terbaik! Hampir Mas ingatkan tiada penyingkiran, namun tekaan meleset. Shidi Data terpaksa menamatkan perjuangan di pentas GV3. 


Walaupun tersingkir tapi dia dah sampaikan yang terbaik. Lagu Ratuku memang lagu kegemaran Mas dan Shidi nyanyikan dengan bagus serta gayanya yang tersendiri. Tapi kurang memuaskan hati juri agaknya yang membuatkan dia tersingkir! Apa pun moga dia terus berjaya di pentas hiburan. 

Persembahan terbaik milik siapa? Fuhhhh yang ni pun sukar nak buat pilihan, semua terbaiklah! Tapi yang terbaik antara terbaik adalah milik Gmie Screen dan Azharina. Gmie memang di luar jangkaan, setiap minggu persembahan dia sangat konsisten dan ada kelainan. Vokalnya yang unik, sengau² tu mampu membuatkan semua lagu yang dinyanyikan nampak perfect. Memang ada harapan untuk calon Juara ni! 

Menyanyikan lagu berhantu Berhenti Berharap, Azharina memang berjaya. Sampai ke jiwa, menusuk kalbu gitu! Memang layak dia menang persembahan paling menyengat minggu ni.


Minggu depan dah masuk Konsert Kelima dan para peserta pun tinggal 8 orang. Di konsert ni temanya adalah RockDut! Wow satu lagi tema favourite, tak sabar nak tengok mereka bergelek dangdut dan rock kapak gitu.

Pilihan lagu minggu hadapan dimulakan dengan Nabil & Jihan yang akan menyanyikan lagu Pencuri Hati (Ayda Jebat). Haaaaa menari sakanlah diaorang! Ini pulak pilihan lagu untuk para peserta. 

Azharina | Kejoraku Bersatu (Search)
Zarul | Fantasia Musim Cinta (Iwan)
Gmie Screen | Titian Perjalanan (XPDC)
Intan Sarafina | Selamat Jalan Romeo (Ramlah Ram)
Siti Sarah | Senggol Senggolan Cubit Cubitan (Mas Idayu)
Nora | Rindu (Amelina)
Zur Eda | Ah Rindu Lagi (Amelina)
Ameng | Gali Lobang Tutup Lobang (Roma Irama)

Wahhh semua lagu best. Tak sabar nak tengok Ameng gelek dangdut, hehehee!

Sabtu, 12 November 2016

Tak layan dah Muzik-Muzik

Assalamualaikum...(^ ^)


Kalau dulu Muzik-Muzik ni rancangan kegemaran Mas. Kalau tak silap masa tu setiap hari Sabtu jam 5 petang. Memang tak sabar tunggu setiap minggu nak tengok lagu mana yang duduki tempat pertama dan lagu mana yang terkeluar. 

Pastu masa tu ada 3 kategori, Irama Malaysia, Pop Rock dan Balada. Haaaa best kan? Bila separuh akhir je dah berkira² lagu mana yang akan masuk final untuk setiap kategori. Yang bestnya ada lagu terbaik untuk setiap kategori, ada persembahan terbaik, ada vokal terbaik dan Juara Lagu. 

Artis² yang bertanding pulak best², terutamanya artis berkumpulan. Teringat lagi masa zaman band Search, Wing, Exist, Slam, dan Spider masuk bertanding, fuhhh memang layan giler. Artis Balada pulak Ziana Zain dan Siti Nurhaliza, memang sentiasa rebut takhta juara. Irama Malaysia pulak sentiasa ada saingan sengit antara Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza. Langsung tak bosan, sentiasa nanti Anugerah Juara Lagu ni setiap tahun!


Tapi sekarang dah semakin hambar! Lagu² yang masuk bertanding pun dah kurang menyengat. Dah takde kategori Balada ke, Irama Malaysia ke atau Pop Rock. Sekarang cuma ada tempat pertama, kedua dan ketiga, pastu Juara Lagu. 

Artis yang bertanding kebanyakkannya artis baharu yang baru ada satu album dan satu single. Lagu pulak takdelah popular dan menyengat sangat! Bosanlah lagu² yang masuk Muzik-Muzik sekarang.

Jadi maaflah, memang tak layan dah Muzik-Muzik ni. Lagu yang masuk final pun Mas tak tahu. Baik layan Gegar Vaganza, best!

Jumaat, 11 November 2016

Nur Airis Arissa : Diapers lulus, botol susu belum!

Assalamualaikum...(^ ^)

Tahun depan ada rezeki Airis dah nak sekolah. Alahai cepat betul anak² membesar, kejap je rasa. Nak tunggu mengandungkan dia 7 tahun tu. 


Bila nak sekolah mama kena bagi dia lulus 2 perkara ni, diapers dan botol susu. Kalau tak lulus susahlah. Tapi diapers memang dah lama lulus, dari dia umur 3 tahun. Cuma waktu tidur je kena pakai sebab selalu terbabas! Sekarang dah lulus jugak sebelah malam, kalau pakai pun dia tak kencing dan bangun kejut mama nak ke tandas.

Cuma botol susu ni susah sikit. Kadang tu beria dia cakap nak minum dalam cawan, mama pun buatlah. Sekali bila minum seteguk boleh pulak dia cakap "Mama busuklah susu ni, camne Airis nak minum!" Hadoiii panjang akal betul ko dik.

Tapi memang betul pun, bila minum dalam botol dia tak bau susu tu tapi dalam cawan akan bau. Sebab tu dia tak lalu nak minum, akhirnya tak berpisah jugak dengan botol. Jadi alternatif lain mama kena beli botol straw, mungkin dia boleh minum macam abang dengan kakak dia dulu. Dia ni panjang akal sikit, ada je alasan dia kalau kita suruh buat sesuatu. Pandai je menjawab!


Jadi mama ada sebulan lebih lagi nak training untuk lupakan botol susu. Puting dia dah rosak pun mama malas ganti, biar dia cepat insaf. Dia boleh sebenarnya cuma tak mula dengan serius, kalau mula kejap je tu! 

Pastu sajalah psiko dia, cakap malulah dah sekolah hisap botol lagi. Tapi boleh pulak dia jawap "Alaaa balik sekolah Airis hisaplah susu dalam botol, kawan tak nampak pun!" Haaaaa betapa bijaknya dia, mama yang kena sejibik! Hahahaa. 

Khamis, 10 November 2016

Kenyang ke makan menu camtu?

Assalamualaikum...(^ ^)

Ada sesetengah sahabat bertanya "Kenyang ke Mas asyik makan sayur dengan minum Green Juice je, dahlah tak makan nasi!" 

Jawapan dia sudah tentulah kenyang


Sebenarnya kalau perut kita dah terbiasa makan camtu istilah tak kenyang tu tak jadi masalah. Mula² memang rasa susah sebab kita dah terbiasa makan nasi setiap hari. Pastu makan pulak dalam kuantiti yang banyak. Tapi takpe kita kena mula perlahan², jangan terlalu mendadak. Bila dah jadi rutin nanti minum Green Juice sebagai sarapan pun dah kenyang sampai waktu makan tengahari.

Lagi pun sayuran ni banyak serat, jadi kalau kita makan dalam kuantiti yang secukupnya pasti rasa kenyang. Macam Mas sekarang pagi ambik Green Juice je sebagai sarapan, tengahari makan sayuran dengan sedikit karbo seperti roti gandum dan sedikit protein. Malam ambik lagi sebotol Green Juice dan Teh Hijau. Setakat ni Mas rasa kenyang sangat sebab dah biasa amalkan menu sebegini! 

Kalau terasa lapar kunyah je kekacang atau cereal! 

Jadi nak mula tu kenalah set minda yang kita pasti boleh. Jangan asyik fikir lapar je, memang pasti akan rasa lapar! 


Green Juice untuk sarapan dan lunch hari ni, pasti kenyang!

Rabu, 9 November 2016

Perancangan cuti 2017

Assalamualaikum...(^ ^)


Haaaa kurang 2 bulan lagi nak habis tahun 2016, pastu melangkah kita ke tahun 2017. Mas seperti biasa setiap kali tiba tahun baru wajib buat perancangan cuti. Yelah kan, Mas ni kerja dan husband pun kerja. Pastu tahun depan pulak tiga² anak dah sekolah, jadi kenalah rancang cuti dengan teliti! 

Setiap tahun Mas diperuntukkan 30 hari cuti rehat, pastu tambah cuti umum untuk Putrajaya sebanyak 18 hari. Pastu ada jugak gantian cuti umum kalau cuti tu jatuh pada hari Ahad.

Jadi untuk selarikan hari bekerja dan cuti kenalah rancang. Biasanya awal Januari, Mas akan amik cuti sehari atau 2 hari untuk uruskan persekolahan anak². Lagilah tahun depan Airis baru nak masuk sekolah, memang wajiblah ambik cuti! 


Pastu ada jugak perancangan cuti untuk balik kampung dan pergi jalan². Macam tahun 2017 cuti umum untuk Tahun Baru Cina tu agak panjang dan bersambung dengan Hari Wilayah, bolehlah balik kampung. Untuk jalan² pulak Mas ada rancang nak pergi bercuti ke Terengganu. Jadi rancang siap² bulan bila nak pergi dan berapa hari nak cuti. Walaupun kos taraf hidup makin tinggi kena jugaklah terapikan diri dan keluarga dengan bercuti. Kumpullah duit kan?

Yang paling penting ialah perancangan cuti untuk Hari Raya Puasa dan Raya Haji. Aidilfitri memang wajib Mas ambik cuti seminggu dan Aidiladha memadai 2-3 hari je. Kalau tak rancang nanti tetiba tak cukup cuti nak balik raya, haaaaa nangis!

Bila dah peruntukkan cuti dirancang ni barulah ada baki untuk cuti yang tidak dirancang seperti kecemasan, anak sakit dan ada urusan peribadi. Penting jugak cuti tak dirancang ni sebab kita tak tahu kemungkinan yang berlaku. 

Kawan² dah buat perancangan cuti ke untuk tahun 2017?

Selasa, 8 November 2016

Ibu bapa janganlah terlebih emosi

Assalamualaikum...(^ ^)


Bila baca artikel ni rasa nak tergelak pun ada. Ada sesetengah ibu bapa ni emosional tak bertempat! 

Memang boleh kita nak sensitif tentang isu anak² di sekolah tapi biarlah perkara yang betul² serius dan memang memudaratkan anak kita. Kalau isu remeh temeh camni bagi Mas tak perlulah. Rasanya sesetengah anak² tak kisah pun, tapi ibu bapa yang terlebih emosi!

Anak Mas si Arfan pernah cerita dia kena duduk atas jalan tar kat kawasan perhimpunan sebab lewat masuk kelas lepas rehat. Balik je sekolah terus mengadu kat mama dia. Nak tau apa mama cakap "Haaaa baguslah, buat lagi masuk kelas lambat camtu. Lepas ni mama suruh cikgu denda diri tengah padang pulak!" Terus diam dia, tahu itu memang salah dia!

Mas pulak masa zaman sekolah lagi suka duduk kat jalan tar camni kalau cikgu suruh berkumpul. Boleh borak² sambil gosip². Kadang tu kalau nak tunggu masuk kelas/dewan untuk paper seterusnya, siap lepak kat tepi longkang lagi. Memang port favourite tu!

Nak cakap pasal kebersihan baju, pandai²lah kita alas dengan kertas atau plastik atau bawak surat khabar dari rumah. Tak jadi hal punyalah!


Pastu kalau bab denda zaman Mas sekolah dulu rasanya lagi extreme! Berdiri tengah panas, lari keliling padang sambil galas beg, berdiri atas kerusi dan meja, berdiri angkat kaki sebelah, ketuk ketampi dan macam² lagi. Paling sadis kena cuci jamban dengan pakai baju sekolah tu. Haaaa dasat kan? Tapi Mas berjaya je jadi orang berguna, takde cedera pun.

Jadi ibu bapa kat luar sana yang boleh dikatakan berpendidikan tinggi janganlah jadikan perkara camni isu besar. Nak emosi ke biarlah kena pada tempatnya. Janganlah kolot kan pemikiran tu!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com